Dah tak sedap !

 

Sebelum balik ke KL , gi makan dulu nasi kerabu di tempat feveret aku setiap kali aku balik ke Kelantan. Sebenarnya di Kelantan banyak tempat menarik untuk jalan jalan cari makan tapi aku masih belum berpeluang nak buat gitu..

image

Tak sedap atau rasanya dah kurang ? Ayamnya pon dah makin kecil dan daging pon dah sikit.. Hurmm.. Tak macam mula mula aku makan yang mana sekali makan je dah puas.. Aku rasa harga makanan makin mahal kot ? Hurmm..

Kenapa aku ke sini gak ? Sebab layanannya yang mesra.. Nasib baik kan ? Hehehe..

Dan makan malam di RnR Temerloh.. Dah lewat sangat.. Dalam jam 11 lebih rasanya.. Banyak gerai tutup dah.. Tinggal satu gerai ni jer.. Masih ada baki ikan patin masak tempoyak ! Kelihatannya menyelerakan.. Maka wife amik la patin buah.. tak nak patin sangkar.. huhu.. Mahal pon mahal laa..

image

Aku cuba hirup kuah tempoyak tu.. Perghh.. Rasa cam air kosong tuu ! Adehhh.. Ni mesti sebab dah abis kuah ni.. Tambah air ? Wallahualam.. Nasib baik ikannya sedap.. huhuh. Belasah je la.. Perut dah lapar.. Anak pon dah buat ragam.. Makan cepat cepat…

7 ulasan:

  1. lamanya dah tak mkn patin tempoyak kat RnR Temerloh tu.. tp nak lg sedap masak sendiri.. baru umphhhh

    BalasPadam
  2. lamanya dah tak mkn patin tempoyak kat RnR Temerloh tu.. tp nak lg sedap masak sendiri.. baru umphhhh

    BalasPadam
  3. selalu macam nie. mula2 pergi satu kedai makan, makanan superb sedap2. lama2 jadi pelanggan setia n pergi lagi, makanan kureng dan makin kureng. wohoho. dahtu stop pergi tempat tu dan cari tempat makan lain. :D

    BalasPadam
  4. kena jimat cermat ... hahaha sebelum gst ...

    BalasPadam
  5. abg ben, nnt cuba la nasi kerabu azma dkt pasir pekan, jalan nk g pasir mas. situ sedap jg. tnya wife abg ben kt mne pasir pekan tu. hehee. xpn google je nasi kerabu azma kompem jmpa. :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009