Ini yang kau kata CINTA ???


CINTA ?
Apa yang kau tahu mengenai cinta ?
Terlalu luas maksudnya?
Terlalu misterikah ?
Atau sebenarnya kau tak tau apa itu CINTA ?

CINTA ?
Mereka kata lahir dari hati ?
Ah.. tipu mereka itu ..
Sebenarnya CINTA manusia ini nafsu semata mata !
Bila memberi pasti inginkan sesuatu !

CINTA ?
Jangan sesekali diucapkan CINTA PADA ALLAH
Jika sunnah Muhammad s.a.w pun kau tak patuhi
mana mungkin kau mampu cinta padaNYA

CINTA ?
Berani kau lafazkan cinta pada anak dara orang ?
Kau berani bersumpah sanggup berkorban demi apa saja untuk mendapatkan cintanya ?
Jangan sesekali kau mengangkat muka untuk menegakkan kata kata kau itu !
Selagi kau tak mampu mencintai kedua ibu bapamu ..

CINTA ?
Kau berani bilang ini cinta ?
atau sebenarnya ini semua nafsu semata mata ?
Mana ada cinta perlukan pengorbanan ??
Mari aku beritahu APA ITU CINTA ..

CINTA memerlukan agama sebagai telunjuk ke jalanNYA
CINTA membawa kita ke syurgaNYA ..
CINTA menjauhkan kita dari nerakaNYA ..
CINTA membuatkan kita mendekatiNYA , 5 kali sehari !
CINTA melafazkan zikir zikir serta selawat pada YANG ESA dan RasulNya
CINTA terlalu agung untuk diperkatakan ...

JANGAN SESEKALI KAU LAFAZKAN CINTA selagi kau belum bersedia ..
Jika kau dapat hayatinya , SESUNGGUHNYA CINTA ITU TERAMAT INDAH ..

7 ulasan:

  1. thumbs up!best en3 neh..pnuh makna..:)

    BalasPadam
  2. Wah Ben, semenjak dua menjak ni dah macam jiwang je nih... hehehe... dah tak membebel lagi nampak!

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan en Ben...
    anda di tag di http://airasweetnlovely.blogspot.com/2010/08/tag-di-bulan-ramadhan.html

    jika sudi jawab le ye...

    tq

    BalasPadam
  4. impressive.. (,") award untuk abg ben.. sudi2 la amik yea
    http://emunnn.blogspot.com/2010/08/award-from-mymira.html

    BalasPadam
  5. Cinta kepada Allah
    Cinta kepada Rasul
    Cinta kepada Ibu Bapa

    BalasPadam
  6. assalamualaikum..waa.. <---dua2 belah jari=thumbs up.. hahaha... sy da follow blog ni sbb nmpk isinya sgt menarik...out of box! congrats..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.