Tiba-tiba aku menangis ..

by - Selasa, Disember 06, 2011

 

image

 

“ Apa yang akan terjadi pada aku kalau kedua ibu bapa aku tiada nanti ?? “

 

Soalan tu berada di benak aku sewaktu aku masih menuntut di sekolah rendah lagi .. Aku tak nak tinggal dengan sedara mara.. Aku tak nak kehilangan kasih sayang mereka ..

Tiba-tiba airmata deras mengalir laju ..

 

Pernah satu ketika , sejurus ayah aku menurunkan aku di depan sekolah .. Lantas aku memandang dia kembali ..

Rasa kasihan timbul di hati.. Awal pagi dia berjaga mencari rezeki untuk keluarga aku .. Bukan ayah aku je.. Mak pon begitu juga .. Sambil berjalan memasuki sekolah , airmata mengalir tanpa disedari ..

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

You May Also Like

22 comments

  1. Bapa saya kembali ke Rahmatullah pada tahun 1998. Ibu saya pula pada 23 ogos 2011 baru2 nie... Kerinduan x pernah pudar... air mata x pernah kering...

    BalasPadam
  2. malam2 ni, arghhhh!! berbahagialah ibu bapa yang ada anak soleh dan sentiasa mendoakan parents nya. InsyaALLAH! :(

    BalasPadam
  3. benda yang sama. rasa takut. takut tak sempat balas jasa mereka. takut tak sempat bahagiakan mereka dengan kejayaan kita. takut tak sempat kongsi hari-hari bahagia.

    BalasPadam
  4. kalau dah berkahwin and dah berkeluarga mungkin dgn tu bleh terubat skit kerinduan mengenang mak ayah yg takde...tapi bagaimana yg hidup bujang dan masih tergapai-gapai mencari arah tuju dan mengharapkan org tua kita...tu lagi sedih..urmmm..

    BalasPadam
  5. berbahagialah pada mereka yang masih punyai keduanya..

    alfatihah buat yang telah tiada.. +_+

    BalasPadam
  6. Jgn putus doa untuk mereka berdua. X kira mereka masih ada atau telah kembali ke Rahmatullah...

    BalasPadam
  7. Abng Ben ingatkan saya pada arwah ayah saya.. Ayah saya meniggal pada tahun 2010 ketika saya berumur 13 taun dan bayangkan lah tanggunjawab yg terpaksa saya galas kerana saya anak sulung='(..Ya Allah,semoga kau permudahkan urusan keluarga ku.. Dan tima kasih sebab ingatkan saya pasal pengorbanan mereka=')

    BalasPadam
  8. bapa ku pergi buat selamanya ketika aku berusia 12 tahun...

    BalasPadam
  9. tiap kali baca entry pasal ibu bapa, kompem ak kalah. mesti nangis punya T_T

    BalasPadam
  10. entry ringkas abg ben buat sy teringt umi ayah kt kg ;(

    sob..sob ;(

    semoga dipnajngkan usianya sehingga aku dapat membalas jasa2 nya- :amin

    BalasPadam
  11. Emak ayah masih ada.Ayah masih sihat, masih mampu jogging.Tapi mak tengah sakit.Sekarang ni ulang alik ke rumah mak sebab jaga mak.

    BalasPadam
  12. kejadian yg berlaku baru2 ni. kepala emak kita berdarah sbb kene bucu mangga pintu. kita meraung kuat2. dah terbayang kalaulah emak xde. x bersedia lagi nak terima hakikat kalau emak & abah xde...

    BalasPadam
  13. x dapat bygkan kalau mak abah xde.. urmmm ntah la.. da kawin ni pun harie jmp mak abh , bila tak jumpa cam ralat jer apatah lg klu mereka da x ada nnt.. ya Allah... x mmp nk byangkn

    BalasPadam
  14. Sedeyylaa baca n3 ni... nak balik kg jerr rasanya ni.. huhuhuhu

    jemputlaa ker blog sya
    http://www.pinkpurplemerah.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Semua orang harus lalui situasi ini .Supaya kita mampu kecapi kerjaya demi mereka. Mampu membalas jasa mereka. ( pernah juga lalui situasi ni, lepas2 trus call mak n ayah) =)

    BalasPadam
  16. bahagia ibu bapa yang memiliki anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya tak kira keadaan dan waktu..(bukan lepas sembahyang je)...(^_^) terharunye ade anak macam tu..

    BalasPadam