Perhatian : Sila elak gunakan jalan-jalan berikut , esok !

by - Ahad, Januari 08, 2012

 

Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin ini.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.

Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Dinasihatkan , sila guna pengangkutan awam . Kenapa eh ? Lagi mau tanyaa eh ?? Heehhe…

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan. -  BERNAMA

image

You May Also Like

7 comments

  1. nasib baik aku cuti esok... ngeh ngeh ngeh... >> agak-agak ramai la ek p amik MC esok..?? huhu..

    BalasPadam
  2. tq atas peringatan..esok aku naik motor suzuki RG aku g keje hehehehe

    BalasPadam
  3. huh..nie la yang baiknye lo dok kt luaq bandar..xde trafikjem..jln kaki jer..heh

    BalasPadam
  4. malam ni macam akan ada byk road block je... cepat2 keluar dr kl!

    BalasPadam
  5. menyusahkan, hai kenapalah wujudnya benda2 mcmni. hmmm

    BalasPadam
  6. aduhhh ni yang stress ni..haihhh..

    BalasPadam