Gegar Vaganza 4 Final ! Tak puashati dengan si juara ?

by - Ahad, Disember 17, 2017

Ok.. pusingan pertama , kesemua finalist hebat ! Persembahan masing-masing seolah nak bergelar juara. Nak buktikan mereka bukan sekadar bernasib baik ke pentas akhir. Bermula dengan Tia Jinbara, nyanyian dia memang buktikan dia layak ke final... seterusnya berada di top 3 ! Apakah dia layak ? Heee...

Tia Jinbara.. Gempak abis. Rock foreva ! Firman... ni peserta feveret aku dari awal lagi. Aku memang dah jangka dia antara finalist dari awal lagi. Apakah sebab nak tarik penonton dari Indonesia ? Tak.. bagi aku suara dia memang power rangers ! Berada di pentas akhir .. tak sia sia ! Nyanyian lagu pertama yang gempak !

Hazami... Hee... Suara dia memang aku suka la selain Firman. Dia memang peserta feveret untuk bergelar juara. Bersaing dengan Liza Hanim yang sering beri persembahan menarik dan bertenaga. Lagu pertama , memang layak dapat pujian.

Liza Hanim... takda apa nak komen. Memang dah dijangka. Kalau Hazami tak perform, juara boleh jadi milik dia. Lan... hurm... masih tak sihat ke ? Kesian gak dia.. lagu dia tu nampak mudah tapi.. lejen punya lagu tuuu.. bukan senang puaskan hati juri.. Rezeki layak ke final.

Aishah ? Heee... lejen. Kena lawan ngan dia. Kalau tak beri persembahan terbaik , juara milik dia ! 





Apakah bakal ada yang tak berpuashati ? 

Pusingan kedua.. Battle lak ! Hurmm... cam tak best je Battle gini.. macam berduet jer. Aku suka konsep lepas. Aku bawak lagu kau , kau bawak lagu aku.. Haaa.. tengok sapa sedap lagi bawak ! Haa.. kan kan ? Heeheee.. Tapi Liza dan Aishah , powerful ! Gabungan mantap. 

Pengacara.. Nabil ok je la. Dah tak over sangat. Nasib juri tak layan sangat celahan dia. Kalau layan , entah ler.. Penaja premium ? Cam biasa.. nasib baik dia bayar. Lantak dia la nak buat apa.. Aku silent time tu. Maka kurang la mengumpat dalam hati.. huhuhu.. 

Ni tulisan selepas persembahan yer. Aku pun tak percaya ! Hahahaha. Hazami no 4 ??? Perghhh.. Macam tak percaya je aku aihhh. Ok... Dan Juara Gegar Vaganza 4 , milik... Aishah.  Naib Juara , Liza Hanim  . Ketiga,  Lan Solo dan seterusnya ialah Hazami , Firman dan Tia Jinbara.

Juara Gegar Vaganza 4 membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala naib juara pulak dapat RM50,000. Tempat ketiga, keempat , kelima dan keenam masing masing menerima wang tunai RM30,00 , RM20,000 , RM15,000 dan trofi.. hadiah sampingan pun gempak gempak gak.. hee... cam tanah , pakej pelancongan dan barang kemas. Tahniah Aishah dan kesemua peserta  ! Tutup mulut pengkritik yer, kak Aishah. 

Tukang promote tak berbayar cam aku dapat apa ? Heee.. 

You May Also Like

6 comments