Aku kata camni.. dia jawab gitu.. kiamat la baru abis ..

by - Khamis, September 30, 2010

 

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

KEPALA BATAS: Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Seorang penduduk dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, Rosnani Rashid, terkilan kerana suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia pada 6 April lalu, iaitu seminggu selepas menerima RM100 menerusi program penghargaan warga emas sudah menggunakan wang itu.

Kalau kami tahu duit itu daripada sumber tidak elok seperti perjudian, sudah tentu duit itu tidak akan digunakan, katanya yang menangis teresak-esak ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.
Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membas-mi miskin tegar.

Seorang lagi penduduk, Harun Ali, 63, berkata dia memulangkan semula wang RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri kerana tidak sanggup menggunakan wang itu selepas timbul isu bahawa wang berkenaan adalah daripada sumber meragukan.
"Kalau makan duit ini, ia akan menjadi darah daging saya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memahami sensitiviti serta hukum orang Islam," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

MAKA DIJAWABNYA PULA ..

EXCO Pulau Pinang wang bantuan bukan hasil judi

GEORGETOWN: Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. - BERNAMA

 

BA : Skang camana ?? RM 100 je tu... belum RM 1000 ..ermm

You May Also Like

7 comments

  1. k'jaan persekutuan pon amik cukai judi dan arak. masa world cup aritu siap nak luluskan lesen judi bola lagi. ape kes? politik...politik...

    BalasPadam
  2. alah....rm100 jer boleh ler pulangkan, kalo rm10,000 mung 4 org jer yg betul-betul sanggup pulangkan...hehehe...lepas rayo den pun sosak...

    BalasPadam
  3. putar belit yang menggunakan sensitiviti umat Islam...

    banyak lagi sensitiviti umat islam yang tak terjaga...awat tak kecoh..politik politik..

    BalasPadam
  4. pakcik yang meninggal yang da tergune duet tu insyaAllah xdepapela...
    sebab memang arwah taktaukan sumber duet tu..
    cuma makcik tuh kene pulangkan la balik 100 gune duet tu sendirik...
    kankankan...
    ..
    kalo makcik tu takde duet da...bley ar mintak ben...sbb die kaye..
    hikhikhik..^_^

    BalasPadam
  5. Kenapa puak -puak nie masa sibuk nak beri lesen judi dulu tak bersuara...atau baru tahu judi tu haram...hampeh sungguh mereka ni...politik-politik

    BalasPadam
  6. korang semua kena faham.. pilihan raya dah dekat.. so macam2lah isu timbul.. yang tak logik pon dia orang korek.. kira satu pon takda yang betul semua salah.. masa world cup lesen judi nak lulus dia orang tak menyalak pon.. genting berapa banyak sumbang cukai dekat negara korang pernah tanya tak pihak berwajib.. duit cukai dari pusat judi genting tu dia orang asingkan ke tak.. ke yang korang semua dapat bila kerajaan bagi bonus tu dah bercampur dengan hasil cukai judi genting.. opsss ckp banyak2 tak boleh nanti kena ISA.. so lu pikirlah sendiri.. semua sekolah tinggikan..

    BalasPadam