Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 22 Jun 2015

Mengembalikan semangat kerjaya anda !

 

Arghhh.. Isnin kembali lagi ! Boringggnyaaa.. Lama lagi nak cuti panjang ! Tak sabar nak rayaaa ! Tapi bila dah tiba hari Raya , akan berakhirlah segala percutian dan kembali semula ke pejabat ! Bosan menjenguk kembali.. kan ?

Persoalanya.. Sebenarnya apa yang membuatkan kita bosan ? Kerjaya kitakah ? Tempat bekerja ? Rakan sepejabat ? Gaji ? Hurmm.. Mesti ada sebabkan ?

Aku sendiri terfikir dulu.. Sampai bila aku nak macam ni ! Setiap kali Isnin menjelang , aku mesti ke klinik. Cari alasan untuk dapatkan sijil sakit. Duit keluar tak pe .. janji tak stress gi kerja ! Tapi , untuk hari Isnin lepas laa.. Selasa ? Rabu ? Arghhhh.. Takkan nak M.C lagi kot ? Sampai bila kan ?

Akhirnya aku buat keputusan dan keputusan tu benar-benar mengembirakan aku. Bukan mudah sebenarnya dan takde bantuan pon.. Maklumlah , masa tu tak kenal sapa sapa lagi.. Aku nekad je untuk berhenti..

Tapi baru-baru ni , aku hadiri sebuah workshop ringkas.. Workshop yang diberi nama Warna Dan Kerjaya oleh Myryl , di Bangi. Baru aku tahu yang ada medium untuk membantu kita mencari kesesuaian diri dgn kerjaya kita hanya melalui WARNA ! Haaa.. jangan angkat kening ! Warna memainkan peranan penting pada kita dan kehidupan. Jangan pandang remeh yer..

Tak de masa nak g bengkel ? Jangan risau.. Ada dvdnya ! Beli dan ikut langkah yang diajar oleh instructor. Mudah sangat ! Kena faham betul betul dan ikut.. InshaAllah akan jumpa apa yang kita inginkan sangat sangat..

Malam tadi , aku berkesempatan membuatkan latihan berdasarkan dvd Colours And Career – Master Yourself Revamp Your Life ni… Huhu.. lama dah nak tengok tapi tak berkesempatan disebabkan byk hal hal duniawi nak diselesaikan.

Instructor – Puan Shuhada Alauddin..

image

Ada beberapa modul. Aku rasa mana mana syarikat yang ingin menjimatkan kos kursus , boleh la guna dvd ni untuk mengembalikan semangat kakitangan mereka yang mungkin dah mula bosan atau rasa ‘down’ … Tak semestinya untuk cari kerja baru tapi untuk mengenal diri sendiri yang mungkin selama ini mereka ibarat robot.. Hidup ikut rutin yang dah ditetapkan ! Boringgg !

image

Perlu diingatkan.. tak boleh buat sorang sorang tau ! Kena ada rakan untuk buat segala ujikaji yang diberikan..

image

Antara contohnya..

image

Kita secara jujur akan menjawabnya. Tak perlu menipu pon.. Sebab segala jawapan akan menghasilkan keputusan yang bermanfaat untuk anda sendiri !

image

Antara contoh kesimpulan berdasarkan Warna..

image

Ada beberapa modul perlu diikuti dengan teliti bagi menghasilkan impak yang berkesan pada mereka yang mengikutinya. Kena fahami atau mereka akan ‘ketinggalan’ dan seterusnya akan dapat jawapan yang tidak memuaskan hati mereka.. huhu ..

imageimage

Secara peribadi , dvd lebih seronok ditonton dengan seriusnya. Tak boleh sama sekali leka kerana setiap saat adalah bermanfaat ! Jika tonton berkumpulan , sebaiknya jangan terlalu ramai atau jika nak ramai, semoleknya perlu ada mereka yang berpengalaman untuk membantu.

Hasilnya ? Aku dan rakan rakan selepas keluar dari workshop ni , terasa segar dan bersemangat kembali untuk terus berjuang dalam dunia blogging ! Menulis dengan lebih berkeyakinan..

image

Bagi mereka nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dvd ni , bolehlah ke www.myryl.net ..

4 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

great

Mrs. A berkata... [Reply to comment]

oooo ingatkan color baju/ pakaian aje mempengaruhi mood, rupanya make-up pun makna kata segala-gala yang ada color mampu mempengaruhi mood kita.

belogkiter berkata... [Reply to comment]

macam best.

Maria Firdz berkata... [Reply to comment]

Menarik ni abg ben... Nak juga cuba tonton... Terima kasih kongsikannya..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI