Rita oh Aidil .. Fikir masak masak ..

by - Sabtu, Oktober 02, 2010

 

image

Suami pelakon Anak Mami didakwa sudah lama tak pulang

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.
“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.

Sumber : Bharian

 

BA : Hurm... bermula pon dengan cara yang 'kurang manis'.. Sudah semestinya berparut walaupun tersembunyi .. Bagi aku la kan , amik anak orang tanpa persetujuan keluarga , mmg akan mendatangkan masalah .. Siapa yang patut berkorban dan patut dikorbankan ..

Dia sendiri patut tau kesalahan dia .. Bukan mudah untuk dimaafkan dalam kes ini apatah lagi suaminya tu masih setahun jagung ketika dia ' mencurinya' tanpa pengetahuan keluarganya ..

Aku mungkin tak tau hujung pangkal masalah diorng cuma sejak mula berlaku kes diorng ni la aku rasa dah tak kena dan pasti masalah akan timbul satu hari nanti ..

Dan ni la dia ... bukan mudah amik jalan mudah !

You May Also Like

11 comments

  1. itu lah mustahaknya apabila nak membina mahligai,mesti mendapat restu keluarga terlebih dahulu.lebih2 lagi anak lelaki..kalo mak dan ayah tak redha bagaimana Allah swt nak redha..

    BalasPadam
  2. Moral: kahwin tanpa restu keluarga kebanyakannya memang selalu bermasalah.

    Membelakangkan ibubapa/keluarga, sering mendera perasaan.

    Kesian.

    BalasPadam
  3. si suami ptot da tahu tjawab dia pada isteri tu..mgkin btol isu kawen mereka ni brmula dgn cara yg kurang manis..tp xkan nak jadikan tak manis smpai bile3, stuju?bila da lepas akad, nak tak nak kene trima knyataan yg mereka da kawen..huhu..kesian pada Airit Rayyan.

    BalasPadam
  4. huhu~ jangan lah sampai bercerai ye! huhu~ cian kat anak dyowang~:(

    BalasPadam
  5. itulah artis.. ada yg nasib untung, ada yang malng dan tak terlepas dr gosip pastinya. kehidupan..

    BalasPadam
  6. Rahmat kebahagiaan rumahtangga berkaitrapat dengan restu dan doa ibubapa..

    BalasPadam
  7. kepada rita banyakkan berastaqfar..
    banyakkan ibadat semoga ALLAh lembutkan hati semua pihak yang terbabit...Insyaallah.

    BalasPadam
  8. semoga rita dan suami dapat bersabar dan beristifar banyak2,kesiankan anak..sememangnya kalau kita dah berkahwin dengan keluarga yang tak restu,susah nak cakap tapi kita kena redha..macam saya jugak dulu tapi sekarang kebahagiaan dah jadi milik saya..

    BalasPadam
  9. redha Allah terletak pada redha ibubapa....

    BalasPadam
  10. Sukar untuk mengecapi bahagia tanpa restu keluarga,lebih2 lagi jika suami kurang matang dlm pertimbangan.

    BalasPadam
  11. dlm hal ni, suami patut lebih tahu peranannya..bg saya lah, rita tak salah dlm hal kawen smbunyi2 ni..aidil yg merayu2 nk kawen dgn die, sanggup melutut dkt keluarga rita yg die nk sangat2 kawen dgn rita..so, takkan lah rita yg salah kan? sebagai seorang ketua keluarga, lelaki plak tu..aidil patut bertegas..bkn mcm lembu ditarik tali je..haish..lelaki lelaki..dh dpt madu, terus tak berharga dah..

    BalasPadam