Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 9 Ogos 2016

Bila dipenjara kerana curi sarung tangan bayi..

 

Aku tak pertikaikan undang-undang.. Bukan hak aku dan bukan bidang kuasa aku. Cuma aku nak lahirkan rasa simpati aku. Aku tak tau dan tak kenal dia tapi berdasarkan info dalam berita ni , suaminya cuma seorang buruh dan punya anak 5 orang ! Aduh… Aku nak masuk 3 pon dah terasa perit.. ni kan pulak 5 orang !

image

Apa yang dia curi ? Dia curi sarung tangan bayi, baju serta selipar kanak-kanak yang mana segalanya berjumlah RM165. Semua mungkin untuk anak-anak dia.

Dan hukuman untuk dia ialah penjara 14 hari , denda RM3,000 dan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan jika denda itu gagal dijelaskan.

Kalaulah aku yang nampak dia mencuri dan aku bekerja di situ.. perkara pertama aku buat ialah menahan dari awal lagi. Menahan dan bertanya… Andai benar dia memerlukan pakaian tersebut untuk anak-anak dia , jika aku punya wang ketika tu.. aku akan belikan untuk dia. Jika tiada , aku akan nasihati dia. Fikirkan anak-anak..

Aku tak berada di situasi dia.. tapi aku memahami betapa keperluan untuk bayi sekarang ni , memang mampu membuatkan ramai orang berpendapatan rendah garu kepala..

Semoga Allah murahkan dan mempermudahkan urusan wanita hamil tersebut.

5 komen :

Mrs Velentine berkata... [Reply to comment]

simpati dengan kes ni.. kes mcm ni ada juga berlaku di Sabah..kebanyakannya melibatkan pendatang asing...mereka akan curi susu satu tin dan ditangkap...motif supaya mereka boleh bersalin tanpa bayar apa2..dan boleh duduk dalam kelas pertama..buat ibu anak 5 ni semoga dipermudahkan segalanya buat beliau

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Kesian. Semoga si ibu ini mendapat kemurahan rezki di kemudian hari.

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

sedihnya.... kita selalu terlepas pandang...

~ Ain Dania ~ berkata... [Reply to comment]

barang keperluan babay mmg mahal2 sekarang ni..huhu..baju baby pon dh harga mcm baju kite org dewasa..yg mahal dr kite pon ade...hmmm...

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Moga ibu mengandung tersebut kuat dan sihat serta anak yang dikandung selamat dilahirkan. Moga dimurahkan rezeki buat mereka sekeluarga walau dia telah melakukan kesalahan dan dijatuhkan hukuman tapi kita tak tahu keadaan sebenar.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI