Jadual ujibakat PILIH KASIH 3

by - Selasa, Oktober 11, 2011

DSC_0107

Menariknya Pilih Kasih 3  akan menampilkan Erra Fazira dan Umie Aida sebagai juri tetap. Pemilihan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.

Penyertaan dua pelakon popular tanah air selaku penasihat kepada Rosyam Nor terutamanya semasa sesi pembuangan peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih yang bermula awal Februari nanti. Selain itu, kedua-dua pelakon popular tersebut juga akan terlibat sebagai panel penilai siri uji bakat dan bertanggungjawab memantau perkembangan pelajar sepanjang 11 minggu. Mereka dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang lakonan.

Pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga selepas perbincangan yang dibuat dengan pihak penaja iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan RTM.

Tenaga pengajar untuk Pilih Kasih 3 ialah Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

 

DSC_0165Bersama ibu @ Fauziah Nawi yang sememangnya seorang yang peramah.

 

Demi kelancaran program dan sejajar perkembangan semasa,sebelum sesi uji bakat, para calon dan orang ramai boleh mengetahui pelbagai maklumat tentang Pilih Kasih termasuk tarikh dan lokasi ujibakat , malah , boleh memuat turun skrip uji bakat sebagai persediaan awal di portal gaya hidup TM, EveryoneConnects di www.everyoneconnects.net.

Selain daripada itu, lain-lain kandungan berkaitan PK3 yang terdapat di laman portal EveryoneConnects ialah profil dan biodata juri serta finalis PK3, klip-klip video dan gambar belakang tabir semasa sesi uji bakat dan pentas pemilihan, siaran ulangan episod-episod PK3 secara ekslusif di ruangan Sini Maa serta wallpaper yang boleh dimuat turun. Sementara itu, peminat juga boleh menyertai peraduan untuk peluang memenangi pelbagai hadiah hebat.

Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan sekali lagi menjadi medan tumpuan ramai apabila Pentas Mingguan Pilih Kasih berlangsung di lokasi ini sepanjang 11 minggu.

 

SENARAI TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT PILIH KASIH 3

 

TARIKH LOKASI UJIBAKAT

22 & 23 OKTOBER 2011

THE SUMMIT, BATU PAHAT, JOHOR

 

29 & 30 OKTOBER 2011

AEON BUKIT TINGGI, KLANG, SELANGOR

 

12 & 13 NOVEMBER 2011

CENTRAL SQUARE, SG PETANI, KEDAH

 

19 & 20 NOVEMBER 2011

TBC

 

26 & 27 NOVEMBER 2011

CENTRE POINT, SABAH

 

3 & 4 DISEMBER 2011

THE SPRING, SARAWAK

 

10 & 11 DISEMBER 2011

KL SENTRAL, KL

 

 

DSC_0130

" Andakah pelakon yang kami cari ? "

You May Also Like

9 comments

  1. Waaa, bestnyer Ben dpt jumpa Rosham Noor.

    BalasPadam
  2. kompem nak g gak ujibakat tu.hehehe

    BalasPadam
  3. Jom ben... buat movie geng-geng blogger..ha ha ha

    BalasPadam
  4. Wah..abg ben masuk ujibakat ke?? heee..

    BalasPadam
  5. Ok juga cadangan untuk geng-geng blogger nih. Konfem meletup di pawagam. Ben, bagaimana caranya untuk tersenarai didalam senarai MEREKA BARU BUAT BLOG sebab saya blogger baru ni.

    Kepada kawan-kawan blogger yg lain, sila tunjuk ajar saya yer.

    BalasPadam
  6. nak pergilah ujibakat dia.. bukan nak berlakon, tapi nak jumpa Rosyam Nor! hehehehee... boleh kot?

    BalasPadam
  7. yang baju putih dgn Rosyam tu Ben ke?Nampak Ben macam lebih film star pulak.Tak nak try berlakon ke?Ada commercial value apa nama Ben tu.

    BalasPadam
  8. Teringin tapi bakat tak ada .. Hehehe :D

    BalasPadam