Barisan Nasional bermasalah dalam PRU13 nanti ?
Ini peti undi yang diletakkan di dalam blog aku . Pembaca hanya boleh undi sekali saja .. Tiada pengundi hantu.
Hurm… Ada yang tanya aku , aku ni penyokong pembangkang ke .. Ok , aku amik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ,
“ Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru. “
Kemudian ada yang minta pandangan aku , kenapa mereka yg bekerja dengan kerajaan , dalam diam menentang kerajaan ? Jawapannya , mudah saja ..
‘ Kawan aku yang pernah kerja di restoran makanan segera bejenama XX ini , tidak makanan makanan yang disediakan di situ.. Sebab mereka tau segalanya.. Dari A-Z ..’
Mudah bukan ? Aku bukan anti mana mana parti .. Aku akan tetap pilih ISLAM ..
19 comments
Salamm...betul..ayah saya sendiri keje kastam. Dia lebih tahu apa 'masalah dalaman'.
BalasPadamtak per semua itu yg penting krjann skrg lebih baik... masih lagi terbela.. klu pmbgkg belum lagi perintah dh mcm2 isu tuntut.. cth... Merdeka Sexulity..
BalasPadamtau pe pasal restoran tu..ce citer skit hehehehee
BalasPadamwakakaka. yg undi dekat situ, semua tak cukup umur lagi kot :D
BalasPadammana2 kerajaan ada promblm dalaman sebb krjaan ISLAM dahulu Othmanian runtuh pun salah satu dsebabkn rasuh..
BalasPadamyg penting saat-saat kita sebelum lahir dah keraajjn bantu hingglh sekolah belajar IPTA/IPT, nk cari kerja pun dibantu hingglh kita ke liang lahat.. cukuplah tu klu serba-serbi nak dibantu PEMALAS namanya.boleh jatuh ekonomi negara..
BalasPadamkutooobamboo mmg suka komen2 bab gini bagi dorg paham.. he3
Salam, sy suka sikap tanpa prejudis Abg Ben....Pilihan ditangan kita....Harus diingat setiap pilihan kita nanti akan disoal, jadi pilih Kerajaan yang kurang mudaratnya kepada Rakyat...Jangan terpengaruh dengan sumbangan yang hanya diberi bila PRU semakin hampir...Ingat semasa mereka menaikkan harga minyak,cukai dll pendapat rakyat langsung tidak ditanya....Bijaklah memilih kerajaan...baca maklumat dari sumber2 yang berbeza....jangan terlalu taksub dengan sebelah pihak shj....
BalasPadamPilih pemimpin kawasan masing2 yg baik luaran dan dalaman. Ikutlah parti mana pun. hehe.
BalasPadam@kutoOobambOo / ericoanacimungkin ramai yg dpat bantuan, tapi kena ingat yg tak dapat pon ramai gak (:
BalasPadamyg penting air minuman kita tak kotor...
BalasPadamKutoooBamboo
salute bro ben..!! jawapan yang tegas dan jelas..
BalasPadamharap2 parti yang bakal memerintah malaysia nanti,
BalasPadamboleh mengurangkan hiburan kat malaysia ni,terutamanya kat tv2 yang ada..
nak mentadbir sebuah keluarga pun kadang susah, ini tambah2 nak bertadbir sebuah negara...memang bukan keja yang mudah, tk boleh nak puaskan hati semua orang kan? Apa2 pun, undi itu di tangan kita. Skarang ni macam provokasi terhidang di media2...kita sebagai rakyat gunakan lah kebijaksaan untuk menilai, bukan menggunakan hati dan emosi :-)
BalasPadamBukan mudah mentadbir sebuah negara. banyak ketikanya tindakan yang diambil akan dipersoalkan rakyat sebab bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Lebih banyak keburukan yang dinilai daripada kebaikan. Orang lebih mudah bercakap bila tak duduk di kerusi tu. Bila dah dapat, kadangkala lebih 'teruk' lakunya. Hmm...mmg pening jd pengundi sekarang ni. Niat hati nak pilih yang terbaik...tp...decision...decision...teringat kata2 bijak pandai...ada 3 'ta' yang akan memusnahkan lelaki...harta (kekayaan), takhta (pangkat) & wanita....dah terbukti kan? cakap mmg mudah, bila tanggungjawab tergalas kat bahu, silap2 diri sendiri pun goyah.
BalasPadamSaya bukan pro sesiapa...cuma melontarkan pandangan semata2...
islamkah PAS itu?
BalasPadamtepuk dada tanya iman
nak tegur "tidak makanan makanan"
BalasPadambukan mudah bagi kita untuk memilih siapa yang akan jadi ketua. haram hukumnya kita mengangkat orang yang tidak berpegang pada al-Quran dan Sunnah untuk jadi ketua kita.
Mencari harapan dalam kekalutan..
BalasPadamsaya ada terbaca satu keterangan,
BalasPadamlupa di mana.
emmm,
'kita perlu memilih pemimpin yg memilih cara islam,
pemimpin yang tidak di nodai hal-hal kotor,
pemimpin yang bersih dari segi pemikiran dan hatinya'
lebih kurang mcmtu la bunyi nya :)
@kutoOobambOo / ericoanaci
BalasPadamKo buat perbandingan dari mana??? lebih baik ko kata??? adakah PR pernah memerintah untuk kau bandingkan dngan BN???