Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 18 Mac 2015

Layan Nasi Lemak AntaraBangsa malam malam !

 

Lama giler aku tak ke sini.. Dan semalam , aku kembali ke Kg.Baru untuk berjumpa pemilik Nasi Lemak AntaraBangsa yang top ni !  Haa…

Dalam jam 8.40 malam , aku sampai situ. Tengok , orang dah ramai. Parking berbayar ada banyak tapi aku nampak ramai berminat nak parking tepi jalan.. Pelik aihh.. Takkan RM5 pon kedekut nak bayar kot ? Hurmm..

Tapi aku tak sempat nak amik gambar. Ikutkan aku terlalu penat dah nak keluar malam sebab sejak tiba dari Kelantan , aku belum dapat rehat secukupnya gara gara memandu melebihi 10 jam.. Tapi demi minat , tanggungjawab dan ‘itulah kerja aku’ , aku tetap ke sini ..

Ok.. aku tak sempat nak amik gambar warung popular ni .. Aku pinjam gambar dari blog rakan rakan blogger yang lain sat no.. Terletak di Kampung Baru , warung Nasi Lemak AntaraBangsa ni betul betul berada selepas pintu gerbang besar tu ..

imageimage

Gambar oleh : zuldean08 dan vkeong

Selesai berbincang , aku tapau 4 bungkus nasi lemak.. Makan kat rumah.. Orang kata , nak tau sedap atau tak nasi lemak tu , makan kat rumah.. Haaaa.. Kalau sedap , baru turun beramai ramai makan di warung atau restoran tersebut .. Heheheh ..

image

Sampai je rumah , terus bukak nasi lemak ni.. Tak sabar nak rasa ! Huhuh… Dan.. Tu diaaa ! Tengok sambal sotong dan rendang ayamnya ! Ok , gambar aku tak sempat nak amik sebab dah lapar ! Sempat amik gambar bawah ni jer.. Hahahaha ..

Nampak macam pedas sangat sambal dia tapi bagi aku , sambal ni memang  terbaik laa ! Baki sambal yang ada tu rasa cam nak cicah dengan roti jer memandangkan nasi lemak yang aku tapau , tak cukup ! Huhuhuh…

image

Dan , ternyata sedap ! Rupanya aku dah ‘kehilangan’ nasi lemak ni dah begitu lama ! Dulu adik aku rajin la turun sini untuk beli dan bawa balik rumah.. Makan beramai ramai.. Nampaknya ianya akan berulang kembali.. hehehe…

Pasni nak makan terus kat warung sana ! Aku plan nak buat lepaking di warung Nasi Lemak AntaraBangsa ni , minggu depan .. Jumaat malam.. Jom ?

Terima kasih pada Nuraliah Nadirah Abdullah atas kepercayaan pada Kelab Blogger Ben Ashaari untuk tanggungjawab besar kali ni.. Nampak gemuk ? Itulah hakikatnya.. Hahaha.. Tak pe la.. Pelan pelan membina semua badan sado.. Tapi bila dah sado , ramai pulak anak dara nak ngorat.. Acaner tu ? Hahaha.. Ok , tu lain isu..

image

9 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

sedapnya

Allene typicalmommy berkata... [Reply to comment]

HAHAHA cair lemak2 mak.. .sabo je la.

Hafiz Hafizol berkata... [Reply to comment]

Dah asyik makan je Ben cemana tak gemuk.. wakakaka..

Anizz Annisa berkata... [Reply to comment]

Sedapnyeee.. Terliur nengok sambalnye.. Huhu

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Dah lama juga x pekena nasi lemak antarabangsa. Sedap, nak Sedap lagi + sambal sotong + rendang ayam. Peergghhh...!!
Nasi tambah satu lagi! Hehee....
Wokey, Kasi gegar jumaat nie~

Bahrain Ramlan berkata... [Reply to comment]

pergh! nama nak nasi lemak antarabangsa. haha.

http://www.adarain.com/

izzeyda berkata... [Reply to comment]

nampak sedap sambal dia.. cair lemak2? hehehe..

Sham berkata... [Reply to comment]

15 tahun lepas aku sanggup la beratur nk try nasi lemak ni...

Emma berkata... [Reply to comment]

Selang satu lorong je dgn rumah .... Tp dlm setahun blh di kira dengan jari brape kali mkn kat sini... Haha tp nasi lemak kerang mmg best.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI