Maaf ! Aku tak nak anak

by - Ahad, Oktober 02, 2011

 

Terkejut tapi tak leh nak kata apa .. Kenapa ? Kerisauannya terhadap masalah sosial masa kini menyebabkannya tak nak anak .. Hurm... 

Aku nak kata apa dah .. Dengar je la luahan hatinya.. Itu je aku mampu buat ..  Berusia lebih dari aku , pengalaman hidupnya membuatkan dia takut untuk memiliki anak ..

Rakan-rakan disekelilingnya dijadikan pengajaran baginya. Majoriti yang dia nampak , mereka yang punya anak pasti bermasalah di kemudian hari..

Aku nak nasihat lebih lebih , kesian pulak kat dia.. Mungkin sebenarnya dia ada masalah lain dan untuk menutupnya , itulah alasan yang diberikan pada aku.

Aku pernah rasa apa yang dia rasa.. Untuk membela anak di zaman yang penunh pancaroba ini amatlah mencabar lebih lagi perempuan. Seperti yang kita tau , sekarang ini 3 daripada 6 remaja di zaman ini , pernah terlibat dengan seks. Menakutkan kan ? Tapi itu bukan alasan untuk tak nak anak.

 

Hurm..

You May Also Like

15 comments

  1. waaaaa... aku ingat ko bro...
    susah nak jaga anak ini...kena lagi anak perempuan..huhu pening2. Tapi semua daripada didikan kita kan. Kalau betul didikan kita..kat anak tu.ok lah dia.....


    cerita lawak, nak baca??

    http://cayob.blogspot.com/2011/10/kisah-benar-jus-tembikai.html

    BalasPadam
  2. Ank kan rezeki amanah.

    Kalo kite tak mampu nk jge amanah Allah baik jgn

    besar impknye kelak

    BalasPadam
  3. saya kerja di jabatan pendaftaran negara, kes anak tak sah taraf memang makin meningkat tahun ke tahun. org kita lebih suka amik anak angkat bukan warganegara. mungkin sebab nnt emak dan bapa budak balik negara asal, dorang tak kacau hidup anak tu lagi. tp, anak itu adalah satu anugerah. terima dengan seadanya.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  4. kalau pandai jaga anak macam arwah abah aku okey je jadinya...semua menjadi..yang penting didikan islam jangan lupa di beri, bukan dari ustaz atau ustazah luar nun...but parents sendir kena tunjuk contoh yang baik...bukan nak bangga tapi macam family aku ni ada 8 adik beradik, 6 pempuan, semua ok je...mungkin faktor persekitaran tu penting. aku tinggal kat kampung, so x de banyak ragamnya...
    Allah tak nilai hasil kita buat tapi usaha yang kita lakukan...dapat redho allah, insyaAllah no probs bro...

    BalasPadam
  5. didikan agama amatlah perlu dititikberatkan dalam hal gini..pegangan agama yang kuat pastinya seseorang itu akan menjaga serta terpelihara hatinya daripada sebarang maksiat..

    BalasPadam
  6. Adik Kakchik camtu. Sbb tu dah 15 tahun kawin masih tak nak anak. Diaorg tak konfiden blh jadi 'parents' yg baik d zmn 'internet' ni. Sbnrnya, walaupun aiman dh 15 tahun, Kakchik pun masih ada rasa takut2.

    Mendidik anak zaman dulu dan skrg jauh bezanya.

    BalasPadam
  7. nurul pun rasa tak nak anak..tapi bila da besar nanti nurul nak amik anak angkat..kesian kat anak2 yatim yang tak de family tu =( nurul nak tolong diorang

    BalasPadam
  8. besar tanggujawab parents nk membesar dan didik anak2 nih..parents kena ada persiapan diri dulu sebelum boleh betul2 mendidik anak2

    BalasPadam
  9. hiuuu tanjat boboi baca tajuk tu.. huhu.. rupanya org len yg xnak anak.. mmg betul la zaman sekarang ni sukar nak bendung anak2.. masing2 bersosial dgn teruk.. sampaikan takut la memikirkannya.. pendek kata perlu mendidik anak dengan betul. Jika kita dh beri yg terbaik tp masih lg anak buat perangai, itu dh xdpt nak wat apa.. pasrah sahaja..

    BalasPadam
  10. lelaki perempuan skrg ni sama jer.. susah nak jaga bezanya.. lelaki jahat kdg2 blh cover tp perempuan buat jahat ada yg x dpt cover & senang dpt malu..

    BalasPadam
  11. Ruginya kalau ada fikiran cam tu.Anak tu adalah anugerah...

    BalasPadam
  12. orang yang nak anak susah nak dapat, yang mudah dapat anak,, dibuang pulak..apa nak jd la manusia cam nie..

    iman tak boleh diwarisi walau dah diberi ilmu agama cukup..ini semua ada berkenaan dengan hidayah Allah

    BalasPadam
  13. hidup dengan alasan semua tak boleh....cam kes ragut aku dpt email dr member y di forward2.dia cakap kalau tak nak kena ragut jangan bawak beg tangan.kan baik kalau cakap tak payah keluar rumah je....

    BalasPadam
  14. ish... saya nie punya laa nak ada mcm2 iktiar nak ada anak... blh selambar jer cakap xnak.. aduh sedihnye...

    BalasPadam