Waris generasi kita .. Inikah ?

by - Jumaat, September 14, 2012

 

image

“Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.” – Hmetro Online

 

Hurm .. mesti diorang dah ada perancangan masa depan apa nak buat kalau kena buat sekolah .. Baguslah gitu sebabnya kalau zaman aku dulu , kena buang sekolah mmg dah cukup menyedihkan. Yelah , kawan kawan dok gembira kutip ilmu , dia ? Kalau mak bapak kaya , leh masuk swasta .. Tapi orang-orang camni , tak minat nak belajar dah kot ..

Kalau nak kata cikgu tu maki hamun diorang , apakah layak cikgu tu dipukul ? Awak tu sapa nak pukul orang ? Buat jelah laporan polis atau pakat pakat saman je cikgu tu .. Tu lagi best dari pukul cikgu ..

Waktu aku dulu .. Bengang dengan cikgu mmg ada .. Serius tahap bengang giler . Tapi memandangkan sedar mak bapak bersusah payah membesarkan aku dan kawan kawan aku , ,kitorang telan jer segalanya hingga abis SPM. Semua mmg jadi kenangan ..

Hurm.. Tu budak sekolah menengah .. Sekolah rendah camana pulak ? Baru baru ni , ada kawan aku call .. Seorang guru disiplin sekolah rendah , di sekolah yang mana aku sendiri pernah mengajar. Katanya kereta dia abis kena calar dek pelajar ! Kereta yang baru je beberapa tahun dia pakai !! Pelajar sekolah rendah , okeh !

Nak salahkan sapa bila kes kes ni berlaku ? Teringat lagi aku hampir disaman oleh penjaga pelajar ni hanya kerana aku rotan dengan pembaris di tapak tangan ( perlahan giler kerana lebih pada nak gertak pelajar lain )  kerana bermain dalam kelas setelah berkali kali aku menegur dia dan sayangnya, tiada pembelaan dari guru besar. Menyediihkan ! Maka , tak hairanlah pelajar sekarang besar kepala ..

Sapa tak sayangkan anak kan ? Tapi kalau dia membesar dengan penuh kemanjaan hingga tak boleh ditegur langsung oleh mana mana orang kecuali mak bapak dia , maka … hurmm.. Jadi Sazali la gamaknya ..

You May Also Like

11 comments

  1. Kalau murid kena belasah... semingu cerita dalam tv ngan surat khabar... ada yang tak kena denga hati dan otak budak2 nie...

    BalasPadam
  2. dulu masa sekolah aku terlan je semua.. redha sudah, dah mmg nakal kan...walopun kekadang cikgu tu yg x betol..telan la sampai kenyang

    BalasPadam
  3. budak² skarang banyak yang di-terlebey-manja-kan...
    ibu bapa pun skrg lebeykan anak tak kna tempat...
    huh...dulu, kita takut cikgu...hormat cikgu...
    tapi skrg cikgu yg takut nak g skolah....

    BalasPadam
  4. diarang nie sebenarnye nak masuk paper!!! nak top la katekan

    BalasPadam
  5. suasana sekolah sekarang dan dulu byk perbezaannnya.. rasa gementar gak nk serati dunia pendidikan nnti... harap2 semua berjalan lancar.. pernah rasa dimaki penjaga walaupun time tu bru praktikal..:(

    BalasPadam
  6. betul tu.. hormat la pada guru. Generasi sekarang ni dah tak takut dengan guru2 mereka sebab mak bapak mereka lebih percaya kan mereka.. pelajar2 sekarang dah mula naik kepala, mungkin dorang dah ada tujuan kot kalau kena buang sekolah.jangan jer jadi samseng dah la kan...

    BalasPadam
  7. sebab tu la saya takot nak menceburi bidang perguruan ni walaupun ada minat..huhu..

    BalasPadam
  8. haishh... kita dulu kena sebat 20 kali kat tangan pon diam diam jer... takut nak bgtau mak bapak...

    BalasPadam
  9. ibu bapa semua ni tak tahu betapa susahnya cikgu tu mengajar anak-anak diorang, mungkin akalu disuruh ibu bapa itu mngajar anak mereka sendiri, bukan sekadar dirotan sekali, mungkin berkali-kali ibu bapa dorang rotan anak dorang tu.

    BalasPadam
  10. kalau nak fikir balek laa kn , cikgu sekarang ni dah cukup hormat kat student . dah terbalek kn ?

    BalasPadam