Discover U @ KLMU

by - Khamis, Oktober 06, 2011


image
Tergaru-garu kepala ke kawan –kawan ? Tak tau nak amik jurusan apa kat kolej nanti ? Kalau zaman duluuuuuu .. mungkin perlu garu ! Tapi sekararang ni , tak perlu sudah ! Kenapa ?? Ada sesuatu yang menarikkah ?
Sudah pasti ada ! Bagi membantu pelajar memiliki pengalaman kolej yang berkualiti, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menyediakan buku panduan kursus dan kuiz personaliti secara talian terus untuk memudahkan pelajar dalam menentukan kursus pilihan mereka.
Apa itu Kuiz Personaliti ?
Kuiz ‘Discover U-Ujian Personaliti’ ini direka khas bertujuan membantu lepasan sekolah untuk mengenalpasti personaliti, kekuatan dan minat mereka supaya pelajar boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan mereka.
Apakah perlu pelajar mengambilan Ujian Personaliti ?
‘Ujian personaliti’ membantu pelajar merancang masa depan dengan menilai sifat peribadi mereka bagi menentukan kerjaya yang ideal dengan mereka.
Bagaimanakah nak menjawab soalan Ujian Personaliti tersebut ?
Pelajar boleh melakukan kuiz ini menerusi laman web www.discoveru.com.my atau menjawab soalan yang terdapat di dalam buku panduan ‘Discover U’ dengan mengirimkan semula jawapan kepada KLMU di alamat yang tertera. Kuiz and buku panduan boleh didapat di laman web www.discoveru.com.my bermula pada 6 Oktober.
Menariknya , pelajar juga akan dibekalkan dengan buku panduan ‘Discover U’ yang mana akan meliputi tajuk tajuk seperti berikut :
  • 10 perkara yang perlu dirancang sebelum melangkah ke dunia kolej
  • 10 Tips Memilih Kursus Yang Tepat
  • 10 Cara Untuk Memperoleh Pendidikan Berkualiti Dari Kolej Anda
  • 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Industri Pekerjaan Sebenar
  • Prospek Kerjaya Untuk 10 Kursus Popular
Bagaimana ? Tertarik ke tidak ? Nanti dulu ! Ada lagi yang lebih menarik .
Bersempena dengan pelancaran kempen Discover U, KLMU akan memberi tawaran kepada pelajar yang giat membuat perancangan awal bagi kerjaya masa depan mereka. Pelajar yang mengambil bahagian dalam kuiz personaliti dan menghantar slogan yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi iPad2.
Selain dari itu pelajar boleh menyemak siri video komik berkisarkan rahsia fantasi, harapan dan impian menerusi yang akan menampilkan tujuh watak yang sedang merenung masa depan mereka. Siri komik yang dipenuhi adegan lucu, dramatik, tragis dan pada masa yang sama menyentuh perasaan ini digarap dengan gaya komik retro dan boleh ditonton di www.discoveru.com.my bermula 6 Oktober 2011.


Best kan ? Dan yang paling menarik ialah KLMU juga memberikan tawaran istimewa kepada pelajar yang mendaftar awal. Bagi 500 pelajar pertama yang mendaftar akan menerima biasiswa berjumlah RM1, 000.
Kempen “Discover U” adalah berkenaan perjalanan ke alam dewasa di mana anda akan menemui keghairahan dan aspirasi terhadap pilihan tepat yang telah dilakukan. “Discover” ini sinonim dengan pendidikan dan kehidupan kolej yang bakal anda tempuhi, manakala “U” membawa erti "Anda sebagai pelajar" dan "Universiti".
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KLMU di www.discoveru.com.my atau hubungi kami di 1800-88-5566.

image

You May Also Like

3 comments

  1. KLMUUUUUUU
    KLMUUUUUUUUUU
    tolong nyanyi lagu iklan ye
    kekeke
    skrg seng nak dpt peluang belajo kan?
    alhamdulillah
    sape yg nk futher stdy, ape lagii
    bole apply sini =]

    BalasPadam
  2. cam best,
    tp..

    sy baru je grad dr u gomen..huhu~

    BalasPadam
  3. memang mudah nak apply kerana banyak IPTS macam cendawan lpas hujan, tp bagi lepasan spm yg ala kadar je, nak faham BI pun sengkek, kesian nanti habis duit bayar yuran je, sbb tu aktiviti pasca pmr ialah menjemput wakil IPTS dan pusat kemahiran bagi pendedahan agar mereka tahu arah mana mereka patut pergi nak sambung bidang akademik atau kemahiran, biar depa pilih bukan takat terpengaruh dek iklan ooi..

    BalasPadam