Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Januari 2017

Selamat Hari Lahir buat Mat Gebu aka Adnan Ibrahim !

 

41 dah dia ! Tua dah acik kita ni. Walaupun nampak muda , dia tetap tua di mata ku.. Hahahaha.. Namun jiwa dia muda ok ! Mulut dia tetap muda dan paling penting , hatinya… seperti baby gituu ! Pandai tak aku mengipas ? Heee.. aku ikhlas ! Mulut dan hatinya tak selari. Hatinya tetap baik walaupun mulutnya kekadang puaka.. ikut mood dia ! Ikhlas ni.. Haaa..

Namun begitu.. yang paling aku respek ialah dia tak pandang rendah mana mana blogger baru ! Melainkan blogger tu cari pasal ngan dia , maka Hulk pon tak mampu menahan Mat Gebu bila dia bertukar jadi pink ! Haa… tak tauuu.. sapa buat !

Mengenang kembali persahabatan aku dan dia , aku patut ucapkan terima kasih pada wife aku yang mengenalkan aku pada Mat Gebu.. Ingat lagi kisah 8 tahun lepas ketika aku mula mula buat blog..

“ Abang.. tu blogger masakan top tu ! Dia komen ! “. Wife aku kelihatan teruja.

“ So ???? “. Jawab aku,

Secara jujurnya aku masa tu memang tak tau apa apa pasal dunia blogger. Yang aku tau , update blog ikut suka tekak aku. Tu jer ! Sebab aku minat menaip dan membebel. Maka bloglah tempat aku melepaskan segalanya.

Selepas beberapa kali Mat Gebu komen di entri aku , aku semakin tertarik dengan sikap rendah diri dia. Aku gi Facebook dia dan skodeng. Bukan apa.. dia guna nama Pak Tua.. nak tau gak setua mana dia ngan aku.  Bila tengok FB dia , seingat aku.. ok je orangnya. Terus aku add dia ! Dan dia accept ! Sangat merendah diri orangnnya. Tak sangka aku. Aku pernah add blogger popular masa tu… tak sampai 5 minit , aku kena unfriend. Tak sempat nak korek hidung tanda gembira pun !

Selepas beberapa berbual di Facebook , aku dapati Pak Tua ni mampu pergi lebih jauh dalam dunia maya ni ! Dan aku berbincang dengan dia.. atur strategi dan dia , ikut jer ! Tak kisah pon ! Heee.

Gitulah adanya.. panjang kalau nak cerita. Belum part bergaduh bertumbuk lagi ! Haaaa…  Apa apa pun , Mat Gebu memberi contoh yang baik pada aku. Membantu blogger blogger baru untuk berjaya dalam dunia blogging ni ! Alhamdulillah..

Buat Mat Gebu atau nama asalnya yang sedap lagi bermutu .. Adnan Ibrahim , Selamat Hari Lahir Yang ke 41 Tahun.. Semoga Allah panjangkan umur , murahkan rezeki , serta terus berblog dalam usaha membantu mereka yang tak tau masak seperti aku ini , untuk mencintai dunia masakan.. Heeee… Chaiyokkkkk mamat !

Nah hadiah.. hehehe…

image

 

Dan buat semua rakan-rakan yang turut menyambut Hari Lahir pada 8/1 , selamat menyambut hari lahir yer.. Tak larat nak buat semua entri besdei wei.. hahahaha… Semoga diberkati Allah hendaknya..

5 komen :

Mat Gebu berkata... [Reply to comment]

Aminn...Terima kasih ben...

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Happy Birthday Che Mat..Kak Sue salah seorang peminat Che Mat nie,suka dengan perkongsian masakan Che Mat difacebook dan blog..

Sis Lin berkata... [Reply to comment]

AAmiinn..
Selamat hari lahir Mat Gebu...

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah...PC salah seorang silence reader blog Che Mat..dan dari situ ada ilmu yang PC kutip dan manfaatkan..Selamat ulangtahun kelahiran Che Mat :)

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Che mat bertukar pink? Hahaha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI