Berakhirnya Jangka Hayat Produk Kosmetik

by - Rabu, Ogos 11, 2010

Memandangkan majoriti pembaca blog aku ni , perempuan maka aku nak berkongsi maklumat ini yang aku jumpa dalam Majalah Rapi ( Ogos /2010 ) ..


Berikut merupakan antara perkara-perkara yg boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti produk kosmetik yg boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakainya :

1 . Bedak asas
- Terdapat dua jenis bedak asas iaitu yg berasaskan air dan minyak . Kedua duanya mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan , sebaiknya selepas ia pertama kali dibuka.

Sekiranya anda perasan akan perubahan dari segi warna dan mula mengeluarkan bau , maka sudah sampai masanya untuk anda mengantikan produk tersebut dengan yang baru .

2. Penyamar noda
- Biasanya ia boleh digunakan sehingga 12 bulan , tetapi anda perlu membuangnya jika teksturnya mula padat dan menempel apabila disapukan di kawasan bawah mata .

3. Bedak Debu
- Bedak debu lazimnya bertahan sehingga dua tahun. Manakala bedak padat pula tahan hanya lebih kurang setahun krana minyak yang terserap pada span akan merosakkan produk tersebut sekiranya ia tidak dibersihkan dengan kerap. Sebagai tip , jgn buangkan plastik kecil yang dilapik pada permuaan bedak kerana ia boleh melindungi bedak daripada terkena pada span ketika ia tidak digunakan .

4. Pembayang mata
- Ia boleh tahan sehingga tiga tahun tetapi sekiranya ia mula merekah , bertukarlah kepada pembayang mata yang baru.

5. Penggaris mata
- Produk kosmetk ini dapat bertahan sehingga tiga tahun . JIka anda menggunakan penggaris mata dalam bentuk pensel , pastikan matanya sentiasa tajam . Bagi penggaris mata jenis twist up , ada kalanya ia mudah kering selepas satu tempoh masa . Jika ia agak kering pada mata selepas di sapukan , maka ia sudah tidak boleh digunakan lagi.

6. Maskara
- Biasanya maskara akan tahan sehingga empat bulan . Jika anda menyimpannya terlalu lama , ia akan kering dan merekah .Tip : Jangan pamkan berus maskara terlalu kerap kerana ia hanya akan menyebabkan udara mudah memasuki tiub maskara , seterusnya membuatkannya kering . Cara terbaik adalah dengan memusingkan berus maskara , kemudian keluarkannya dengan cermat.

7. Gincu
8. Pencuci & Pelembab Wajah
9.Pengilat / pewarna kuku
10. Berus

Hehehe.. aku tak leh la tulis semua .. nanti diorng marah .. tak dibenarkan dicetak semula samada menaip atau scan.. salah wooo .. Jadi kalau korang nak tau dengan lebih lanjut , beli je la majalah RAPI .. aku rasa sangat berbaloi ... macam macam ada .. RAPI bulan OGOS tau.. hehe...

You May Also Like

3 comments

  1. mcm ni saya xbebel,thanks e ben for this info

    BalasPadam
  2. ngeh! leh la jaga bnde2 tu sume kan,..tq,
    tp xkai make up sgt pun..ahaks.

    BalasPadam
  3. tq for the info..dlm byk2 ni yg cpt hbs bedak & pcuci/plmbap wjah..

    BalasPadam