Bila dapat boss bermuka dua...

Ahad menjelma. Kemudian Isnin dah ! Ada 5 hari kena gi bangun awal , pulang lewat petang. Itu ok lagi tapi kalau kena mengadap boss yang sampah perangainya, boleh mendatangkan stress dalam diri. Lama kelamaan , bisa mengundang hypertension.. ! Pastu mati sorang sorang. Boss tak datang ziarah pon. Pernah berlaku yer !

Ni gambar contoh jer yer ! Aku pun 'boss' gak.. tapi bukan 'boss' sia mahupun 'boss' san !


Stressnya nak gi kerja pastu nak mengadap boss perangai muka dua ni. Depan kita , dia punya cakap.. perghhh.. Tapi depan big boss , tu diaa.. dia hentam kita lak. Pastu angguk dan sanggup buat apa saja. Terima apa saja tugasan.. dan menariknya , dia tak buat pon... dia serah kat kita. Kita bertungkus lumus buat , dia dapat nama ! Makan sorang ! Tak bagitau pon tu tugasan berkumpulan.. hasil kerjasama ! Taakkkk.. dia kata dia yang buat.. yang lain bantu ! Perghh.. ni hanat punya boss woo ! 

Malang dapat boss gini. Kita nak bersuara pun tak boleh. Dia punya mulut manis , pihat atasan percaya. Kita ? Hurmm.. dia 'kenakan' kita... kaw kaw ! Sampai satu tahap , kita rasa baik cari kerja lain jer la.. Best part , manusia hanat tu terus berada di situ dan naik gaji ! Aduhhhh... kita gakk kena 'kuar' dan cari kerjaya lain.. 

Realiti ni , dah banyak berlaku di Malaysia... sayangnya di negara kita ni , kita utamakan PENJILAT. Sememangnya spesis gini selalu play safe. Dan dia berjaya di atas muka bumi ni hasil aniaya insan lain. Tak pe la.. sabar je la kawan.. 

Kalau rasa jiwa tertekan dengan kerja anda .. cari je la kerja lain. Biarlah gaji kecik tapi hati gembira. Apa guna gaji besar tapi rasa macam nak bunuh orang ! Kan ? Mesti ada perasaan gitu kan ? Jangan ikut perasaan.. Bahaya. Dapatkan nasihat pakar hati... luahkan perasaan.. kalau perlu buat report, kumpulkan bukti.. lagi bagus. 

Buat korang yang bergelar boss.. Pastikan gaji yang diterima tu berkat dan halal , yer. Nak kasi makan anak bini dengan duit tu tauu.. Nak besarkan anak anak dengan gaji tak berkat ke ? Fuh... 

15 ulasan:

  1. Boss teruk gini memang ada -
    banyakkk! Keberkatan gaji tak de dalam kamus depa. Sebab tuu gitu.
    Memang stress keje ngan boss gini.

    BalasPadam
  2. Singgah membaca entri BOSS ..alamak tertekan lah jika dapat BOSS gitu...bagus jadi BOSS sendiri ..bebas ..terima kasih semua tu nasihat yang baik teguran membina..

    BalasPadam
  3. bab2 boss ni malas nak komen, kadang buat sakit hati jer. hurmm...

    BalasPadam
  4. Bos style gini tak layak di panggil bos sebenarnya..

    BalasPadam
  5. Kalau dapat boss macam ni nak keje pun mesti hari hari rasa tertekan.. Pastu prestasi kerje pun merundum.. huhuhu

    BalasPadam
  6. ohhh..sakitnya di sini..didalam hatiku. bila dapat bos sebegini . Nak nak time meeting dia menghilang.. ada masalah dia hilang.Takda masalah,dia tumpang bergelak ketawa.

    BalasPadam
  7. Betul... gaji kecil asal gembira tp dunia skang byk guna duit tu yg rmi stress tu.. hahah

    BalasPadam
  8. betul tu, ramai yang lalai jaga keberkatan rezeki time bekerja ikut suka hati. Kesannya nt mcm2 ujian Allah untuk tarik rezeki yang dapat. Sama-sama kita usaha untuk peroleh rezeki yang berkat setiap hari.

    BalasPadam
  9. Boss perangai macam tu memang takleh pakai..

    BalasPadam
  10. Ramai sangat boss perangai camni. Berkat ke rezeki tu?

    BalasPadam
  11. Boss begini sebenarnya sedang membina perangkap untuk diri sendiri tanpa dia sedar.

    BalasPadam
  12. Saya pernah kena macam ni.. Huhuhu... tapi cerita lama... dulu2 punya..

    BalasPadam
  13. Boss sekarang berlagak terutama yang muda-muda adoii! takde rasa hormat langsung

    BalasPadam
  14. Pernah dapat boss camtu, depan kita baik je tapi belakang burukkan PA dia. Sedih sangat!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.