Ahad, 24 Disember 2017

Pelbagai Pilihan Makanan Yang Menarik di Restoran Ayam Penyet BullDozer , Seri Kembangan


Rezeki ! Ingatkan semalam nak ke Pulau Pinang. Tekak ni tetiba teringin nak makan sesuatu yang sedap sedap belaka ! Dan biasanya di Pulau Pinang , makanannya tidak menghampakan ! Tapi tak jadi sebab musabab tertentu.. heee.. 

Tiba-tiba ada mesej dari kawan. blogger , Saidila mesej. Ada projek makan petang nanti ! Nak join !! Nak isi perut yang menantikan makanan yang sedap sedap gitu !! Tapi apakah sedap ? Hurm... Tak pe, tak peee.. Kita gi rasa dulu. 

Dan seperti yang dirancang walaupun agak terlewat atas alasan yang tak dapat dielakkan.. Alhamdulillah , kami berempat tiba di lokasi dengan selamanya. Kalau tanya aku , camana restorannya ? Apakah gah dan nampak gempak ? Jawapan aku ialah.. 


Biasa jer. Ada booth kecil kat situ jual tiket kapal terbang. Dia dah meniaga kat situ lama dah. Sebelum ni restoran ni amik alih , yang meniaga kat situ ialah mamak. Haa.. Kira sebelum ni restoran nasi kandar la.. heeee.. 

Aku tak nak nilai dari luaran ! Apa apa , kena rasa dulu makanan mereka..kan kan ? Baru adil gitu ! Dan.... hehehee... Sebelum tu , aku kasi tau dulu laa.. kat mana Restoran BullDozer ni ? Ianya terletak di Seri Kembangan. 

 Tak susah nak ke sini. Parking pon boleh di kira senang. 

Makanan

Aku syorkan beberapa menu yer. Kalau ikutkan aku la kan , semua nampak sedap ! Aku rasa 3 jenis makanan kat sini . Pertama , nasi ayam penyet tapi aku amik ikan keli ! Haaa. Yang kedua , kuey teow kungfu. Dua dua ni memang feveret aku laa ! Kalau dua dua ni sedap, bermakna makanan kat sini tak masalah untuk tekak aku ! Maksudnya , sedap belaka !! 

ShellOut BullDozer. 

Dicadangkan ! 

Harga dan Pilihan

Dua orang makan

Menyelerakan

Secara jujurnya la kan... Bagi aku Shell Out kat Restoran Ayam Penyet BullDozer ni nampak cam biasa jer.. Tapi kalau dah rasa.. hurm.. terutama sosnya tu ! Haa.. Chef yang buat ni , suami owner restoran ni. Orang Pulau Pinang. Dah 20 tahun berpengalaman dalam dunia masakan ni. Memang aummm !! 

Bini hilang pon tak kisah dah ! Sedap woiiii !! Bukan penulis ni. 

Menu Lain Yang Ada. 





Nasi ayam penyet dia , fuhhh ! Memang best . Memang tak menghampakan la makan kat sini.  Ada 3 pilihan. Ikan Bawal , Ikan Keli dan Ayam. Semua best ! Aku test ayam dia.. memang lembut jer ! huhuh.. Air tangan Chef memang power ! 

Try la kalau tak caya ! Hahahaha.. 

Air Asaam Boi + Epal

Harga Di Luar Jangkaan !




Amcam harga ? Haaa.. menarik kan ? Diorang pon ada amik tempahan yerr. Kalau nak rujuk atau tanya apa apa soalan.. jangan tanya aku ! Terus pm di Facebook mereka , Ayam Penyet BullDozer ! Air pon ada macam macam pilihan !  Dan tak manis mana sangat pon. Tu yang bagus tu.. Makanan pon , tak pedas sangat. Memang macam aku kata tadi... Just Nice ! 

Nak gi tu , ajak kawan kawan lain. Kalau tak , sure bengang ! Makan tempat best , tak ajak kawan kawan. Haaa.. Aku tak tauuuu... sapa buat ! Heeee.. 

Kalau tak sedap ? Jangan tanya... tanya Chef dia ! Haaaa ! Oh yaaa.. Bukan setiap hari , dari jam pagi hingga malam ! Heee... Untuk sebarang pertanyaan , boleh whatsapp ke  019-647 4067.

16 ulasan:

  1. Ikan keli mmg sedaapp... πŸ˜‹

    BalasPadam
  2. wow murah tu..nasi goreng ketam.. hmmm... namapak pon sedap ni

    BalasPadam
  3. Tengok gambar pun dah tahu sedap. Nak nak tukang masak from Penang.

    BalasPadam
  4. Sedap pulak tengok shell out. Lama dah tak makan.

    BalasPadam
  5. Aduhh ..Tergoda ngan shell out dia!

    BalasPadam
  6. Ehhh murahnya harga... Tetibe terliur!! Huhuhuhuu..

    BalasPadam
  7. baru tau ada shell out jugak. ok leh try next time..

    BalasPadam
  8. portion besar harga pun berbaloi gitu ....ooo lagi satu ...pesan ngan abg yg makan shell out tu ...bini dia panggil balik ...anak dah nangis πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  9. Harga dia pun berpatutan la. Mesti cuba ni

    BalasPadam
  10. Ingatkan kat Penang tadi....
    Makanan dia nampak menarik...
    Boleh cuba ni nanti..

    BalasPadam
  11. uish ada macam-macam menu kat sini..

    BalasPadam
  12. Nape jauh sobs tp murah da shellout tu

    BalasPadam
  13. Fuhhh semua nampak sedap, nanti kita nak cuba jugaklah makan kat sana.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.