Berbaloikah beli barangan berjenama melalui online ?

 

Tadi gi Kelana Centre Point dengan wife. Dia ada buat pembelian barangan melalui online yang mana barang tu direct dari luar negara Dah lama dia dah sampai dan hari ni baru berkesempatan nak gi amik !

Sampai je ke tempat ‘collection’ barang tu , aku hilang waras jap ! Banyaknya barang berjenama ! Perghh.. Harga murah sedikit la dari kat kedai ! Maklumlah , direct, kan ?

Antara yang menarik perhatian aku ialah  jam Casio ‘Pathfinder’ dan beg silang Micheals Kors. Pergh… Tergugat weh wallet aku ! Tetiba wife kata dia nak belanja ! Waaaaaaa.. terus cerah mata aku.. Hahahaha …

Tapi aku tak nak la amik kesempatan.. Bukan apa , nanti duit dia abis… duit aku gak kena attact kan ? Sama jer.. Pi mai pi mai tang tu gakkk… kaaann ? Hahaha ..

Aku amik beg sandang je la.. Tu pun sebab bleh buat gi ‘kerja’. Lama dah nak beli.. Dulu beli , Qhaliff dah amik.. Ni beli lain laaa .. Jenama Timberland ! Nak beli kat sini dengan harga RM200++ , aku rasa payah la nak dapat , kan ? Haaa.. Kualiti ? Hurm… aku berpuashati sangat la !

Tapi beg ni bukanlah aku beli online. Sememangnya dah ada dah kat dalam kedai tu.. Kedai ni , tak ramai tahu pun tapi ada je orang datang setiap hari ! Haaaaa.. Ni pon wife yang bagitau..

imageimage

Dan wife , beli pinggan mangkuk Corell made in Usa , katanya ! Hehehe.. ‘Made In Usa ‘ ni satu kebanggaan kan ? Huhuhuh… Ok laa… rasanya semua suka barangan ‘ made in usa ‘ ni sebab kualiti yang dijamin ..

image

Ini bermakna , beli online ni ada untungnya gak kan ? Cuma , bukanlah beli hari ni .. esok dapat ! Yang wife aku beli ni , makan 2-3 bulan baru sampai ! Menurutnya kena tunggu banyak order baru leh kargo dari USA ke Malaysia..

Hurm.. korang camana ? Suka beli online atau prefer gi mall je ?

7 ulasan:

  1. kdg2 berbaloi jgk tpi nak tunggu la lama skit

    BalasPadam
  2. berbaloi lagi beli on9 sbb biasanya on9 kalo time sale, mmg sale gegiler punyalah ... eheheh ^_^

    BalasPadam
  3. berbaloi juga sbb ada barang berjenama murah sekiranya beli secara online dam mahal harga kalau di kedai-kedai.

    BalasPadam
  4. ada yang saya beli online ada yang beli dikedai ikut selera masing2 kan

    BalasPadam
  5. ada yg beli online.. ada yang beli kat mall jer..

    BalasPadam
  6. Abg Ben, share la nama kedai tu.. mcm menarik je beli corelle kat situ.. hahahahha...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009