Pagi pagi buat aku menangis..

by - Isnin, Januari 22, 2018

Tertunduk sayu. Pada awalnya , aku sangat bersemangat bila baca posting politik yang membuatkan aku tak sabar nak gi mengundi. Tapi segalanya berubah selepas aku dapat notification di Facebook. Sedih. Teringat arwah ayah yang menderita akibat kanser. Seorang lagi mangsa kanser telah hembuskan nafasnya setelah berjuang bertahun tahun lamanya. 

Kanser merentap kebahagiaan manusia. Dalam sedang bergembira , ketawa berdekah dekah..segalanya berubah hanya kerana kanser ! Benar, kanser bukanlah tiket untuk mati tapi ianya cukup menakutkan. 

Hanya Qhaliff sempat bermanja dengan Tok Ba dia..yakni ayah aku yang telah pergi untuk selamanya kerana kanser. Al-Fatihah buat arwah ayah.

Aku buka notification tu dan baca.. dan terus baca.. status status yang dipost sebelum tu. MasyaAllah.. ramainya pesakit kanser di negara kita. Apakah puncanya ? Gaya hidup kitakah ? Pemakanan ?  Persekitaran ? Persoalannya... berapa ramai antara kita yang amik berat sehinggalah mereka diberitahu..

" Awak mengidap kanser...". 

Terduduk. Gelap dunia. Seperti yang aku baca posting di page Facebook group kanser..

" Sebelum ni sy seorang manusia biasa yg normal. Boleh brjalan, krja, memasak, brgelak ketawa, brhibur dgn kluarga dan kwn2 dan apa saja yg mnusia normal lakukan sy bole lakukan..

jika dfkirkan balik.. trlalu indah. Sungguh nikmat wlaupun pda ktika itu sy xthu pun ianya saat2 yg amat brharga.. anugerah dri yg Maha Esa ialah ksihatan yg smpurna..

Jun 2015, (umur 22 tahun)
Sy dsahkan mghidap penyakit yg brnama 'kanser' pada tahap 1... prcaya atau tdk. Hari2 yg indah dan cerah yg slama ini sy lalui tlah brtukar mnjdi hari yg sngt gelap.

Puncanya ialah amalan hdup yg tidak sihat. Pemakanan yg dmakan hnya utk pnyedap mulut dan bkn utk ksihatan tubuh bdn. 

Dtambah pula hdup dtgh2 bandar yg penuh dgn pncemaran udara. Air yg tdk brsih. Kurang makan buah dan sayuran dan byk lg.

Jika diubah skalipun skrg, dah xbrguna lg.. smuanya sdh trlmbt. Pnyesalan yg paling dalam bagi stiap pghidap kanser.

Bbrp hari yg lalu. Sy ada trbaca tntang kisah seorang insan normal dgn seorang pghidap kanser. Insan normal ini sntiasa meluahkan perasaannya dlm media sosial tntang khidupannya yg kurang mmuaskan. Hingga mmbuatkan dia ingin mati saja. 

Luahan itu dbaca oleh seorang pghidap kanser yg hnya tggu masa. Dan mereka brdialog tntang betapa brharganya "kehidupan" dan kesihatan yg dia ada.

Alangkah brtuahnya insan normal ini jika dbandingkan dgn psakit kanser yg brmatian menahan sakit utk melawan penyakit trsebut agar dpt mneruskan hidup yg sihat sperti dlu. 

Betapa brharganya kesihatan yg anda ada skrng. Betapa ringannya ujian yg anda lalui brbanding kami pghidap kanser yg setiap hari trpksa menahan sakit sprti dibakar api dlm tubuh badan ini dan trpksa brgantung dgn ubat tahan sakit stiap masa yg hnya brkesan utk bbrp ketika. 

Masihkah anda mngeluh dgn hdup anda? Dgn nama Allah yg Maha Esa, sy jamin kesihatan anda skrng 1 anugerah kenikmatan yg tidak ternilai harganya. Jika ianya bole dibeli, ingin saja sy membelinya wlaupun trpksa meminta sdekah stiap hari utk dptkan duit dan mmbelinya. Alasan apa lg yg anda nak bg utk lari dari brsyukur dan patuh pada perintah Allah?

Brsyukurlah. Bringatlah sbelum trlambat. Jagalah pemakanan dan kesihatan anda mulai skrg.

19 Jun 2017 (umur 24 tahun)
Sy gagal cari jalan pnyelesaian utk kanser sy krana kewangan yg tdk mencukupi utk membuat rawatan stelah 2 tahun sy cuba pelbagai cara trmasuk brniaga online dan kini kanser sy merebak hingga ke paru2 dan tulang belakang. Sparuh badan dari pusat hingga ke kaki sy sudah lumpuh dan tak mampu dgerakkan lagi. Hanya snyuman paksa yg mampu sy berikan pada ahli keluarga dan istri sy."

Dunia kita terlalu tercemar... sapa yang kisah ? Masing masing sibuk kumpul duit , harta.. Mati itu pasti ! Tapi janganlah mencari mati.. Selagi boleh jaga... malah dalam agama kita pun dituntut jaga kesihatan. Kawal kawal la pemakanan kita.. anak anak kita. Biarlah mereka menangis sekarang. Jangan kita menangis di kemudian hari.. dek kerana kejahilan kita. 

You May Also Like

9 comments

  1. Allahurabbi.. semoga arwah tenang disana.. kita punya cerita, belum tahu pengakhiran macam mna.. huhuhu

    BalasPadam
  2. huhu, risau bab2 macam ni, nak kena kawal makan juga, makanan sekarang dah tak boleh dipercayai, nampak sedap tapi rupanya racun

    BalasPadam
  3. semoga kita semua dijauhi dari penyakit ni...

    BalasPadam
  4. semoga kita dijauhkan dari penyakit kanser ni

    BalasPadam
  5. Risau jugak .. semoga dijauhkan huhu

    BalasPadam
  6. Sekarang semakin ramai kan kena kanser, takut pulak rasa. Sebab tu sekarang sehabis baik jaga makan.

    BalasPadam
  7. Huhu sedih baca. Bagis sangat enyri Aben kongsi ni.. Boleh beri kesedaran.

    BalasPadam