Wanita : Untung nasib selepas perkahwinan

by - Selasa, Oktober 18, 2011


image
( nampak sangat tak sabar pengantin lelaki neh ! )

“ Aku terima nikahnya ….. “ 
Bila saksi kata sah , dunia seolah tiada penghuni lagi dah.. Macam nak lari bogel ngan si isteri tu haaa !! Ibaratnya laa.. Yelah , kononnya best gilaa dpt hidup bersama .. 

Yeker ??? Apa yang buat best giler ??? Part tiap tiap malam tu ke ? Atau part makan bersuap ? Atau g shopping bersama sama sambil berpegangan tangan ( 1 tahun pertama je.. tahun berikutnya pegang plastik beg punya ) ..

Kalau dapat pasangan yang benar benar bertanggungjawab, bersyukurlah anda pada Allah .. Kalau tak ??? Bayangkan bila anda mengandung … 

“Abang .. sayang teringin nak makan .. “ 

Kalaulah suami tu jenis penyayang .. maka jawapannya , “Sayang nak makan apa ? Sebutkan je.. Jangan nak makan KLCC dah la  “.

Tapi kalau dapat suami jenis hardcore (  kononnya la ) maka jawapannya , “  Apa kau ni ? Tak sudah sudah melantak jee.. tuuu perut dah boroi pun nak melantak lagi ?? “. 

Yang tu mmg spesis bangang. Pandai buat tapi bangang nak amik tau ! Tapi ada satu lagi spesis yang pandai buat tapi bila nak melayan karenah isteri mengandung … dia punya malas , Tuhan saja yang tahu ! 

Percayalah.. Wujud semua ni.. Malah siap biarkan isteri terkontang kanting laa g mencari makan untuk memenuhi seleranya.. Suami ? G lepak ngan kawan !

Maka .. berhati-hati memilih calon suami.. Sebelum dapat , ceritanya Romeo and Juliet.. Lepas dapat , KL GANGSTER la jawabnya..  

Jangan terlalu ikut sangat perasaan cinta tu .. Cinta membutakan mata hati jika tidak ditafsir dengan betul. Cinta akan memusnahkan hidup jika tersalah jalan. Masa berkawan tu lah kena tau segalanya. 

Kalau ada yang dah naik tangan sebelum kawin , maka jangan harap dia boleh turun tangan selepas kawin ! Peratusanya , amat sedikit sangat ! 

Maka , jangan impikan istana kebahagiaan jika bernikah dengan lelaki yang awal awal lagi tidak kenal erti tanggungjawab serta amanah ! Jauh sekali romantik. Ahaks..

Bercintalah kerana Allah .. Bernikahlah kerana Allah .. Berbahagialah kerana Allah ..

You May Also Like

27 comments

  1. allah yang maha memberi segala kebahagiaan di dunia dan akhirat :)

    BalasPadam
  2. betol tu. takot nak kawen. hukhuk..@_@

    BalasPadam
  3. betul.. sebab tu kena berhati2 dan guna akal bila memilih pasangan bukan hanya guna nafsu sahaja..

    BalasPadam
  4. jgn ya laila, jgn terpedaya...~~






    *tibe2

    BalasPadam
  5. untuk berkahwin dengan orang yang kita cintai itu adalah kemungkinan. Tapi untuk mencintai orang kita kahwini itu merupakan kewajipan. jadi satu kewajipan atas setiap pasangan untuk memenuhi tanggungjawab mereka sebagai suami mahupun isteri.

    carilah suami/isteri yang beragama, bukan kerana cinta, di situ lahirnya keberkatan. Lelaki yang bergama mengetahui betapa besarnya tanggungjawab sebagai suami, bahkan bertambah besarnya tanggungjawab apabila menjadi seorang ayah.

    Cinta belum tentu menjamin kebahagiaan tapi untuk bahagia memang memerlukan cinta. InsyaAllah, kalau kahwin kerana ingin menyempurnakan agama, Allah akan mencampakkan kebahagiaan itu, dan akan berbuahkan cinta dan kebahagiaan hingga ke syurga:)

    BalasPadam
  6. kadang dah kawen baru nampak perangai sebenar .. nasib ..

    BalasPadam
  7. zaman bercinta sume nmpak perfect.bile da kawin bru tau.hope for the best je lah..

    BalasPadam
  8. setuju dgn abg ben..ada yg kata jodoh yg terbaik adalah bermula dari persahabatan..dari kawan terus kejinjang pelamin sbb dah kenal hati budi masing2..

    BalasPadam
  9. betul3 biasa mula2 je nampak mesra alam...kalau boleh nak jalan sebelah2 je slalu tp lama-lama bini kat blakang laki lak jalan laju giler hehe:)

    BalasPadam
  10. sekadar pandangan ..

    http://raizikri.blogspot.com/2011/10/terkedu-sekejap.html

    BalasPadam
  11. salam En.Ben...semoga semuanya mendapat jodoh yg baik2 yer...

    jauhilah yg berperangai kurang elok oleh itu berhati2 dlm memilih pasangan hidup ini kerana kita akan sehidup semati bersama2nya kelak...

    BalasPadam
  12. lelaki lepas kahwin dia dah tak rasa macam nak approach isteri dia macam mula-mula bercinta dulu kan Abang Ben? macam mana ek nak bg perangai diorang kekal macam sebelum kahwin dulu?

    BalasPadam
  13. Ya Allah, sesungguhnya dugaan untuk para isteri lebih berat. Lindungilah kami hamba-Mu yang lemah ini.

    Takot plak nak kawen. huhuhu. Yelah, manusia ni macam2 ragam. tapi xleh nak kata xnak kawen pulak. tu dah pertikaikan hukum. risaunye abang ben. huhuhu. Mudah-mudahan dgn keikhlasan dan dekatnya kite kepada Yang Maha Esa, perjalanan hidup lebih dipermudahkan. Amin.

    BalasPadam
  14. jangan mengharapkan kesempurnaah pd pasangan kerana kita akn kecewa setelah melihat kekurangannya. Belajar lah menerima diri dia seadanya dan berusaha memperbaiki diri sendiri kerana InshaAllah dgn itu si dia juga akn turut berubah.

    Sbb itu islam tak galakkan bercinta sblm berkahwin.

    Islam itu indah dan setiap yg terkandung dlm islam jika di amalkan InshaAllah akn memberi pulangan yg baik utk kita. Suami-isteri juga, jangan berhenti kenal-mengenali walaupun usia pernikahan mencecah lebih 20thn.

    Alhamdulillah, bersyukur dikurniakan suami yg penyayang, dan sgt memahami. Semoga pernikahan ini terus mencapai kebahagiaan dan moga kami istiqamah dlm perjuangan islam.

    benar kata pepatah, "cinta selepas kahwin itu lebih indah"

    BalasPadam
  15. kdg2 sebelum kawin romantik,,pas kawin melentik..huhu,,ntahla kan,,tp kene kawn lama kut,,br beransur2 nmpk perangai sbnr dia,,,larat ke nak b'lakon tiap kali jumpa kn,,huhu,,wallahualam

    BalasPadam
  16. ayat perenggan pertama dah lawak dah.. ayat seterus serius je.. huhu..

    harap2 tak dpt ler lelaki spesis bangang mcm tu(abg ben yg ckp ) huhu...

    BalasPadam
  17. hurm, camne leh jd cmni eh?
    brlakon kot mse kwn2 dulu...
    ape2 pun ni semua jodoh...
    buruk baik kita kena trima seadanya..

    *ps, im new blogger...

    Everything about Love

    BalasPadam
  18. bukan main ko ben..sokong perempuan....lelaki je yang tak betul ye.......Macam ada udang sebalik meee

    BalasPadam
  19. nak suami cenggini jugak. yang sweet je. menghormati sesama sendiri paling penting :')

    BalasPadam
  20. tergelak bace entry ni abg ben.. especially yang part romeo juliet.. tiba2 tukar2 jadi kl gangster.. hik3..

    tulah.. mane nak carik lelaki yg bertanggungjawab lagi yer?? peratusannya masih rendah =.=

    BalasPadam
  21. kawin nie macam ambik insurans gak lah. kena nilai risiko2 nya. tapi... janganlah sampai takut sangat nak ambil risiko. janganlah tak kawin langsung. perlu ingat. semua benda ada risikonya. jgn fikir negatif. fikirkan positif insyaallah positiflah jadinya...

    BalasPadam
  22. setuju,benikah kerana Allah

    insyAllah berbahagia

    BalasPadam
  23. sobsobsob...semoga saya dapat belajar lagi nak jadi suami yang baik sblm kawin nnt

    BalasPadam
  24. wuhuuuu !
    nak kaweeeeennn . .
    tp bru 18 tahun .
    nak study dulu .
    calon da adeeee .
    hehe :)

    BalasPadam