Cukup-cukuplah gelak | Bali dilanda gempa bumi

by - Khamis, Oktober 13, 2011

 

Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak. Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia - Bernama

 

Hurm.. Tu berita ringkas jam 12 tengahari .. Hehe.. Terbaca satu status di sebuah fan page  FB yang berbunyi begini , 'Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.. '

Menarik betul .. Tergugat gak nak masuk balik ASTRO tapi mengenangkan diri yang dah terlalu jauh sesat mencari duniawi , maka aku batalkan je la hasrat aku tu.. Lagi pun nanti aku tak nak besarkan anak aku ( insyaAllah ) dengan hiburan macamana berlaku pada aku.

Mungkin aku kolot tapi demi kebaikkan dia , biarlah dia membesar dalam persekitaran yang penuh dengan ilmu. Itu azam aku.. Kartun kartun pon tak payah la... InsyaAllah..

Blog ? Aku suruh dia belajar menaip.. Tulis apa yang dia rasa setiap hari.. Tapi akan dirahsiakan la apa blog dia tu... Hehe..

Tu baru perancangan.. Kita mampu merancang je... kan kan ? Kot jadi terbalik , naya gak aku.. Tertiba gila kat K-POP ??? Mau gak aku kepop dia nanti.. hehe..

You May Also Like

10 comments

  1. sempat jugak selitkan pasal maharaja lawak ni,,hehe

    BalasPadam
  2. bgs abg ben ni..dh ada perancangan utk anak..

    BalasPadam
  3. youtube kan ade..huu~

    BalasPadam
  4. anak ibarat kain putih, kitalah yg bertanggungjawab mencoraknya bagaimana...

    BalasPadam
  5. hiburan semata zmn skrg nih..Allah duk tunjuk bala tp msing2 buat2 tak reti lg..hurm..

    bgusla BA kalo dh plan mcm tu..moga dpt didik jd ank soleh solehah:)

    BalasPadam
  6. btol2..tp dah terjebak pon..anak lak monopoly tv..sbb tgk baby tv..ha6...tp bagus gak..buka astro oasis..trus diam,kusyuk dengar zikir..alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. Piat telinga kalau menjurus Kpop!

    Bacalah!
    Bacalah!
    Bacalah!

    BalasPadam
  8. bagus mcm tu ben..takpe nanti ayahanda mat ajar masak yeaa..tu pun kalau sempat lah tgk anak nko besar..

    BalasPadam
  9. bab yang ni aku ni gua respek lu bro. bagus la, biarlah die x dikenali ramai asalkan akhlaknya membuatkan orang kagum dengannya. dunia sekarang, kita sendiri x tertanggung lagikan yang masih merangkak.. berikan ajaran agama yang terbaik untuk anak kamu abg ben!.. :) insyaAllah menjadi anak soleh.. Amin..

    BalasPadam
  10. aku pon tgh mencari kekuatan nak terminate asteruk nih. huhu!!

    BalasPadam