Ibarat tikus menari-nari depan kucing ! Takkan tengok je kot ?

by - Jumaat, Januari 06, 2012

 

 

image

Gambar dari akhbar online Hmetro bertajuk Wanita bertudung pun boleh tampil ranggi ini membuatkan aku tertanya-tanya ,  ‘ Apakah wanita tampil cantik untuk kepuasan diri , nampak lebih yakin atau ada punya agenda lain ? ‘ .

Haaa.. Tengok ! Ada yang geram dah tu ! Hehe .. Bukan per , cer pikiaq sat eh ..

Kalau yang dara , bila berpakaian anggun untuk ke tempat  kerja , rasa-rasa sapa yang akan memuji ? Perempuan atau lelaki ? Atau paling tidak pun sapa yang akan terpusing pusing kepala ? Suka begitu eh ? Kalau suka gitu , camana bab dosa pahala lak ?

Akan ada yang kata , sapa suruh lelaki tengok kan ? Bab ni kan , dua dua pihak kena jaga .. Kalau tikus tak berlari-lari depan kucing , kucing pon tak la terhegeh nak g cari kat  lorong-lorong tu ha.. Haaa.. !! Aku bukan nak kata perempuan tu tikus ! Tu perumpamaan je la.. Ke nak aku tukar pipit ngan helang ? Haaa..

image

Tu anak dara.. Yang dah kawin camana lak ? Bayangkan kalau bos atau rakan pejabat ramai  lelaki .. Tak ke boleh mendatangkan rasa cemburu pada suami atau bakal suami ? Tak kesian ke ? Atau kena ngorat ? Atau diajak buat dosa ? Haa.. jangan kata takde .. Ada kes punya ..

Apa salahnya simpan kecantikkan tu pada yang sepatutnya ? Kan tu lagi mulia ? Ingatlah , kita atas dunia ni sementara je .. Apa yang ada depan mata kita ni semua bersifat sementara jer .. Akhirta tu kekal abadi ..

Aku sebagai lelaki naik pening bila keluar rumah .. Kepala bertutup , tapi bahagian lain ? Macam nak bogel tapi segan lak rupanya ! Gitu la pandangan lelaki yang tak larat nak tutup mata dah.. Tengok jelah sbb dah depan mata .. Dosa ! Memang dosa ! Sama sama .. Tapi kalau tutup dengan sempurna , dua dua selamat kan ?

Entah la.. bila bab gini , memasing punya pendapat tersendiri.. Mencari alasan untuk membolehkan sedangkan masing masing tahu apa hukum sebenarnya .. Tapi beria dan bersungguh ! Pelik ..

Aku pon bukannya baik sangat .. Selagi bernafas , aku berusaha untuk memperbaiki hari demi hari.. Aku takut aku tak bernafas nanti dan tak sempat nak bertaubat .. Sapa nak tolong aku nanti ? Kalau ada anak soleh , ok la gak.. Amal jariah pon lom tentu diterima Allah ..

Sama sama la kita tolong menolong.. Nak bergaya , kita bergaya ke dalam rumah .. Dah la hantaran kawin mahal ! Ni kena berkongsi lak ! Atau yg belum kawin tu , jadilah seperti mutiara .. Dalam terang , nampak biasa .. Dalam gelap , cahaya bersinar indah !

 

Allah Ta’ala berfirman :

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman “hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…

(al-Nuur : 31)

 

Kalau ada yang nak pertikaikan bab ni , bolehlah rujuk artikal di SINI .

BEN : Sama sama la tolong .. Susah sangat ke ? Mati ke kalau tak berfesyen ?

You May Also Like

29 comments

  1. Setuju sgt dgn abg ben.skrg ni mcm2 fesyen

    BalasPadam
  2. betul lah abg ben...suami saya marah sanagt kalau saya pakai cantik berlebihan ke pejabat atau kuar rumah...nak pakai kebaya pun tak boleh...katanya kecantikan isteri hanya untuk suami...sbb suami syg isterilah dia larangkan...

    BalasPadam
  3. jdlah ibarat permata di dalam kaca...terpelihara...itu yang selalu saya dengar waktu usrah dengan naqibah waktu zaman sekolah dulu...yg baru je lepas thn lepas....susah,,,tp hasilnya indah...kakak naqibah tu sll ckp...biar diri kita exlusive...hnya untuk yg halal...

    BalasPadam
  4. Setuju sangat. Saya suka jadi sapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Fikir2kanlah apa yang tertulis kat atas ni.

    BalasPadam
  5. Sekarang ni orang bertudung-litup tapi masa yang sama nak berfesyen. Itu yang jadi hamba fesyen sehinggakan kain dah elok menutupi aurat tapi seolah bertelanjang. Nampak warna kulit, nampak bentuk badan, nampak leher. Ada pula pakai tudung tapi nak dinampakkan subang bergantung di telinga, langsung diselakkan sedikit tudung.

    BalasPadam
  6. dah x terkejut dah kalo jumpa yg kepala bertudung,
    tapi kain 3 suku....hampeh..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    Jgn.matlamat menghalalkan cara.Jadikan ini sebagai sempadan.Betoi dak Ben?
    Yg.tak tutup sepenuhnya tu,dia org susah atau anak org.susah.Tak cukup duit nak beli kain banyak.

    BalasPadam
  8. berhias depan suami jela dapat pahala . huhu :')

    BalasPadam
  9. tutuplah aurat kamu sebelum ditutupkan ~

    BalasPadam
  10. terbaek entry ni en ben..bagussss..!!blog ni kan ramai pengunjung..maka dengan entry ni banyak yg akan dapat manfaatnya..insyaAllah banyak la pahala en ben.menambah pahala dengan berblog.

    BalasPadam
  11. terbaikk skg ni fesyen dh macm2..spendel kt lua pon ade..adeh!!

    BalasPadam
  12. setuju.. suka ayat nie..

    "jadilah seperti mutiara .. Dalam terang , nampak biasa .. Dalam gelap , cahaya bersinar indah!"

    ^^

    BalasPadam
  13. assalamualaikum en.ben...yer la betul apa yg en.ben ckp kan tu tapi kekadang ada yg lebih suka mcm tu bila berjalan hendak menunjukkan semua harta benda mereka...

    mama yg perempuan ni pun kekadang tu dok memandang juga inikan kaum adam tu lg la tak kelip2 kelopak mata tu memandang...

    mama harap pada yg begitu mulakanlah perubahan pd diri kita dan yg dah berubah tu allhamdullilah....:)

    BalasPadam
  14. Topik yang bagus abg Ben.

    perempuan boleh berhias..tapi mesti bersederhana. tidak boleh berlebihan, iaitu Tabarruj. Haram.

    Berhias,jangan pasang niat tidak baik. Walaupun menutup aurat dan sederhana, tapi berhias dgn tujuan untuk menarik perhatian orang lain, lebih2 lagi pada yang bukan muhrim. berdosa.

    Utamakan kesederhanaan. Pastikan niat kita betul.

    saya juga berfashion. Tapi sederhana saja utk diri sendiri. supaya sedap je mata sy memandang diri sy sendiri. supaya mak bapak saya senyum tgk anak dia kemas berpakaian dan sedap mata memandang. juga untuk suami saya nanti (time dah kawin nanti la :P)

    saya pun tidaklah baik mana. masih proses memperbaiki diri.

    wallahualam.

    BalasPadam
  15. entahlah. skrg ni makin teruk plak saya tengok dorang. tapi betul kata abg ben, dah dpn mata, kita tgk je la. dorang dah tayang. huhu.

    BalasPadam
  16. kalau berfesyen tp lawa xpe..kalau yang macam sarung nangka tu mmg xbleh blah..


    abg ben ni suke sangat typo..hihihihihi..

    BalasPadam
  17. asalam... terperasan gakkk ...yang bertudung tapi pakai baju macam "sarung nangka" ...waduhhhh ...tq.

    BalasPadam
  18. berfesyen boleh,tp jgn sampai jadi 'tabarruj'...berlebih2an,kdg2 timbul riak..islam suka kepada kecantikan..tp ada batasnya..

    BalasPadam
  19. Semoga diri wanita sentiasa mendapat hidayah darinya supaya x jd cmni =)

    BalasPadam
  20. Dalam Al-Quran pun dah beritahu supaya kita menjaga isteri,anak perempuan dan ahli keluarga daripada dijilat api neraka.
    Bila org tak betul2 mentaati perintah Allah, mcm2 prkara buruk yg berlaku. Ingat bahawa perempuan adalah penghuni neraka teramai
    Na'uzubillah.

    BalasPadam
  21. betul3x... good advice bro!!!.. :)) Salam Istiqamah semua!!..

    BalasPadam
  22. benda ni dah banyak orang beritahu, tapi tetap jugak macam tu. bila yang tak berfesyen asyik dikecam aje. katanya, nak tutup aurat tutp aurat jugak, tapi melawa la sikit. untuk apa? saya pun tak tau. macam dah lawa je rasa. haha.

    BalasPadam
  23. bila nak keluar rumah, berhias bukan main lawa, . . . bila suami kat rumah, mak aihh tak nak pulak berhias lawa-lawa, . . . kan ke pelik tu ? hehe

    BalasPadam
  24. hai ben..dah lama tak singgah gerobok awak..hha ha ha ha..cam lain jer bunyik!!! suke ati la ye..Mama pon ade buat entry pasal fesyen wanita islam yang dah tersasar jauh gini..cobe singgah kat blog mama..dengan panel panel juri fesyen islam antarabangsanya yang takde kaitan dari segi penampilan mereka..and of course u know one of d LADY in my page..hmmm hope u to view it... bye ben..

    BalasPadam