Gara-gara pecah rumah !

 

Hurm.. kembali panas ! Beberapa taman perumahan sekitar tempat tinggal aku dah dilaporkan kecurian atau pecah rumah dalam beberapa hari ni ..

Dan kelmarin , 2 buah rumah di kawasan rumah aku jadi mangsa pulak ! Tak pasti samada dipukau atau tidak.. Hurm.. ini kerana mereka masuk dikala penghuni rumah sedang lena tidur ! Hurmm.. Sebelum tu , taman berhampiran jadi mangsa !

image image

Hurmm.. Dua keping gambar yang ditunjukkan dalam group whatsapp taman perumahan aku yang membuatkan semua penghuni mula tak senang duduk.. Dan satu mesyuarat telah dibuat semalam..

image

Beberapa perancangan disusun bagi membanteras serta menangani masalah pecah rumah… Antaranya ? Rondaan malam ! Heehehe.. Dan beberapa lagi perancangan hasil perbincangan ..

image

Hasil dari kawalan semalam , isu ‘burung hantu’ juga telah dikesan dan ditegur . Jangan bawak anak dara orang malam malam ! Dah la jauh dari keluarga.. awak tu merantau mencari ilmu.. Haaa..

Menurut rakan rakan di Facebook setelah aku memuatnaikan status mengenai pecah rumah ni  ,kata mereka taman perumahan mereka turut jadi mangsa dalam minggu ni.. Dan ini sememangnya menakutkan mereka. Kejadian tak kira waktu.. Tak semestinya malam malah di waktu terang hari pun mereka nekad buat kerja jenayah !

Harap rakan rakan semua , berhati hati ..

1 ulasan:

  1. ayokkk bahaya nih sbb selalunya mmg bermusim kena satu taman.dulu pernah trjadik mcm ni kat area klang

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009