Kesan review blogger pada produk !

 

Di kala ini blogger sering mendapat perhatian. Setiap hari ada saja job berbayar atau percuma ditawarkan pada blogger blogger seantero dunia. Ok, aku fokuskan pada Malaysia sekarang eh..

Kenapa blogger jadi pilihan mereka yang ingin memasarkan produk mereka ? Humm.. Yang pertama , blogger ada pengikut mereka tersendiri dan pastinya pengikut mereka ini sudah mengenali blogger kesayangan mereka ni bertahun lamanya. Eceh , kesayangan tuuu .. Hehehe..

Amik contoh aku.. Sepanjang pengalaman aku jadi tukang review berbayar atau percuma , aku dapati kebanyakkan produk tersebut mendapat perhatian rakan pembaca .. Sebagai contoh , Pati Batook Ori yang mana aku sendiri gunakan pada aku dan anak aku kemudian aku promotekan pada rakan pembaca .. Alhamdulillah , mendapat impak positif dari mereka yang membelinya.

Bagaimana pulak dengan review yang lebih menjurus kepada kritikan ? Ok.. biasanya movie la jadi bahan review yang mendapatkan feedback yang agak mendalam kritikan.… Movie yang aku tonton tak kira  la percuma atau aku beli tiket tu, pasti akan review sebaik mungkin sebab akan ada rakan pembaca tertarik lalu pergi menonton movie tersebut.

Ada beberapa movie yang aku gi tonton dan berikan kritikan. Ini disebabkan cerita tu memang tak best ! Takkan nak tulis kat best kan ? Terutamanya film melayu.. Haih.. dan kebelakangan ni , movie dari luar negara pon dah semakin kelaut jalan ceritanya .. Memang aku kritik kaw kaw !

Dan mereka yang membacanya akan berterima kasih kerana menyelamatkan duit mereka !

Blogger jika tau peranan sebenar mereka .. mereka tau akan betapa besarnya tanggungjawab mereka ! Bukan sekadar menulis  tapi lebih pada beri infomasi tanpa henti pada pembaca mereka !

Film terbaru .. Run All Night dikatakan film gagal lakonan Liam Neeson ! Adehh.. Baru nak gi tonton.. tapi bila baca review seorang blogger , terus hilang nafsu..

Nampak tak permainan dia ? Kan ? Hahahaha ..

Tu belum review makanan kan ? Kadang kadang review makanan ni payah. Kena ikut tekak masing masing. Belum tentu kira rasa tu sedap , bgi orang lain ianya sedap gak ! Haaaa… Blogger food review ni memang perlu ada lidah atau citarasa yang ..hurmm.. menakjubkan kot ? Hehehe..

3 ulasan:

  1. umak aiiii terperanjat moon hahhaha tapi 2 thumbs up ....dah pakai baru tahu rasa selesa ke tak kan ...good job ben ( sebab review yg sangat jujur terus pegi klik link nak tgk tudung hahahha )

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009