Khamis, 5 Disember 2013

Blogger bersantai di LAWAK KE DER 3

 

Biasa dok tengok kat Youtube tapi tak puashati la.. Sebab sekerat sekerat jer.. Hehehe .. Hari ni , berjaya juga memuaskan hati aku yang dah lama teringin nak tengok secara langsung depan mata , stand up comedian terbaik negara kita ! Hehehehe ..

Maka , berkumpulah para kenalan blogger di sana untuk sama sama merasai dan melepaskan tekanan seharian bekerja dengan bergelak ketawa mendengar serta menonton kreativiti 4 orang comedian yang terdiri dari Nabil , Harith Iskandar , Jambu dan Douglas Lim ..

WP_20131204_012

WP_20131204_011

WP_20131204_008

Best ke ? Ke tak best ? Ok .. nak aku terus terang ke ? Aku bagitau la yer .. Jambu , dah biasa tengok .. Harith pon.. Nabil juga tapi aku teruja nak tengok Douglas Lim punya idea bagi membuatkan penonton yang majoriti berbangsa melayu ketawa .. Apakah dia mampu melakukannya , dengan menggunakan bahasa Melayu ???

Hurmmm .. aku bagi dia , 5/5 bintang malam semalam ! Douglas paling menyerlah diikuti Harith. Mereka telah menghidupkan malam aku yang mana sebelum itu aku cukup tensen dengan kesesakkan lalu lintas .. Huhuhu ..

Maka sekarang .. aku tau yang Douglas ni sememangnya layak digelar antara stand up comedian terbaik di negara kita ! Spontan , penuh idea dan original .. heeee ..

Ok , lain lain .. aku percaya mereka akan perbaiki agar setanding dengan Douglas .. kalau tak , mereka akan tenggelam lagi dengan tepukan gemuruh yang ditujukan kepada Douglas.. Heee.. Jujur nehh !

Haa.. bagi yang belum lagi berkesempatan nak gi menonton LAWAK KE DER yang sedang berlangsung di Istana Budaya bermula 4hb Disember dan akan tamat pada 8hb , silalah ajak kawan kawan atau famili bersantai ke  Istana Negara .. Heee ..

Tiket ? Sila ke TICKET2U untuk membuat tempahan .. Baik buat tempahan . Takut tiket abisss .. heeee … Selamat skit kan kalau dah buat tempahan .. huuu ..

Photo: Nak gegar IB malam ni .. #escnow #lawakkeder3

Best ! Best giler !! Best .. part ni Douglas pelik camana khinzir leh terlibat sama !

11 komen :

baby comel berkata... [Reply to comment]

Terhibur juga abg Ben =) ramai gak eh geng2 blogger yg ada tu..Douglas, BM dia mmg ok kan. lagi dgn dia punya mimik muka tu, tu pun dah cukup kelakar. Tahniah utk Hans Isaac

Kongsi ArtikelBlog berkata... [Reply to comment]

teringin nak pergi.. tunggu payment masuk . huhu

Ishak Ismail berkata... [Reply to comment]

Perrrgghhh cpt giller (tidak melibatkan khinzir ya) ben up entri! Terbaek!

noorhaidaz eyda berkata... [Reply to comment]

Mesti best kan...

Anarm Khairul berkata... [Reply to comment]

Douglas Lim memang lawak giler semalam.. takde masa nak rehat, asyik gelak je dgn lawak yg dia buat.. haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata... [Reply to comment]

douglas paling best semalam... the best perfomance ;)

errr kan dah guna ayat "paling" untuk best....

YaNa Yassin berkata... [Reply to comment]

Masa PC pun dia lawak giler jawab soalan media... muka macam x bersalah plak tue jawab . Hahhahaha.

Emma berkata... [Reply to comment]

Douglas memang menyerlah malam tadi.. lawak dia pun sempoi je. And 1st time kenal sape tu Douglas Lim !! ehhehehe

Zulqarnain Abu Hassan berkata... [Reply to comment]

Bestt...

Bestt gilerr...

Bestt giler !@#$ LOL...

Ujang9897 berkata... [Reply to comment]

douglas mmg tak sangka dia lawak gila..haahha..

nanti pjm gambar k..hehe

AkuBiomed berkata... [Reply to comment]

Pentas Lawak Ke Der 3 malam pembukaan milik pelawak Douglas Lim

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI