Soalan untuk aku tapi tips untuk blogger

by - Selasa, Ogos 31, 2010

Ada sahabat di FACEBOOK bertanyakan soalan pada aku berkaitan dengan blog .. Soalan yang ditanyanya adalah umum tapi sebenarnya merupakan satu rahsia blogger .. Tidak ramai blogger yang akan membuka rahsia 'bisnis'nya .. Hurm.. bagaimana pula dengan aku ?

Soalannya bertulis begini :

can i ask for ur good knowledge in blogging?
i terbaca abt ur artikel, tak payah tggu bonus. and ive also read ada jugak blogger yg dapat hasil dari blogging.

ive just started my blog. tapi masih blur..how do u get nuffnang to put iklan in ur blog..and how you get the clean smart template..and how you got paid tru blogging? and how do u get orang2 utk follow your blog?

ive tried so many times adjusting tapi ada aja yg tak kena.
thanks ya...for a minute of ur time.

Ok... aku bukanlah blogger yang bagus untuk bercerita mengenai semua ini .. tapi aku cuba yang terbaik dan termampu untuk aku jelaskan , pada dia dan juga rakan yang lain samada blogger yang baru atau yang berminat nak mempunyai blog ..

Berkaitan dengan entri aku tak payah tggu bonus , mmg sejak mula aku berblog , aku ada sasaran aku ... iaitu cuba mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog .. Pada mulanya , aku hanya sasarkan blogshop .. ingin membuat bisnis secara kecilan di dalam dunia maya ini .. Aku bermula dengan FACEBOOK .. kumpulkan seramai mana rakan rakan yang ada , berkomunikasi dan bersahabat dengan mereka .. Alhamdulillah , ramai sudi menerima aku sebagai rakan mereka walaupun tidak pernah bersua muka ..

Maaf yer , cerita kali ni panjang sedikit .. sbb aku akan mulakan dari bawah.. dan entri ini takkan lama di dalam blog aku .. akan dilupuskan selepas 24 jam .. hehe ..

FACEBOOK , adalah 'pasaran' terawal aku ... aku 'jual' blog aku di situ .. perkenalkan dengan penuh kesabaran dan strategi ... ;) ... kajian perlu dibuat ... Buka mata luas luas di FACEBOOK .. setiap hari .. setiap jam.. setiap minit ..setiap saat ... status rakan rakan kita di FACEBOOK pasti ditukar ... Apa kene mengena semua tu ?? Cuba fikirkan .. kenapa mereka tukar status mereka ? Adakah suka suka ? atau sebaliknya ? Setiap perubahan pada status , ada maknanya .. gunakan sumber itu ..

Aku tak rajin menjawab status rakan rakan ... tapi aku rajin membacanya .. bila aku membacanya , maka aku akan dapat idea .. idea itulah aku gunakan terhadap blog aku .. dari situ , pembaca mula hadir , satu demi satu ...

Perkenalkan blog .. jual blog ... baru kita 'semai benih' ... masukkan NUFFNANG , ADVERLETS , MANGGA dan banyak lagi ... Yang paling popular ialah NUFFNANG .. Nuffnang paling popular sbb dia paling aktif berkomunikasi dengan bloggers .. Rajin buat party , perjumpaan dan banyak lagi ... Dari segi bayaran , ada kata murah dan ada kata ok ok je.. Bagi aku , segalanya dari hati .. kalau nak kaya , jgn buat blog personal ... buat terus blogshop ... meniaga terus .. tak perlu guna semua tu .. Kalau sekadar cari duit poket , ok la kot ..

Cara nak pasang NUFFNANG , mudah je.. ada arahan diberikan di dalam laman webnya .. cuma ikut jer arahannya .. Terlebih dahulu blogger perlu register di laman webnya iaitu , www.nuffnang.com.my .. Sangat mudah ..

Berkaitan dengan trafik / pembaca .. bagaimana nak tarik pembaca ?? Terlalu banyak cara yang ada ... antara yg popular ialah SEO .. apa itu SEO , aku cadangkan pembaca, sila google terlebih dahulu .. banyak blog yang ajar pendekatan SEO ini .. baca baca baca dan kaji .. lebih banyak buat kajian , lebih banyak idea akan ada ... jika tidak faham , barulah bertanya ..

Selain tu , gunakan blogwalking ( berjalan jalan ke blog lain dengan meninggalkan jejak dengan berhemah dan bijak ) .. Jangan sesekali gunakan , 'hye .. saya singgah.. sila singgah blog saya pula ' .. dan banyak lagi.. Hurmm .... Anda blogger ... jika anda mampu buat blog , sesungguhnya anda seorang yang kreatif ... gunakan kreativiti anda itu .. Bayangkan anda seorang jurujual .. Nak jual produk anda pada seseorang yang tidak anda kenal , bagaimana nak tarik perhatiannya ?? gunakan cara itu ...

FOLLOWER .. hurm.. ada yang kata tak penting ... aku dah jelaskan berkali dalam entri aku sebelum ini.. tak pe.. tak kisah pon kalau nak jelaskan lgi... tapi sebelum tu , g boleh baca pada entri aku sebelum ini .. FOLLOWER ..

Rajin membaca ... blogger kena rajin membaca .. tak kira apa pun .. janji ada tulisan dan ada info , baca .. baca ..baca ... setiap kali anda membacanya , idea pasti datang .. gunakan ..gunakan.. gunakan ... Peringatan ! Jangan sesekali curi hak milik orang ... minta izin dan berikan kredit ..

Ok... nak dapat $$ dari blog .. ramai fikir dengan memasang iklan seperti Nuffnang sahaja boleh dapat duit .. Salah tu... Contoh paling dekat dengan aku ... MAT GEBU .. dia memperolehi pendapatan sampingan yang .. ehem... lumayan dari majalah terkemuka di Malaysia , JELITA .. hanya dengan membuat entri masakan .. bermula di blog , jika anda berjaya , pastinya akan ada pihak berminat nak mengiklankan produk mereka di blog anda .. atau mereka akan gunakan blog anda sebagai platform untuk promosikan produk mereka ...

Bila berkaitan dengan $$ , kesabaran amat penting .. aku sendiri pon mengambil masa untuk menjana $$ .. Bukan sehari dua baru leh dapat .. hampir setahun baru boleh rasa sedikit .. Jangan tamak .. cukup lepas duit poket dah ler ... kalau target sampai beribu sebulan , susah la kan .. kita ni cuma blogger kecilan .. picisan gitu ... Kecuali jika anda mempunyai marketing yang besar .. iklankan blog anda di sana sini ... keluar masuk suratkhabar , majalah .. tu kes lain .. tips aku ni hanya untuk blogger pinggiran pantai cam aku ni ..

Kekemasan blog .. yang ni , mmg kena rajin ... ibarat mengemas rumah .. hari hari kena kemas.. bila dah kemaskan , sila tanya rakan rakan .. ok ke tak ? Pendapat mereka perlu diambil kira kerana merekalah yang akan rajin keluar masuk blog kita .. Tapi adakalanya , blog adalah identiti kita sendiri .. jika tak nak amik kira pendapat mereka , terpulang pada blogger itu sendiri .. Kena rajin tengok blog blog yang dah dikira senior .. Kepantasan loading juga amat penting ..

Dan akhir sekali ... paling penting , berblog dengan jujur , ikhlas dan disiplin ... penggunaan perkataan yang mudah difahami , font , kekemasan , warna penting dalam menjamin pembaca tidak buta atau pengsan selepas membaca entri anda ! Selamat berblogging... ;)

BA : Sekadar pendapat aku .. terkurang atau terkasar bahasa , maaf dari aku ..

You May Also Like

27 comments

  1. tips yang berguna en. ben..
    thanxz..
    nasib baik sempat baca dulu sebelum di delete..^^

    BalasPadam
  2. wah
    memang mantap lah entri kali ni
    semua rahsia bro ben telah terkeluar
    hehe
    barulah paham sebenarnya apakah blogging tu
    sebelum ni pun blur2 gak.huhu
    apepun thanx bebanyak bro. segala cadangan tu akan dipraktikkan sedikit demi sedikit. hehe

    BalasPadam
  3. walaupun panjang,byk info n tips berguna ni..hehe thnkx bro.. baru taw cane bro start blogging. :)

    BalasPadam
  4. bertuah dapat jadi anak murid Cikgu Ben neh..hehehe..:) tq aa..

    BalasPadam
  5. info yg menarik dan ulasan yg padat walaupon agak pnjng.. nice bro..

    BalasPadam
  6. betol3 ^__^ (gaya upin ipin, hehe)..
    dni teringin nak berFB tapi alahai.. tak tahu kenapa tak terbuka hati nak bukak akaun FB. sobsss

    BalasPadam
  7. salam

    terima kasih kerana sudi berkongsi tips tips utk mendapatkan blog yg menarik! i really appreciate it...
    your the best!

    BalasPadam
  8. Salam..terima kasih Ben. Info yg sgt berguna...

    BalasPadam
  9. tq sooo much mr. ben for d info. really appreciate it....

    BalasPadam
  10. salam,
    thanks untuk perkongsian ini...

    BalasPadam
  11. salam bro..thks sal rasia berblog nya. walaupon pjg.suzie berjaya abskn bacaan..oyeh! krdit utk bro & dri sendiri.hihi

    BalasPadam
  12. Terima kasih sudi berkongsi idea...saya pun budak tua baru belajar..hehe

    BalasPadam
  13. bagus la bro berkongsi nie, amat2 berguna untuk aku yang masih baru & sedang belajar

    BalasPadam
  14. Salam Ben,
    Terima kasih berkongsi petua dan ilmu...hanya Allah saja yg membalas di atas kebaikan dan keikhlasanmu itu.

    BalasPadam
  15. salam.
    terimakasih berkongsi ilmu...
    kkliza akan cuba praktiskan...

    BalasPadam
  16. tq en ben, ilmu pntg ni...

    BalasPadam
  17. tips yang sangat berguna...tq yer ben sebab berkongsi tips dgn para pembaca...

    BalasPadam
  18. en ben..sekarang mmg hari2 ddk singgah blog ni...dapat info yg bagus utk sy..thanks byk2..

    BalasPadam
  19. Banyaknyer info!! tima kasih kerana berkongsi!

    BalasPadam
  20. thnx for ur info..Smg Allah membalas jasa anda krn berkomgsi ilmu
    follow u...

    BalasPadam
  21. appreciate & thnx for ur info e.Ben

    BalasPadam
  22. thanks for sharing..terbuka sedikit minda saya..thanks ya..=)

    BalasPadam
  23. salam.. saya juga seorang blogger baru dan kadang2 cemburu melihat blog2 yg ramai orng usha!!!terima kasih atas post di atas...

    BalasPadam