Salah ke kalau cikgu lempang murid ? Cikgu ikut perasaan sangat ke ? Takda SOP ke ?

Hurmm.. Anak aku , Qhaliff bakal ke tahun 1 tak lama lagi. Serius aku risau. Aku tak risau dengan cikgu tapi risau dengan murid murid lain. Wajarkah aku turunkan ilmu seni mempertahankan diri pada dia ? Ok, wajar ! Aku akan ajar dia seni mempertahankan diri paling jitu dan power... dipanggil jurus seribu langkah ! Berlawan atau bergaduh tidak akan menyelesaika masalah.. kan ? Pasti akan berjela jela.. Baik dipanggil bacul dari tempah maut ! Sekolah bukan tempatnya menunjuk hero. 

Ok.. tu bukan isunya.. isunya di sini , jika anak murid melakukan kesalahan , wajarkah cikgu disiplin atau cikgu amik tindakan disiplin , seperti lempang atau rotan ? Hurmm. Tak wajar la kan ? Pastinya ada SOP atau panduan tatacara untuk diikuti. Kan kan ? Amik contoh kes sedang viral sekarang.. hidu gam ( tergolong dalam penyalahgunaan dadah inhalan  ). Penyakit hidu gam ni lama dah. Zaman aku sekolah dulu pon ada dah.. 30 tahun lepas ! 

Download Panduan Tatacara Disiplin

Ini berdasarkan pengalaman hidup aku ketika di sekolah menengah. Di sekolah aku tu , gengster ,  rokok  dan dadah seperti ganja tu macam....hurm.. Alhamdulillah , aku berjaya elakkan diri. Bukan mudah tapi berjaya. 

Bukan mudah nak menangani masalah ni di sekolah sebenarnya. Aku pernah tengok kawan aku tunjuk sebungkus ganja ! Bungkusan besar ! Tepuk dahi aku. Terus aku duduk jauh dari dia. Kang kalau kena angkut , ngan aku aku kena ! Nak gi report ? Giler ? Dia tu samseng kot ? Bersepah je kaki kat luar tu. Maka aku amik keputusan untuk wat bodoh je la.. Jangan ganggu aku ! 

Ok..  teringat satu kes. Aku di tingkatan 1 masa tu. Aku berazam la nak jadi murid baik. Gi sekolah pakai songkok kauuu ! Ikut kawan kawan yang cemerlang akhlaknya gituuu.. Hahahaha.. Sekali nak dijadikan cerita , satu hari tu.. aku dipanggil oleh seorang guru , ke bilik guru. Bila masuk je dalam tu , cikgu tu terus lempang aku. Aku terkedu. Apa salah aku ni ???  Kawan aku, yang naik satu bas sekolah ada ngan aku. Dia nak jelaskan pada cikgu tu tapi cikgu tu potong cakap dia. Aku tak tau apa apa.. Aku diperli oleh cikgu tu. Pakai songkok nampak baik tapi tengok buku lucah ! Hah ???? Aku pandang kawan aku tu. Kawan aku tengok lantai. Meleleh airmata. 

Baru aku tau.. kawan aku tu dikatakan bawa majalah lucah ke sekolah. Dia nafikan. Dia 'petik' nama aku sbb nak dijadikan saksi yang majalah tu bukan dia punya. Dia tu anak yatim. Selalu bersama aku sebab tinggal di flat yang sama.Kiranya dia nak aku bagitau cikgu yang dia budak yang baik.. Hurmm.. Cikgu tu ingat aku join sama tengok buku lucah tu ! Dia ugut akan panggil parents aku ke sekolah.Tentu sekali aku tak nak susahkan diorang. Diorang ada banyak kerja lagi nak dibuat.  Akhirnya kawan tu mengaku..seingat aku la. Dan sejak  hari tu , aku tak nak pakai songkok dah ! Sampai sekarang ! Kecuali raya jer. 

Dan teringat satu lagi kes... ketika aku darjah 3. Waktu tu kelas Matematik. Aku akui aku tak minat Matematik dari dulu. Cikgu ajar di depan , aku bercakap di belakang. Sekali tu , cikgu perempuan tu panggil. Garang dia ! Dia bagi soalan kat papan hitam. Aku jawab la dengan confident. Terus satu lempangan hinggap di pipi aku. Mengalir air mata pastu. Teresak esak kauuu.. Bukan sakit tapi malu. Aku bayangkan yang dia tu mak aku yang lempang atas sikap aku sendiri. Kalau bawa ke guru besar , lagi sakit aku kena ! Baik kena lempang jer la. Dan selepas lempangan tu , aku bijak Matematik untuk tahun tu. Hahahahah... Untuk tahun tu je la. Pastu malas balik. Salah sendiri ! Bukan tak bijak tapi malas ! Hahahaha.. tak nak kalah gak tu.

Ok.. dua contoh yang melibatkan lempangan. Kedua duanya memberi kesan mendalam pada aku. Sampai sekarang aku ingat muka kedua dua cikgu tu. Tapi aku tak berdendam pon. Aku akur dan terima jer. 

Ada lagi kes kes lempangan. Yer , aku bukanlah pelajar cemerlang atau kaki jilat cikgu kat sekolah. Nakal tu , standard la kan ? Sekurang kurangnya itulah pengalaman hidup aku bergelar pelajar. Hurmm..  aku tak ingat la birat ke tak.. tapi pipi merah tu, confirm ! Report kat orang tua ? Heheheh.. nak mampus ? Kena tambah lagi ada laaa .. 

Jika anak aku kena lempang ? Mula mula pastikan tiada kecederaan. Kedua , dapatkan penjelasan dari pentadbiran sekolah. Aku kenal anak anak aku. Yer , di luar rumah.. karektor anak anak berubah! Banyak contoh dah aku tengok. Sebab tu perlu dapatkan penjelasan dari kedua dua pihak. Andai anak aku yang bersalah , maka sewajarnya diambil tindakan. Aku tak nak dipersalahkan kemudian hari seperti Sazali salahkan ayah dia. 

Yer..cakap memang mudah. Apa yang penting ialah didikan dari rumah. Alhamdulillah , aku tak merokok dan jauh sekali dari dadah. Arwah ayah seorang perokok tapi larangan dia pada aku memberi  hasil. Aku menurut kata jer. Ilmu yang diberi di sekolah , memang aku manfaatkan. 

Dalam kes cikgu Azizan , kita tak nampak kejadian dari mula. Kenapa cikgu tu lempang dia ? Cikgu takkan lempang suka suka ! Melainkan dia dah lama geram , atau diprovoke ! Segalanya hanya melalui cerita ! Maka , kita serahkan saja pada yang bijak bistari untuk selesaikan. Dengar cerita mak dia nak saman gak. Kita support mana yang betul. Tapi sebagai parents , jangan manjakan anak nak sangat.. Sayang tu , sayang gak. Tapi angkat tangan bukanlah jalan penyelesaiannya.  Ada cara lebih baik untuk diselesaikan. Semua pihak kena mainkan peranan.. lebih mulai sekarang ! 

15 ulasan:

  1. Qalif sebaya dengan anak saya, Inas. Rasanyalah. Nak kata risau dengan cikgu tu tidaklah tetapi risaukan anak-anak bila berjumpa dengan cikgu. Tapi disebabkan Inas dah biasa kena 'marah' di rumah.... tak risau sangat bila dia kena 'marah' dengan cikgu. Tetapi cikgu marah pun bersebab kan... tak kan tanpa sebab.

    Apa pun peraturan tetap peraturan...

    BalasPadam
  2. bab manjakan anak, kalau boleh memang kena manjakan bertempat. Isu cikgu azizan patutnya semua boleh buka mata yang cikgu tak semestinya salah, dan anak tak semestinya betul. Pemantauan anak2 remaja sekarang kena lebih ketat, biar dia menangis sekarang, bukan menangis kemudian hari.

    BalasPadam
  3. huhu. pnh amuk kat ustaz sbb x abeh2 perli. nsb dia x lempang. huuuu

    BalasPadam
  4. Hai laa dunia dunia... ibubapa berTuankan anak

    BalasPadam
  5. Saya takde masalah kalau cikgu nak buat apa2 kat anak selagi tak mendatangkan kecederaan yang teruk dan kalau anak buat salah mmg patut dihukum. Masalah sosial anak2 zaman sekarang ni mmg makin teruk.

    BalasPadam
  6. Kes di sekolah anak akak, ada yang sampai tahap fitnah cikgu sebab cikgu tegur bab ponteng kelas dan akhlak. Ends up jika pelajar kategori tak makan saman ni, cikgu biarkan sahaja selagi tak ganggu pelajar lain. Akal budak2 sekarang very pelbagai.

    BalasPadam
  7. Masa sekolah dulu, rumah dekat dengan rumah PK Hem, kalau nampak dia datang borak dengan mak waktu petang, menggigil satu badan bila balik rumah sebab takot PK Hem bagitau mak anak dia nie tak siap keje sekolah.

    BalasPadam
  8. Dulu diri sendiri pernah kena lempang jugak dengan cikgu, sebabnya fail kertas ujian jea. Haaa malu jea dapat masa tu. Senyap sebab taknak sape tahu.

    BalasPadam
  9. Zaman saya sekolah dulu jenuh kena lempeng ngan rotan oleh cikgu, berbirat tapak tangan. Bila balik rumah ngadu dengan mak abah bkn dipujuknya tapi dimarahnya lagi sebab tak dengar cakap cikgu kat sekolah. Jadi sekarang saya buat perkara yang sama kat anak², tak nak salahkan cikgu selagi anak² saya tak cedera parah dirotan.

    BalasPadam
  10. saya bdk baik...tak penah kena ngan cikgu....nape ade link2 tuu....link ke blog sy....hehehe

    BalasPadam
  11. Kepada cikgu2, yang penting ambil tindakan ikut SOP supaya tidak menjerat kita di kemudian hari.

    BalasPadam
  12. pernah jadi guru ganti di sekolah rendah gua musang.. dan ada seorang budak lelaki ni pergi lempang budak perempuan..bila parents datang untuk report card day..saya bagitahu anaknya lempang budak perempuan sampai nangis. tapi bapak tu buat tak tahu pun..anak nakal walaupun berada di kelas pertama.

    BalasPadam
  13. nak jugaklah belajar jurus.. huhuhu.. cikgu power la aben ni.

    BalasPadam
  14. sebaya ank kita rupanya..tapi betul..jngn terlalu mnjakan anak2

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.