Contohilah Cikgu Azizan !


"Saya maafkan anak murid itu dan keluarganya. Saya doakan dia berjaya pada masa depan dan menjadi anak yang baik,"


Jika kita melakukan kerana Allah , pastinya Allah akan melindungi kita. InshaAllah.

Kes Cikgu Azizan menjadi viral kerana didakwa mencederakan anak muridnya baru baru ni walhal tidak sama sekali. Ok , isu tu dah ditutup. Sebagusnya , kita perlukan ramai cikgu yang komited macam ni. Malangnya , ramai yang sekadar menjadi 'cikgu' sebab takda pekerjaan. 

Bila mereka sekadar bekerja untuk dapat gaji maka mereka akan sekadar pergi sekolah.. dan balik sekolah. Di sekolah , mereka sekadar mengajar. Tu jer. Anak murid nak belajar atau tak nak.. mereka tak kisah! Nak lagi best, mereka sekadar menumpukan perhatian pada pelajar pelajar harapan demi untuk menaikkan nama sekolah ! Berapa ramai guru yang sememangnya nak anak murid mereka celik ilmu ? Tak kira la mereka kelas depan atau belakang ? Semua !! 

TAPI ! 

Bila mereka berhadapan dengan masalah..seperti cikgu Azizan , terus semangat mereka luntur ! Yer , aku pernah hadapi kes gini gak. Yer, aku pun patah semangat nak pergi sekolah. Bila gi, malas nak mengajar. Lantak laa.. aku ajar pon bukan nak belajar. Itulah perasaan aku ketika tu. Cukup bulan dapat gaji. Tak lumayan pon tak pe la.. dapat la bayar hutang dan lepas la nak gi gym untuk sebulan. Huh.. 

Kemudian terfikir.. ini adalah amanah ! Aku akan dipersoalkan nanti di akhirat ! Kuatkan semangat. Mengajar seperti biasa. Mana mana parents nak marah ke.. nak saman ke.. lantak la. Kalau anak korang buat hal , aku serahkan terus pada guru disiplin. Bukannya tutup mata ! 

Aku ada 3 orang anak. Lagi setahun , akan masuk darjah 1. Aku tak nak ada guru di sekolah tutup mata terhadap anak murid mereka. Bayangkan jika anak aku dibuli di sekolah. Cikgu buat tak tau. Atau sekadar amik tindakan ala ala gitu jer. Buat syarat ! Pastinya anak aku akan trauma dan tak nak gi sekolah ! Dia akan menyimpan dendam. Aura negatif dah masuk dalam diri ! Tak bagus sama sekali untuk tumbesaran mereka. 

Cikgu perlu hati kering. Bila terima jawatan ini , mereka seperti tentera. Berkorban untuk negara ! Bayangkan guru yang mengajar di sekolah sekolah yang sedang berperang. Itu pengorbanan. Dan 'peperangan' guru di negara kita bukanlah dengan musuh sebaliknya dengan parents yang manjakan anak ! 

Cuma.. bila amik tindakan tu , jangan la sampai patah riuk yer. Biarlah sekadar mengajar kemudian serahkan saja pada pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya. Dan pastikan pihak pentadbiran mengambil tindakan sewajarnya. Jangan diamkan diri atau takut. Rosak susu sebelanga nanti. 

Teringat zaman aku sekolah menengah dulu. Kalau tak kerana takutkan guru disiplin , aku rasa aku mungkin boleh jadi budak nakal. Sekolah aku tu dulu , kategori Top 5 sekolah budak nakal di KL. Kena rotan kat punggung tu perkara biasa la. Tu pun sebab bising atau gagal dalam peperiksaan. Sebab masalah disiplin yang lain , takda. Aku memang jaga part tu sebab tak nak mak ayah aku dimalukan kerana hadir ke sekolah dan mengadap pengetua ! Sian diorang. 

Ok... berbalik pada cikgu yang baca entri ni. Sesungguhnya anda bertuah. Peluang untuk membaja benih supaya insan insan tersebut menjadi rakyat yang berguna pada negara ! Pada agama ! Bukan sekadar belajar dapat A pastu masuk U ,  dan bekerja untuk mencari nafkah. Titik ! Tak nak gitu. Kita nak ramai insan insan yang berintergriti , berilmu tinggi dan beragama ! 


Dan bila mengajar tu.. ikhlas kerana Allah.  Teringat aku mengajar dulu.. tahun 2002. Yer , menjadi cikgu sangatlah penat . Bila loceng berbunyi , aku tarik nafas lega sangat. Penat !!! Tapi aku berpuashati sangat ! Baru tahu camana perasaan cikgu aku dulu. Cikgu cikgu yang menitis airmata tengok perangai anak anak muridnya yang cam hantu ! Dan yer,  aku dapat penyakit tekanan darah tinggi ketika mengajar ! Hypertension ! Dalam seminggu mesti akan ada MC punya. 

Buat rakan rakan yang bergelar guru.. Tahniah. Anda sekarang sedang berjuang ! Perjuangan anda tak perlukan puji-pujian. Allah melihatnya. Jadikanlah anak anak didik anda , seperti anda... insan terpuji! Pastikan kesemua anak didik anda , celik ilmu. Ajarlah mereka seperti anak anda. Semoga pengorbanan anda sebagai guru , mendapat ganjaran setimpal dari Allah dan semoga anda dan keluarga tercinta anda , diberkati Allah. 

Teruskan wahai guru ! Bagi yang sekadar nak jadi guru.. sila letak jawatan ! Anda memalukan guru guru yang lain ! Gi cari kerja lain. 

13 ulasan:

  1. Apa pun pekerjaan yang baik...niat kerana Allah..bantuan Allah itu sentiasa mendekat.

    BalasPadam
  2. Cabaran sgt jd cg zaman milenium ni...zaman viral...zaman klik2..abis tersebar...dan mmg betul ramai cg2..kawan2 pun ad darahtinggi..akibat stress ..stress murid.stress kerja yg bkn mngajar sahaja...
    Harap jasa cg2 diingati,dihargai dan tidak diperlekehkan..

    BalasPadam
  3. Semoga keadaan semasa ni tak mematahkan semangat para guru untuk mendidik anak bangsa..

    BalasPadam
  4. pernah jd cikgu aben ye..xgaye cikgu pn..hihihi..jgn mrh

    BalasPadam
  5. Murni hati cikgu maafkan je kesalahan ank murid dia.

    BalasPadam
  6. huhu... rindu kat cikgu saya... :(

    BalasPadam
  7. Iyalah pernah Bro Ben jadi cikgu rupanya..banyak cabaran jadi cikgu ni, murid ramai ..tak boleh nak tumpu lebih pada seorang..kita kena ajar adil semua..tegur semua..bagi nasihat dan sentiasa pantau disiplin ..ada sisi TV di sekolah Etuza..tak ada murid yang teruk disiplin..biasa begitulah keadaan di sekolah luar bandar, berbanding di bandar tinggi cabarannya. Cg Azizan kena sabar dan tabah

    BalasPadam
  8. Betul tue abg Ben, cikgu adalah pejuang membina dan memberi ilmu kepada anak-anak murid. ..

    BalasPadam
  9. katanya ibu parent tu nak buat saman sivil pulak..

    BalasPadam
  10. Bukan senang nak jadi guru ni, kena tabah dan sabar didik anak² murid yang macam² perangai. Pernah jugak jadi guru ganti selama 2 bulan, fuhhh masa tu baru tau camne jadi cikgu ni. Memang tabik arrr!

    BalasPadam
  11. semoga dipermudahkan urusan cikgu tu..aminnn..

    BalasPadam
  12. salute dengan cikgu azizan. semoga kes ni menjadi iktibar dan pengajaran buat semua guru dan ibu bapa..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.