Fakta anak pertama.. Betul ke ?

by - Selasa, September 06, 2016

 

Anak pertama.. Qhaliff amat berbeza sekali perangai dengan adiknya , Zahra Nur Iman. Qhaliff di usia Zahra , 2 tahun masih ketara dengan ‘kebabyan’ tetapi Zahra dah macam makcik makcik !  Anak no 2 dan perempuan memang cepat belajar eh ? Suka betul tiru cara abang dia.

image

Yang pastinya , Qhaliff sebagai abang long.. terlalu banyak beralah dengan adiknya. Secara automatik ! Ada part part dia payah nak mengalah seperti mainan.

Adiknya ? Akan beralah dengan sendirinya. Jangan dipaksa gitu. Lagi dipaksa , lagi keras dia ! Dia akan sendiri ‘menyerah kalah’ ..

image

Menarik minat aku ialah perangai Qhaliff. Aku tak tau dari mana dia belajar tetapi aku dapati dia seorang yang cukup lemah lembut. Apakah memang anak pertama seorang yang lemah lembut ? Hurmm..

Adakah kerana anak sulung ni , anak manja terutama pada ibunya ? Setahu aku , Qhaliff lebih manja dengan aku berbanding ibunya. Ibunya garang woo.. aku pun takut tengok bila dia jegilkan mata. Hahahaha..  Tapi jarang ibunya nak jegil berbanding aku yang selalu ! Hahahaha..

Ada yang kata anak sulung ni degil ! Hurmm.. Aku tak nampak lak yang Qhaliff ni degil tapi yang aku perasan dia suka ikut kepala dia. Walaupun dilarang , dia akan buat selagi mana dia rasa dia betul. Bila kita gi tegur depan depan , dia tak buat la.. Haaa.. Tak degil la kan ?

Anak pertama tak pandai memujuk ? Huhuhu.. Pandai jer terutama jika dia ada kepentingan terhadap sesuatu benda dan Zahra sering termakan pujukannya.. Hehehe..

Pemaaf dan amik berat orangnya ? Aku akui. Qhaliff mudah lupa tetapi dia ingat apa yang berlaku ! Jika aku marah dia , seharian dia akan tanya aku kenapa aku marah dia. Tapi selepas tu dia akan lupa dah ! Kalau dapat boyfriend gini.. untunglah ! Huhuhu..

Dan yang terakhir , kuat cemburu ? Hurmm.. Aku rasa anak kedua lagi kuat cemburu berbanding anak pertama ni. Anak pertama ni dah rasa macam macam.. nak cemburu tu , ada la skit tapi bila dia mintak mesti dapat punya.. Huhuh.. kan ?

Anak pertama , seorang pelindung ! Tu yang bagus mengenai anak pertama..

image

You May Also Like

8 comments

  1. tak sabar nak bagi mikhail adik..nak tengok dia cam mana ngan adiknya hahahaa

    BalasPadam
  2. hee~ sama la dengan anak sulung dengan yang nombor 2 saay nih.. tapi part memujuk untuk kepentingan sendiri tu memang TEPAT dan tak de nak sangkal dah..

    BalasPadam
  3. Anak pertama!! Memang banyak persamaannya dengan Bella. Qhalif love u.

    BalasPadam
  4. Lemah dlm percintaan? Mat jiwang kah Qhaliff? Hehehe

    BalasPadam
  5. memang suka memaafkan..anak no 2 cepat belajar dan berdikari..kdg2 terasa yg no 2 seperti anak sulong plak..

    BalasPadam
  6. Samalah kita, Qhaliff. Haha. in Shaa Allah jadi anak yang baik.

    BalasPadam