Pendapat aku mengenai Enerz Indoor Extreme Park , Subang Jaya.

by - Ahad, Januari 14, 2018

Bawa anak anak beriadah. Ibu kan dapat bonus.. hehee.. belanja la anak anak. Kan kan ? Lagi pun Qhaliff dan Zahra memang lama dah teringin nak berlompat sepuashati mereka. Biasa dok bantai melompat atas katil je kan.. abis rosak tilam dah ! Hahahaha..

Terletak di Subang Jaya , Enerz Indoor Extreme Park ni adalah kali ke dua aku sekeluarga datang sini. Kenapa suka sini ? Sebab besar dan luas. Takda nak berebut bila melompat. Masing masing boleh lompat sepuashati ! 

Kena gi awal pagi.. Buka jam 10 pagi. Sebelum jam 12 tengahari, tak ramai orang walaupun hari Sabtu Ahad. Aku jangka selepas tu mesti ramai tapi tak penuh sebab dah banyak dah Extreme Park di KL ni. Banyak pilihan. Di IOI Mall Putrajaya pon ada ..

Amik pakej masuk sekeluarga.. 2 dewasa dan 2 kanak kanak , baru RM148 kalau tak silap aku. Stokin, rm5 sepasang.  Kalau ada stokin , tak yah beli dah. 






Kalau datang berkumpulan pon best. Banyak aktiviti boleh dibuat kat sini. Dogde ball pon best ! Teringat main bola chop satu tika dulu. Kalau nak lebih lasak skit , boleh layan wall climbing dan banyak lagi. Pastinya anak anak korang akan teruja sangat di sini. 

Rasanya nak jadikan aktiviti sebulan sekali. Bukan apa.. peluh memang meleleh keluar pastu kaki pon jadi kuat terutama lutut ni haaa... sejak cecah 40an ni , mudah betul longgar. Hahahaha... Bab makan , jangan risau. Ada cafe yang bersih dan selesa di bahagian atas. Restoran makanan sedap pon ada kat sebelah je. Parking kereta , percuma. 

Untuk keterangan lanjut , boleh lihat kat SINI.. 

You May Also Like

6 comments

  1. wah, best yer tempat ni, nak bawa anak2 huda datang sini la

    BalasPadam
  2. Best...teringin nak pergi mase mula2 buka dlu tpi xtrcpai lg hasrat ke sne

    BalasPadam
  3. Alaaaa bestnya, teringin sangat nak bawak anak² ke sini.

    BalasPadam
  4. bestnya tempat ini. boleh bawa keluarga datang sini nie. hihi. :D

    BalasPadam
  5. Best betol ada tempat macam ni. Leh layan ujung minggu.

    BalasPadam
  6. Best dapat lompat-lompat.. hilang stress

    BalasPadam