Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Februari 2012

Bila ada depan mata ..

 

 

image

Sekadar guna hp smartphone je aku amik pic ni .. Cantik kan ? Setiap petang , aku suka menikmati permandangan matahari terbenam di Putrajaya. SubhanaAllah .. Sangat indah ..

Walaupun kita boleh nampak setiap hari , tapi keadaannya tetap tak sama. Itulah yang sering aku bagitau kat wife bila nampak awan di langit .Bentuk dan coraknya hanya sekali ini saja kita boleh lihat. Kalau tidak diabadikan dalam kepala kita , pasti akan ilang terus keunikkan dan kecantikkannya.

Bila datang hujan , awan tidak kelihatan langsung apatah lagi mentari terbenam. Namun keindahan hujan pula lain ceritanya.

Sesungguhnya , ciptaan Allah ini punya kecantikan tersendiri. Cuma kita tau nak menilainya atau sekadar kenikmatinya saja ..

Jom baca blog diorang ! #7

 

Senarai terakhir .. Ada 7 senarai semuanya .. Huhu.. Kelabu mata biruku melihat link link ni .. Tapi tak pe la .. Janji dapat bantu sedkit kawan kawan yang ada ni.. Sedikit je yang aku mampu ..

Jom layan senarai terakhir …

Hahaha .. cukup cukup laaa .. Hehehe ..  TUTUP !!! Terima kasih !!

Senarai awal ..

 

Jom baca blog diorang ! #6

 

Huih.. dah masuk senarai no 6 .. Fuh.. nasih baik full time .. Kalau part time , masak gak aku nak copy paste link ni .. Pasni ada lagi satu dan rasanya tu yang last kot ? Kot ? Kot la tu last .. huhu.. Dan alhamdulillah , ada yg bagi feedback yg positif kesan dari kerajinan dia sendiri .. Segmen ni kena rajin ! Tu tips dia .. Tujuan buat entri tu seperti isi borang atau kebenaran mahupun dia sudi untuk ‘berkawan’ dengan rakan blogger yang lain .. Tu jer ..

Tapi tolong yer .. Jangan harap ianya berterusan. Korang kena rajin berkunjung ke blog mereka untuk hari berikutnya. Nak lagi bagus , ajak mereka bertukar link .. InsyaAllah. Aku sekadar membantu saja ..

Jom layan senarai ke 6..

Pasni senarai terakhir yer .. Kul 10 tutup… Sapa lambat , tak dilayan dah .. Maaf yer ..

Jom baca blog diorang ! #5

 

Senarai no 5 … Untuk baca senarai sebelum ni , klik previous page la eh .. Hehehe ..  Ada sejam lagi sebelum segmen ni ditutup .. Pasni jangan kata aku tak lanjut masa lak .. Haaaa.. 12 jam kasi woo ..

Ok , jom g berkenalan dengan diorang .. Kot mana ada yg sesuai jadi kawan dunia maya ni , bagus la kan .. Haaa .. Ramai dah dapat kawan dunia maya melalui blog ni .. Dapat awek pon ramai woo .. kan kan ? Hehe ..

 

Senarai selepas ini adalah senarai terakhir .. Walahh .. Akan dikeluarkan jam 11 malam nanti .. InsyaAllah … Dan jugaatan terima kasih buat mereka yang sudi join segmen ni .. InsyaAllah , kalau aku rajin esok aku fikirkan segmen yg beri manfaat pada kita semua ..

Jom baca blog diorang ! #4

 

Senarai ke 4 sudah ! Kalau dah g blogwalking 3 senarai , bermakna korang dah g masuk 60 buah blog .. Kalau bernasib baik , mereka kembali ke blog korang . Kalau tak , tak pe .. Tak perlu marah . Segalanya adalah usaha .. Dari tak buat apa apa kan ? Memula mmg susah , bila dah ok , tak payah susah dah dan cuma perlu jaga kualiti penulisan entri jer .. Haa.. tu caranya ..

Ok .. Senarai seterusnya ..

Penat ? Aku lagi penattt.. Tapi sbb junior mintak aku buat , maka aku buat .. Ikhlas ? Antara aku dengan Allah je la ..

Jangan patah semangat , wahai kawan ku !

 

Dalam diam tak diam , 3 tahun dah aku menulis blog ni .. Dugaan ? Jangan cakap la .. Lagi teruk dari dunia nyata .. Maklumlah , ramai keyboard warriors … Tapi tak kisah la , selagi tak langgar undang-undang kan ? Part lain , sendiri jawab dengan Allah nanti . Alhamdulillah , aku punya sahabat sahabat maya yang senantiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar .

Penulis blog bukan 100% benar setiap masa. Ada kalanya faktanya tidak berasas dan buktinya tidak kukuh . Tapi itu bukanlah satu alasan utk sepak terajang blogger tersebut ! Adakah itu patut berlaku di zaman semua manusia sudah boleh menulis dan membaca ! Dalam erti kata lain , berakal dan mampu berfikiran waras .

Bukan semua orang bijak ? Yer .. Faham tapi semua orang g sekolah ! Kalau tak g sekolah , nak sentuh komputer pon takut kan ? Maka , patutkah  seseorang itu mencaci maki dalam dunia maya ni seperti orang yang tidak beragama atau tidak berkewarganegaraan ?

Aku suka baca artikal di blog blog profesional seperti DRMAZA.COM .. Komen komen yang ditinggalkan oleh pembaca menunjukkan taraf pemikiran mereka . Bila aku baca di akhbar online atau artikal di Yahoo , aku tersenyum . Caci maki dan komen tidak berasas mmg banyak. Isunya lain tapi komennya ?? Itu menunjukkan cara pemikiran mereka secara tidak langsung.

Aku tak kata aku ni bagus tapi pengalaman mematangkan aku dalam dunia maya ini . Itulah yang aku dapat selama ini . Dan segala dugaan itu benar-benar membuatkan aku belajar bersabar.

Kritik , kita boleh kritik. Kita boleh tengok contoh contoh pengkritik dalam rancangan realiti tv . Bagaimana mereka memberi kritikan . Apakah perlu kritikan yang sekadar mematahkan semangat ? Kritikan yang membina ? Atau kritikan yang pedas tapi lembut ?

Baru-baru ni , ada seorang teman blogger meninggalkan komen di blog aku berkaitan isu ASTRO .. Entri yang aku buat kerana aku geram itu mendapat perhatian dia . Bila kita geram , kita terlupa untuk membuat kajian terlebih dahulu dan hasilnya pasti akan ‘buruk’.

Alhamdulillah , caranya amat berbeza dari sebelum ini . Dan aku buang entri tersebut walaupun takde kaitan dengan komennya.  Kritikan yang bijak akan membuatkan blogger berfikir semua untuk menulis entrinya pada masa akan datang .

Untuk menghasilkan blogger yg berkualiti , pengkritik juga perlu berkualiti. Kalau setakat main baling batu dan lari , lalu ketawa .. rasanya tak perlu la kot buat gitu. Cam budak sekolah je perangai gitu.

Ingat , setiap apa yang anda tulis .. anda bertanggungjawab ! Samada blogger mahupun si tukang komen !

Jom baca blog diorang ! #3

 

Yearghhh .. no 3 sudah .. Dah g tengok kawan kawan di senarai 2 dan 1 ? Alahai .. G la… Senang dapat kawan dalam segmen ni .. Yang penting , ‘borang dah isi ‘ dan g beramah mesra. Tu je caranya . Kalau malas tapi harapkan magis , tu jangan salahkan aku la yer .. Aku pon kena rajin , baru boleh ‘naik’ sekejap. Pastu kena usaha lagi .. Huhuh .. Kejayaan takkan datang menggolek .. Ayam je boleh digolek !

G laaaa …

  1. http://maszull.blogspot.com/2012/02/ben-ashaari-ajak-baca-blog-aku.html

  2. http://emmaeema.blogspot.com/2012/02/ben-ashaari-ajak-baca-blog-aku.html

 

Terima kasih .. No 4 , menyusul nanti eh ..

Jom baca blog diorang ! #2

 

Hah .. nombor  2 dah .. Nombor 1 , entri sebelum ni eh ..  Kalau rasa rasa nak tambah kenalan , sila rajin blogwalking ke blog mereka .. Kalau tak nak , jangan salahkan aku kalau tak ramai kawan blogger singgah ke blog korang yer .. 

Dan sampaikan assalamualaikum aku sekali kat mereka yang di bawah ni eh .. Aku kena copy paste lagi yang lain .. Huhu .. Kul 10 malam baru tutup.. Jauh lagi perjalanan aku .. Huhu ..

 

No 3 menyusul sejam  atau malam kang .. Erk.. Tengok la nanti eh .. Tunggu jer eh ..

Jom baca blog diorang ! #1

 

Ramai ‘muka baru’ .. Menarik ! Ni masanya nak berkenalan dengan mereka . Rasa- rasanya blog diorang menarik tak ? Hurm.. Kasi peluang la kan .. Kalau bukan kita sbg pembaca , sapa lagi kan ? Jom ..

 

Sambung lagi nanti eh .. Kang byk lak , mau sengugut tengok senarai blog yg ada .. Huhuh … Selamat berkenalan .. Tunggu #2 nanti eh .. Sabau ye .. Tolong jgn paste 2 kali ..

Pernah kencing dalam kolam renang atau water park ?

 

Baru pas layan movie Grown Ups lakonan pelakon pelakon komedi feveret aku , Adam Sandler , Chris Rock , Kevin James , Salma Hayek dan ramai lagi .. Hehe .. Plan nak tngok movie kat Alamanda tapi wife tak sihat , jadi .. aku dok umah teman dia je la.. Tu dok tidur kat atas dan aku layan movie ni sorang sorang .. Terbahak bahak pon sorang sorang .. Hahaha ..

Seperkara yang aku baru tau …

image

image

Ada sejenis bahan kimia yang diletakkan dalam air kolam yang mana boleh mengubah warna air kencing  menjadi warna biru ! Maknanya kalau ada sapa sapa kencing dalam kolam mandi awam tu , boleh tau laaa sapa punya kerja , masa tu gak !! Hahahaha ..

Iyeewwww …

Movie ni best tapi cam biasa la .. Kalau takde ‘kotor’ skit skit tu , tak sah la. Kalau ‘bersih’ , cam pelik la pulak kan ? Tu la movie mereka .. huhu .. dan kita pon ada dah ke arah arah tu .. Harap cepat cepat jauhi ..

Segmen : JOM BACA BLOG AKU ..

 

Satu segmen ringkas hari ni tapi lama sedikit sbb ada yg tak sempat nak join. Ringkas sebab , nak panaskan enjin ! Nanti dah panas , bolehlah yg best best skit .. heh ..

Segmen ni mudah jer .. Sekadar nak berkenalan dengan blog lama mahupun yg baru .. Lama camana ? Tu korang pk la sendiri. Tak yah la nak peningkan kepala dengan soalan yg merapu gitu eh ?

Bg yg berminat .. jom .. Tak berminat , tak per.. Ni bukan paksaan pon. Sekadar suai kenal jer .. ok ? Tak yah jadikan kontroversi. Banyak lagi isu ada dalam dunia ni. Jangan buat dosa ..

Ok , jom…  Mula mula , sediakan satu entri khas ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk .. BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU dan linkkan ke entri ini .
  3. Berikan satu sebab ringkas kenapa mereka patut baca blog anda.
  4. Berikan satu entri menarik anda sebagai bukti blog anda itu menarik !
  5. Siap ? Tinggalkan link lengkap di ruangan komen entri ini .

Tutup segmen ini , malam ini , jam 10 malam .. ( 13/2/2012) . Terima kasih ..

 

IKLAN

Assalamualaikum semua.

Kunjungi kami di www.suehijab.com untuk melihat koleksi tudung-tudung yang terkini.

Harga berpatutan dengan kualiti yang terbaik!

Terima Kasih

Sejadah berdiri .. Dah tu ?

 

image

Tak kira la samada ada budak yang saja nak memain atau pun mmg benar kejadian ini kerana aku memang percaya dah pada kekuasaan Allah ! Setiap hari aku melafazkan tanda kebesaran Ilahi apabila melihat langit , pengerakkan baby dalam perut dan banyak lagi ..

Dan aku percaya , kita bukan keseorang atas dunia ini. Ada lagi makhluk lain yang tercipta lebih awal dari manusia yang dah lama menghuni dunia ni.. Segalanya dah ditulis dalam Al-Quran .

Al-Quran sendiri adalah keajaiban Allah yang mana kita sendiri pon malas nak kaji ! Tapi bila tgk benda pelik gini , dan dan mulut kata SubhanaAllah .. Tapi  apa yang kita faham ? Suruh solat ? Al-Quran suruh lama daaahh … Takkan nak tunggu sejadah suruh kot  ?

Kelmarin aku tengok Halaqah dan panelnya adalah Ustaz Dr. Danial  Zainal Abidin . Isunya , alam semesta .. SubhanaAllah .. Yang ini betul betul buat aku ternganga bila dia bercerita berdasarkan Al-Quran.. Kerdil betul aku bila dengar dia bercerita ..

Entah laa .. Kita ni lebih suka sesuatu yang pelik dari yang nyata .. Ingat lagi kes ayat-ayat Al –Quran hilang ?

HARI SUAMI ISTERI ganti HARI KEKASIH ?

 

image

HARI SUAMI ISTERI eh ?? Aku terbaca tadi di salah satu akhbar online yg mana isunya pasal HARI KEKASIH ni haa .. Aiyoo … Ada orang ISLAM kat Malaysia ni  kemaruk benar nak sambut ‘hari hari cinta ni ? ‘ . Udah-udah laaa .. Bawak googlekan diri tu …

Betul kata Dr Asri yang mana semua perayaan gini sebenarnya memberi keuntungan pada peniaga .. Restoran , kedai jual cenderemata , bunga dan byk lagi laa tapi pengisiannya ? Hari ni beria esok abis dah  !

“ Tiada guna menukar nama sambutan Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri, jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada budaya umat Islam. “

Kalau nak menghargai suami atau isteri kita , tak payah tunggu hari hari tertentu .. Sambut je la bila ada duit tu haaa .. Senang cerita .. Lupakan saja tarikh 14 FEBRUARI tu haaa .. Takde manfaat punya .. Nak sambut sangat , buat je 31 Ogos ! Satu Malaysia sambut punya !!

Glamerkah kita ni ? Hurm ..

 

Glamour .. Glamer .. Popular ? Heh .. Itu ke yang kita terkejar dalam hidup ini ? Mungkin la kot kalau masa kat sekolah .. Atau di Ipt atau lebih tepat lagi masa remaja .. Bila dah berusia , ada yang terkejar lagi ke ? Adaaaaa .. sapa kata tak de kan ?

Semalam Whitney Houstan meninggal dunia . Dan sehingga sekarang masih belum tau punca kematian dia . Hidup dia yang penuh dengan kegemilangan dalam dunia seni , semua orang tau . Sayangnya , dia sama seperti orang lain iaitu tak lari dari masalah peribadi ..Begitu juga dengan Micheal Jackson ..

Kembali aku terfikir sejenak sewaktu memandu hantar wife ke pejabat. Apa sebenarnya yang kita terkejar dalam dunia kita ni sedangkan terang-terang Allah dah bagitau tujuan kita berada diatas dunia ini tapi kita terleka dan lalai ..

Dulu aku sering fikir .. Apa gila aku punya jadual harian ? Setiap hari .. Dari hari Isnin hingga Jumaat , sama weh !! Bangun pagi , gi kerja .. Petang , g gym .. Mlm , tidur awal sbb nak g kerja esok . Pastu sama je untuk hari esoknya . Sehinggakan bila ada kawan ajak lepak untuk minum , aku tak nak sebab takmo mengantuk esok hari .. Apa gila ??

Sekarang ni , baru aku tau kenapa ramai benar tergila nak glamer ! Mungkin ada yang kata , aku tak nak .. aku tak minat .. Aku sekadar suka suka .. Tu antara ‘aku’ dengan hati aku sendiri .. Kita lebih tahu niat kita ..

Kesimpulan .. Perhatikan lampu lip lap yang cukup berseri bila di pasang di malam raya . Cahayanya cukup menarik mata , sayangnya .. tak lama …  Itulah dunia glamer !

Jangan pisahkan dunia dan juga akhirat ..Seimbangkan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI