Melaka Maju .. erk... sat.. lom maju betul lagi ni..
Monorel Melaka berhenti tiba-tiba 4 jam selepas dirasmikan
MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.
Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan
Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.
sumber : UTUSAN
11 comments
eik..bahaya
BalasPadamsalam..
BalasPadamish2..4jam je operasi?
okla tu..at least ade jgk monoreal..huhu~
huhu..nama je maju..byk lg yg x maju sbnrnya..hurm.
BalasPadamBA: Perkara di luar jangka.....
BalasPadamBiasalah baru beroperasi...insyaallah tidak akan timbul sebarang masalah.
BalasPadambiasalah tuh..sedangkan monorail kat kl pun selalu bermasalah...dah bertahun2 pun ada je masalah..
BalasPadambtul2..ne x maju lagi namenyer..ne duk mengejar title maju je kijenyer..hurm..
BalasPadamadoi...buat malu aku sebagai rakyat melaka je..huhuhu
BalasPadamgerun2!!dahla tiang kecik je..
maju la tu..org melaka dah bleh naik sky lift plak.. keh keh keh
BalasPadamini lawak
BalasPadamadooii..memalukan btl tp meb nie kesilapan teknikal jer kot.
BalasPadamAlhamdulillah, xde yg cedera.
peace no war... ;)