Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 26 Ogos 2016

Kelainan juadah sarapan dan makan tengahari di Restoran Anjung Selera , Seremban 2.

 

Lama dah aku nak cari makanan selera melayu yang menepati tekak aku ni ! Kalau jumpa pon mesti ada yang sedikit ‘kekurangannya’. Dan baru-baru ni , kak D’Laila ada ajak aku makan tengahari di sebuah restoran yang pernah dia menimba ilmu dalam dunia masakan ni.. Katanya restoran ni memang ok sangat la kalau mereka yang teringin nak makan masakan kampung.

Restoran Anjung Selera di Seremban 2… dekat dengan Colombia Asia Hospital atau lebih tepat lagi di Oakland Business Center.

image

image 

Dari luar , restoran ni nampak biasa jer.. Tetapi bila aku hampiri jer pintu masuk.. aku tersenyum ! Banyaknya pilihan lauk pauknya ! Semuanya  kelihatan menyelerakan sungguh !

Sampai aku tak tau nak amik lauk mana dulu.. Sedap sedap belaka ! Dan akhirnya aku tau camana nak buat.. Aku kena test bihun goreng dia dulu.. Kalau bihun goreng dia sedap , maka yang lain InshaAllah sedap !

Aku amik bihun… dan ! Huhuhhu.. Bihun basah gitu. Aku suka sungguh la bihun basah gini.. Tak suka kering !

image

image

Selepas selesaikan bihun , baru aku pusing tengok lauk pauk untuk makan tengahari.. Masa ni baru jam 10 lebih.. Mengikut Puan Faridah , pemilik Anjung Selera ni.. lauk makan tengahari akan siap dalam jam 11 pagi dan ketika tu ramai dah datang dan bungkus. Jam 1 tengahari , ramai dah datang dan banyak lauk sedap sedap akan selesai sudah ! Huhuhuh..

Apa saja masakan ikan keli , adalah feveret aku. Kalau sedap ikan keli ni , makaaaa… restoran ini akan aku singgah selalu.. InshaAllah.. Huhuh..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Banyak lagi makanan. Tak sampai hati lak nak letak banyak banyak gambar makanan.. Sian kat geng luar negara yang baca entri ni.. Hehehe.. Rindu nanti kat tanah air.. kan kan ?

Ok.. Bagi mereka yang nak gi ke Restoran Anjung Selera ni , mereka bukak setiap hari di awal pagi hingga petang. Malam tak bukak.  Jika nak tau lebih lanjut atau nak tanya apa apa.. sila LIKE page Restoran Anjung Selera, Seremban 2. dan beralamat di No. 597, Jalan Haruan 4/8 Oakland Commercial Center, 70300, Seremban 2.

Dibuka juga untuk tempahan catering…

10 komen :

husna zahidi berkata... [Reply to comment]

seronok gila kalau p satu kedai boleh dapat banyak lauk pilihan nih.. nak dtg mkn selalu pon tak jemu..;)

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

banyaknya makanan..fuhhh !

shazillahsani.com berkata... [Reply to comment]

Luar restaurant nampak klasik manakala makanan dalam restaurant nampak menyelerakan..=}

Busyra Bt Takiyudin berkata... [Reply to comment]

sedap2 tngok. hehe

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

banyaknya menuuu... kalau lisa kt sana mesti dah nak try semua . sedap urap tu

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

bersusun lauk pauk di anjung seremban ni ye ben...meriah tgk sambal belacan pun mcm2 jenis wahhh

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Berderet haa makanan. Semua nampak menyelerakan.

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

wow, amat menyelerakan...patut dicuba keenakannya

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

siput sedut besar dan fresh....

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Banyaknya lauk! Pajeri nenas & paru...mau bertambah makan nasi tu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI