Aku tak layak untuk pujian itu ..

by - Ahad, Jun 10, 2012

 

Maaf , aku bukanlah Bapa Mithali atau Bapa Contoh. Aku cuma seorang bapa yang masih bertatih dalam dunia kekeluargaan. Sesungguhnya , aku tidak layak untuk pujian itu .

IMAG1140

Petang tadi, kami ( aku sekeluarga) dikunjungi oleh seorang rakan lama yang bertugas di bahagian yang sama sewaktu di Kementerian Pelancongan dulu. Kawan aku , Haswadi ni datang bersama keluarganya iaitu anaknya Hasrul Hamizan yang seusia dengan Qhaliff serta isterinya. Menariknya , menurut kawan aku ni , isterinya berpantang di rumah dan dia menjaganya sendiri ! Haaa .. Lagi bagus kan ? Anaknya , mmg semangat ! Cam ayah dia .. huhu .. Kecik lagi dah diajar lasak macam ayah dia gak .. Hahaha .. Bagus bagus.. Turn Qhaliff tak lama lagi ..

Ramai lagi lelaki yang bergelar bapa contoh ni di luar sana .. Malangnya bapa yang ego pon ramai..  Ni membuatkan ramai isteri dan anak memendam rasa ..

Tertanya gak kekadang aku , perlu ke si ayah ni bersikap ego dengan keluarganya sendiri ? Sungguhpun nak bertegas pada keluarganya , ego tu tak perlu la sangat hingga boleh mencalar hati anak dan isteri .

Cam aku , sapa tak nak kerja yang best best dan segak bergaya kan ? Tapi apa guna berpangkat besar , bergaji tinggi , segak bergaya tapi keluarga kelam kabut ? Yup , ianya terjadi di zaman ini .. Terlupa sbb terlalu mengejar dunia atas alasan mencari keselesaan untuk keluarga tapi sebenarnya yang dikendong itu , berciciran ..

Aku tak kata aku bagus untuk dicontohi tetapi aku tengok contoh yang ada  pada mereka yang bergelar bapa ini , senantiasa berada rapat dengan anak-anak mereka dan berjaya mengawal anak mereka dengan baik ..

Aku tak nak Qhaliff memiliki sikap aku sewaktu aku muda dulu .. Sebab tu aku nak pantau dia sendiri ..

You May Also Like

9 comments

  1. ego perlu tapi jangan setinggi gunung :)

    BalasPadam
  2. sekurang2nya abg ben bukak mata bapa-bapa yg ada kt luar sana..
    seronok tgk Qhaliff ada daddy camni tau, cepat2 besar ye Qhaliff ;)

    BalasPadam
  3. Semoga berkat apa yg kt lakukan. Tambahan dgn keikhlasan semua krn Allah SWT. InsyaAllah selamat. ;)

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Niat kt terbaik utk anak-anak. Doa dan berusahalah.

    BalasPadam
  5. Bagi saya, Mr Ben merupakan cth yg baik. Sekurang-kurangnya Mr Ben buat kerja2 rumah meringankan beban isteri. Contoh yang baik.
    Kalau isteri keluar bekerja meringankan beban suami, begitu juga sebaliknya. Lagipun boleh mengeratkan kasih sayang ant 1 sama lain. heeeeee

    BalasPadam
  6. InsyaAllah, suatu hari nanti sape tau dapat jadi ikon bapa contoh.. Rezeki di masa akan datang kita tak tau.. =)

    BalasPadam
  7. Sudah merasainya sejak dulu, arwah ayah menjaga kami sementara ibu pergi bekerja.Arwah ayah bekerja di rumah sebagai penulis disamping menjaga dan mendidik kami sehngga berjaya kini.

    Sungguh besar jasa arwah ayah...hanya Al-Fatihah yang mampu kami sedekahkan untuk arwah ayah tercinta...amin.

    BalasPadam
  8. ntah kenapa naz sebak sendiri baca entry ni. mungkin sbb kondisi keluarga naz, and i know apa yg dikatakan di sini. walau seburuk mana pun mereka, mereka tetap keluarga..mereka tetap perlu dihormati walaupun terpksa memendam rasa :')

    BalasPadam
  9. famous wadi eh...
    both you boleh jadi good example to many husband..

    BalasPadam