Kau tak keje ? Duduk rumah jaga anak je ? Best laaa... Boleh layan tv !


Tanya seorang kenalan. Aku senyum je. Ye lah , dulu aku kerja. Jadi computer programmer..jadi Pegawai Teknologi Maklumat , jadi Guru ( Sandaran ) dan ikut kawan meniaga di pasar malam ! Sekarang , aku duduk umah jaga 3 orang anak. Apa nak buat.. kan ?

" Dah tu , kau makan gaji isteri kau je la ? Tak malu ke ? ". Tanya dia lagi. Aku senyum. 

" Apa nak buat , bro. Kawan ramai. Nak tolong carikan kerja , takda la pulak. Tau kasi leteran jer. Bukan tak cari , dah cari tapi tak de rezeki lagi. ". Jawab aku. Senyum je la.. 

" Kau tak cuba meniaga ke ? Kalau takda modal ,  cuba la ke Lembaga Zakat Selangor. Kot kot leh membantu ke ? ". Tanya dia lagi. 

" Bro , aku duduk rumah. Jaga 3 orang anak. Dah jimat RM1200. Kalau aku kerja di zaman ni , aku kena cari kerja gaji RM3000 ! Untuk pengangkutan lagi... untuk makan lagi.. pakaian lagi. Tapi aku buat keputusan , aku jaga sendiri anak. Dapat la jimat skit... Anak anak pon membesar depan mata jer. Bab duit tu, ada la projek kecil kecil kat internet tu. Boleh la nak hidup... Kaya tu , tidak la.. ". Jawab aku..

" Dah tu bini kau je la uruskan segala perbelanjaan kat rumah ? Fuh , untunglah... Rileks je kat rumah.. ngangkang layan tv ! Banyak lak drama cinta cinta skang ni.. Kalau aku dapat bini cam tu pon best ! Tak payah nak pening pening kepala nak gi keja !Ok , bro.. gerak dulu. Good luck eh. ". Sambung dia lagi. Aku senyum. 

Dia masuk ke dalam kereta dia. Hidupkan kereta dia. Aku angkat tangan kat dia dan berlalu pergi. Sambung jogging.. Dah biasa dah kena cacian gini. Terutamanya masa aku bergelar penganggur selama 3 tahun. Ramai pandai bebel jer. Tapi nak tolong selesaikan masalah , jauh sekali ! Yang best part , bila kita berjaya.. senyap jer.. Krik krik.. 


Duduk rumah, ngangkang jer.. Terngiang kata kata tu. Fuh , sesungguhnya tugasan suri rumah sangatlah mencabar ! Nak jaga anak satu hal.. urus rumah satu hal.. Nak tambah pendapatan , satu hal lagi ! Dia ingat aku ngangkang je kat rumah sambil layan tv ???  Huhuh... 

Tak pe laa.. Kalau kita nak cerita apa kita buat , kang dia tanya.. Camana nak jadi cam aku lak ! Adehhh... letih nak cerita..

9 tahun hasil 'ngangkang di rumah...'.











Kalau aku nak cerita kat dia,  apa aku buat selama 9 tahun duduk di rumah... mau ternganga jugak dia nanti ! Tapi tak pe la... Kita senyum je la.. 

25 ulasan:

  1. Waa..hebat sgt abg ben..bg tips sket..sy pun isteri bekerja n suami tk kerja...nk kna kerja kuat niii..

    BalasPadam
  2. mau pengsan kawan tu kalo aben cita.. pengsan tak bangun bangun.. hihihihi. Apepun, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian kan? alhamdulillah.. suka baca hal hal macam ni

    BalasPadam
  3. Rasanya dia baca tak Ben? Hasil duduk di rumah ni.. Hehe

    BalasPadam
  4. Biase la....org nampak yg hakikat sebenar berlaku skrg...tpi usaha masing2 ttap org xtau...nak cerita pun kdang hati dorang belum tentu nak adapt...sebab hati dia da ada stu perasaan...perasaan nk mengutuk..hurm....mintak jauh dri jumpa org mcm ni...buat hri mendung jer

    BalasPadam
  5. My idol...seronok buat pekerjaan yang kita suka dan tak terkongkong...

    BalasPadam
  6. peduli la apa orang nak kata ... susah senang kita takde pun yang sudi nak rasa ...huhuhu

    BalasPadam
  7. Fuhhh dah level-level artis ni. Kalau dia baca mesti malu sendiri..

    BalasPadam
  8. Kalau dia tahu..lagi dia nak korek apa rahsia duk umah pun leh di overseas

    BalasPadam
  9. My idol too. Dari dulu g follow sebab nak amik semangat tu. Thanks aben banyak share tips!

    BalasPadam
  10. dia kena baca blog ni..kiranya zaman canggih ni pun masih ada yg tak tau pasal bekerja dari rumah ni..

    BalasPadam
  11. Ngangkang kat umah???? Nak berak pun tak sempat oiiiii hahahahhaha

    BalasPadam
  12. nice sharing...boleh dijadika sebagai rujukkan...hihihi

    BalasPadam
  13. ngangkang? cer suh dia buat kerja bini dia kat rumah + jaga anak2. Wahahaha...

    BalasPadam
  14. Bila ada org yg tak mahu cuba paham apa yg kita buat,kadang rasa nak nangis ,kadang rasa geram tapi bila kita fikir balik zon rezeki manusia itu ternyata berbeza beza , lebih baik ucap syukur banyak² dan abaikan rasa geram dan nak nangis tu jejauh.

    BalasPadam
  15. Idola Yanie :) terima kasih abg Ben banyak bagi kata dorongan tau..

    BalasPadam
  16. hahahaha. tudia. biarlah gambar yang berbicara. gituuu

    BalasPadam
  17. Hamboiii sedapnya mulut dia cakap camtu, padahal tak tahu susah senang orang. Takpe, saya tumpang bangga dengan kejayaan Aben selama 9 tahun tu.

    BalasPadam
  18. sedapnya mulut. die xthu dok umah keje mcm mana. jimat banyak lagi..sbr jelah. xthu kwn die dah tahap level artis,hehe

    BalasPadam
  19. let success make the noise abam! kipidap!!! 😃😃

    BalasPadam
  20. saya memahami..sebab kami pun macam tu..eheh
    ngangkang je tapi ada isi, macam2 kita dapat manfaat rasanya anak besar depan mata,Insha Allah rezeki anak pun ada

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.