Perlu ke kereta kedua bagi setiap keluarga ?

 

Semalam gi servis kereta aku lagi.. Tiap tiap bulan servis kereta ! Perghhhh.. Setiap bulan mesti servis 5 ribu km ! Gi mana sampai gitu sekali ? Untuk pengetahuan , kereta baru berusia  hampir 2 tahun. Ada 7 tahun lagi untuk abis bayar wooo ! Tapi kilometer dah lebih 80 ribu km ! Orang kata jangan kasi lebih 100 ribu. Nanti nak jual , rendah je orang amik.. Hurmm.. Betul ke ?

image

Kereta yang dibeli ni , jaminan 3 tahun. Orang kata , selagi dalam jaminan .. jangan gi servis luar yang mana orang kata laaa.. luar lagi murah dari servis kat tempat tempat gini ! Hurmm.. Aku ada alasan tersendiri sebenarnya kenapa dan mengapa aku akan ke tempat gini walaupun jaminan dah abis. Paling penting ialah after sales service.

Ok.. Kali ni aku buat major servis… 80 ribu km.. Major menurut diorang di TCM ni , 40 ribu , 80 ribu.. memang akan mahal sebab byk kena tukar n buat.. Hurmm.. Aku dungu skit bab kereta.. Ok , dungu banyak..

image

Kalau bukan major atau normal servis , biasanya dalam lingkungan RM200-300++ ! Confirm kena punya laaa ! Bayangkan nanti ada GST lak ? Aiyoookk ! Mampus gue.. TV kata GST takkan buat harga barang naik.. Malah lagi menguntungkan rakyat ? Tunggu je la bulan depan..

Ok.. wife bagi cadangan.. Dari tiap tiap bulan servis kereta ni , apa kata amik satu lagi kerta kecik. Menurutnya kawan dia ada amik Axia.. Downpayment baru RM3000 pastu bulan bulan RM300++ jer.. Dia kata laa..

Dah dua kereta pulak kat rumah.. Bila amik kereta , sah sah hutang bertambah ! Kitorang baru je kurangkan hutang dan nak kurangkan lagi belanjawan.. Kiranya nak buat bajet berhemah la.. hehehe ..

Tapi bila tengok jiran jiran ada je pakai 2-3 kereta.. ok pulak eh ? Ni nak amik pon sebab wife leh guna gi kerja dengan kereta kecik.. Kereta besar ni , simpan je la kat rumah.. Hujung minggu baru guna.. atau balik kampung.. Yang kecik ni guna dalam bandar jer.. Kan ? Jimat minyak gak kan ?

Apa korang rasa ? Lenguh gak tiap bulan gi servis kereta .. Harga servis sama dengan harga bayar kereta baru.. Er , Vios ? Er.. tu utk review jer.. hehehe …

9 ulasan:

  1. Pada saya, selagi boleh bertahan dengan satu kereta, bertahanlah.

    Tapi, kalau keadaan yang memaksa untuk memiliki kereta kedua, baru cari.

    Biar kita bersusah dengan satu kereta daripada bersusah untuk lagi satu kereta.

    BalasPadam
  2. Saya pun rasa better satu je kot, tapi terpulang la, kalau nak pakai lagi satu, ikut kemampuan.

    BalasPadam
  3. bergantung pada keadaan.. jika perlu memiliki dua buah kereta, tambah jelah.. kalau sebuah kereta dah memadai, tak perlu membazir membeli kereta banyak2..

    BalasPadam
  4. @Muhammad Syahmi

    hehehe yang ni sy setuju 100% sbb dah pernah rasa susahnyer pakai 2 kete w.pun kita rasa mampu

    BalasPadam
  5. secara am-nya,sy rasa better satu kereta je..tpi kna buat kira2 betul2 utk tentukan mana lebih berbaloi dari segi penjimatan kos dan masa. mana yg beri lebih penjimatan, itulah yg patut jd pilihan :)

    BalasPadam
  6. saya pakai Axia dekat 4 bulan. memang jimat dri segi penggunaan mnyk. tp jgn tekan mnyk dgn penuh perasaan. lembut je... servis pon kali pertama dan kedua adalah percuma. takda tukar apa-apa pun cuma cek apa yg kurang... servis pertama adalah adalah 1000km dan 5000km. percuma. 10000km brulah berbayar tp masih rendah dlm rm150 (tak campur dgn benda2 merepek yg perodua akan syorkan - kita boleh kata tidak)

    major servis adalah 20k. dlm rm400. yg lain amat jimat. kereta pon bukan cikai.

    BalasPadam
  7. kalau mampu ambik la satu lagi , kalau satu tersadai di workshop , masih ada satu lagi tak la " patah kaki "

    BalasPadam
  8. Dua kereta dah macam wajib untuk sebuah Keluarga, pendapat saya je .. huhu ... :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI