Jalan sekitar KL ditutup Sabtu dan Ahad ini

by - Rabu, Oktober 12, 2011

 

Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahad pula, jalan yang terbabit akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan tersebut.Jalan tersebut ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. - Bharian

..........................

 

Perghh... kebetulan la pulak ! Hahaha.. Sabtu ni pon aku terlibat dalam pertandingan mencari harta karun yang bakal bermula di Centre Market , anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.

Hahaha.. Lawak , aku join pon sekadar suka suka je.. Yelah , kenangan manis sebelum aku  bergelar blogger sepenuh masa. Heheh..

You May Also Like

9 comments

  1. naik lrt jer lagi senang... tak risau jalan tutup... ;-)

    BalasPadam
  2. cepat.pantas.tepat.
    dpt info.. fuhh...cayalah en ben.

    ha rajin??..meh ler join segmen sy..nak tau gakkkkk..huuhh

    BalasPadam
  3. En Ben, jemputlah singgah ke Dataran Merdeka anak-anak saya memasuki acara berbasikal bawah 12 tahun hari sabtu ni. :)

    BalasPadam
  4. thanx enchik ben atas info..
    macam menarik je event kementerian pelancongan tu..cemane join?

    BalasPadam
  5. saya, suami and anak2 bakal join acara berbasikal tu :) tak sabar nak tengok my 3 y.o kayuh basikal sejauh 100m! hahahha

    BalasPadam
  6. ayat last..
    abg ben nak benti keja dah ker ni???

    BalasPadam
  7. kayuhan basikal..kalau abg ioar tahu msti cam cacing kepanasan nk ikut nie

    BalasPadam
  8. fuhh nasib baik baca..boleh planning balik perjalanan sabtu ni.hu3.thanks abg ben

    BalasPadam
  9. tq sharing...fuhhhh nasib bek baca entry a.ben:-)

    BalasPadam