Tanggungjawab sosial seorang blogger ..

by - Isnin, Ogos 09, 2010

Blogger antara mereka mereka yang paling mudah membuat amal jariah .. Memanjangkan perkara perkara kebaikkan seperti artikal agama , pemberitahuan tentang sesuatu perkara secara ikhlas amatlah dipuji ..

Dari asyik menulis untuk menarik trafik , ada baiknya di selang selikan dengan membuat amal .. kalau tak nak keluarkan duit , cukuplah memanjangkannya .. Tapi sepanjang aku berblog ni , amatlah jarang nak nampak blogger memanjang bab bab amal ni kecuali ada agenda tersendiri ..

Entahlah , aku bukan nak kata aku ni bagus .. cuma aku sebagai blogger) yang tak layak digelar blogger disebabkan aku tak pandai menulis ) bagi aku , kuasa blog ni amat tinggi .. gunakan dengan bijak .. Kalau dok kalut kejar $$ ni , takkan penuh poket ..

Ramadhan dah hampir ... Banyak badan badan kebajikkan akan menganjurkan aktiviti aktiviti amal jariah .. Blogger amiklah kesempatan itu untuk menghebahkan .. Jangan la pasal artis bogel , artis kena tangkap dek dadah atau skandal sana sini baru kelam kabut nak paparkan entri tu .. Kenalah seimbang..

Tu hanya pendapat aku .. tak nak ikut , terpulang .. blog aku adalah apa yg aku pikir ..

You May Also Like

5 comments