Ingat mudah nak cari makan dengan media sosial ni ?

Tik tok...tik tok...

Kedengaran hujan di luar rumah. Jam menunjukkan dah lebih 12 tengah malam. TV terpasang. Yang lain dah lena dibuai mimpi. Zahra menemani aku. Dia tu , selagi aku tak tidur.. dia pun tak tidur ! Walhal , sepanjang hari ni tak tidur lagi dia.. Hurm... Anak daddy sungguh.

Di benak.. Sejak siang tadi tercari idea untuk menulis. Bukan mudah untuk menulis bila ada 3 orang anak ni. Kadang kadang aku rasa macam nak campak semua gajet gajet aku ni ke dalam tong sampah! Dan cari kerja di pejabat je. Bila hari cuti , aku pun cuti ! Penat woii kepala tak ni ! 

Apa ? Buat jadual bekerja ? Aku bukan artis ! Aku bukan gadis seksi yang tayang muka dan badan mahupun lelaki bermuka wicet untuk dapatkan followers ! Aku kena bekerja keras untuk dapatkan 'LIKE' dan 'SHARE' dengan penulisan santai jer ! Bukan aku gilakan semua tu tapi dunia zaman ni , mementingkan semua tu ! Baru duit masuk !! 

Pening cari idea

Yer.. idea tak datang begitu saja.. lebih lebih lagi kalau duduk rumah dan jaga anak. Pergh.. cabaran ! Dan kena pulak aku ni , suami ! Aku kena dapatkan juga pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian untuk 5 orang ! Fuh... ada hati nak kawin lagi 2 konon ! Huhuh.. 

Bila tengok ada blog blog yang up entri bikin makian atau fitnah , aku mampu geleng kepala jer. Mudah sungguh mereka mencari nafkah. Tak kisah dah akhirat. Asalkan perut terisi ! Sapa nak kasi makan kalau sendiri tak berusaha ? Tak kisah dah bab halal dan haram di zaman ni. Yang halal , ternyata haram.. pon bersepah ! Yang nampak haram tapi halal , orang tak amik kisah ! Dipandang hina lagi ada la..

Aku bukan mengeluh. Aku sekadar berkongsi dengan korang. Kalau ada pasangan korang yang duduk di rumah dan bekerja secara online.. support la. Diorang ni , hari cuti pon kena kerja ! Bukan nak sangat tapi terpaksa ! Bukan giler cari duit tapi kena cari duit. Kitorang bukan kerja di pejabat.. internet ni la pejabat kita ! Kalau kita OFFLINE , bila ONLINE... kena mula balik dari bawah melainkan dah stabil ! Dah stabil ni , taraf taraf artis dan usahawan kaya raya. Tengok je la cam Dato Seri Vida tu.. dah bergelar jutawan pon masih dok 'tergedik' atas pentas. Apa nak kisah orang kata ? Janji dia tak menipu harta orang ! Tu yang menipu harta orang , krik krik jer bunyinya.

Sebab tu la... kalau pasangan korang serius dengan media sosial terutamanya blog ni, bagi la support. Support ni bukan sekadar tepuk bahu atau belikan laptop tapi kasi idea... kasi dia ruang dalam sehari untuk dia menulis.. cam aku , kalau otak penat.. duduk depan laptop seharian pon tak da idea ! Otak penat bukan sebab tak cukup tidur tapi seharian dok berkejaran dengan anak anak.. menahan geram dengan keletah anak-anak lagi ! Fuh...



Ok la.. aku nak up entri review. Nampak senang tapi payah ! Yang mudah tu, part nak habiskan duit yang masuk tu.. nak cari duit ? Hurmm... sapa nak kisah ? 

13 ulasan:

  1. Semoga dimurahkan rezeki aben. Figting!

    BalasPadam
  2. Setuju.. Orang nampak macam mudah ker keje online dari rumah. Hakikatnya yang nampak mudah tu laa tak semudah yang di sangka. Hanya yang melalui nya mengerti lagi fahami...

    BalasPadam
  3. Sejak saya berhenti kerja, 7 hari seminggu kerja nonstop. hahaha Masa kerja makan gaji, 5 hari je kerja. haha

    BalasPadam
  4. Semoga dimurahkan rezeki. Saya pun masih bekerja makan gaji walaupun ada buat part time consultant. Sebabnya ialah saya takut masa saya merudum nanti. Tak ada apa nak makan. Hihi.

    BalasPadam
  5. Betul, bukan mudah nak dapat idea menulis tu. Sedangkan saya yang part time pun selalu kering idea, inikan pulak Aben yang fulltime blogger. Tapi memang terbaik arr sebab hari² update!

    BalasPadam
  6. feel ya... tu yg tak sebarang tulis je...takut wooo..part halal haram tu..berat nk kena pikul

    BalasPadam
  7. setuju nak dpt idea menulis bkn senang..dpt update hari2 pun dh kira bgs

    BalasPadam
  8. betul tu aben.. setuju! setuju dengan kesemua penyataan diatas. Moga dilancarkan rezeki aben sekeluarga

    BalasPadam
  9. haram halal satu bab, itu lah yang nak di bagi anak bini makan.

    BalasPadam
  10. Walaupun saya sudah bekerja tetapi duit masih x cukup kena gak balik kerja online cari duit lagi.

    BalasPadam
  11. moga terus dimurahkan rezeki dlm bidang blogger abg ben!!!

    BalasPadam
  12. Buat yang terbaik Aben.. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan dalam berusaha.

    BalasPadam
  13. Sabar dan tabah menghadapi segalanya dugaan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.