Baby ada kuning / Jaundice . Apa kena buat ?

by - Selasa, September 13, 2016

 

Awal pagi , aku ke Klinik Kesihatan di Salak Lama untuk buat report… heee.. kasi tau yang wife dah bersalin dan mereka akan hantar nurse ke rumah untuk buat pemeriksaan pada ibu dan juga anaknya.

image

Jam 11 pagi , nurse sampai. Pemeriksaan dilakukan dan wife diminta banyakkan berehat ! Hurmm.. Dan baby ada sedikit kuning dan kena gi klinik untuk amik darah.. Nak tau berapa bacaan .. serius atau tidak !

Teringat Qhaliff dah Zahra satu tika dulu.. Berulang alik aku ke klinik dan hospital.. Lama la jugak.. Baby ni nasib baik dah 7 hari dan baru nampak.. tu pon tak tinggi berbanding Qhaliff dulu siap kena tahan wad , di awal awal kelahiran.

Kalau tinggi ,terfikir gak camana nak buat.. Kalau dulu , ayah aku ada buatkan tempat ‘jemuran lampu biru ‘.. Huhuh… Tapi ayah aku dah tak sihat.. Hurmm..  Dan ada jugak pelbagai tips atau petua untuk baby..

Entah camana , aku ternampak satu iklan di satu page yang biasa aku singgah baca.. Terus aku contact person incharge.. Dan tanya macam macam laa.. Kemudian , aku diminta tunggu sehingga dapat result…

image

Terapibiru - Home Phototherapy

Selepas Zohor , aku bawak wife dan baby ke klinik. Tak jauh pun dari rumah. Dalam 10 minit jer perjalanan. Dan menanti… debaran ! Huhuhu..

Tak lama kemudian , wife keluar..

“ Berapa ? “

“ 197 . Kata doktor tak tinggi tapi kena kerap bagi susu ibu. “. Jawab wife.

image

Memang wife kerap kasi susu ibu pon. Terasa lega sedikit.. Namun kena standby gak pasni.. kot kot tinggi. Khamis ni , gi check semula.. Kalau tinggi , Terapibiru - Home Phototherapy pilihan aku !

You May Also Like

6 comments

  1. bila baby kena jaundis mmg parents jd risau lg2 kalau baby jadi kurang aktif dan taknak menyusu. Moga baby iman cepat sembuh...

    BalasPadam
  2. ooo tak tahu pulak boleh guna lampu biru nak rawat kuning ni..

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan ya Ben..

    BalasPadam