Kad laporan peperiksan Qhaliff..

by - Ahad, Julai 16, 2017

Dua hari tak update blog. Saja nak berehat. Semalam , aku ngan wife gi amik kad laporan peperiksaan Qhaliff , buat pertama kali. Di sana , cikgunya menerangkan perkembangan Qhaliff. Aku tak beberapa nak fokus sangat sebab dukung Aariz dan melayan Zahra.  Aku tanya kemudian pada wife. Walaupun aku ada banyak nak tanya tapi tak pe la.. nanti nanti jer. 
Situasi gitu mengingatkan aku ketika aku mengajar di sebuah sekolah rendah satu tika dulu. Hurmmm.. Aku mengajar kelas hujung tika tu. Kelas hujung ni , kelas murid yang ' kurang bernasib baik '.  Nak kata tak pandai , diorang ni pandai. Bagi aku , diorang ni tak bernasib baik jer. Ada anak yatim , ada  dari keluarga miskin , ada dari keluarga yang berpecah belah.. dan ada yang 'kurang sihat'. 
Aku mengajar tahun 3 dan 2 seingat aku. Yang aku ingat sampai sekarang , ada sorang pelajar tu. Dia ada abang tahun 4. Setiap hari , selepas abis sekolah diorang atau setiap pagi.. diorang akan mencari tin untuk dijual kemudian duit tu kasi kat ibu mereka... buat duit belanja. Aku ingat masa tu aku dah susah dah.. aku bergaji RM650 sebulan ! Geleng kepala aku... 
Kelas hujung ni , tak dipandang sangat. Kesian jugak aku. Apa yang aku mampu buat ialah , mengajar mereka.. kenalkan mereka dengan huruf dan angka. Biarlah tak pandai mana pon tapi jangan sampai diperbodohkan dengan orang bijak pandai ! 
Berbalik pada Qhaliff.. aku sedar potensi dia. Cuma buat masa sekarang , aku tak nak la paksa dia sangat. Biarlah dia berdunia dulu. Bermain dan bergaul.. dan pada masa yang sama , belajar. Aku bukan la nak suruh dia jadi Perdana Menteri atau Menteri pon.. aku nak dia menjadi manusia yang tidak susahkan manusia lain. Yang penting kenal Tuhannya dan tau apa tanggungawab di muka bumi ini.. 
Bak kata aku pada wife aku laa... Dia ni masa belajar dulu , rekod dia di sekolah , no 4 jer..Kira cemerlang laaa.. tapi kawin gak ngan aku , yang senantiasa no 30++ ! Hahahaha... Aku bukanlah bodoh mana pun.. aku cuma malas jer. Aku tak berminat nak rajin.. sebab kalau aku rajin , aku pasti Perdana Menteri akan datang , mesti aku punya laa !
Saja tak letak gambar kad ujian dia... Heeee.. 

You May Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah..pengalaman pertama Abg Ben dan isteri ambil buku laporan anak...

    BalasPadam
  2. Hahahaha.....dapat no 4 pon kawen gak ngan aku...

    BalasPadam
  3. Baru 5 tahun kan, kita tak payah push sangat. Bagi anak² belajar dan faham betul² apa yang dipelajari. Panjang lagi masa mereka untuk belajar.

    BalasPadam
  4. gitula kaum bapa, xkan tekankan sgt anknya masa awal2 blaja.tp bila ank tu dh start skolah rendah tudiaaa gerun pulak tgk lakiku jadik singa ngajar ank tiap malam hahaha

    BalasPadam
  5. Saya pun taknak push anak sangat.. kalau boleh umur 6 tahun baru nak hantar tadika sebab taknak dedahkan dengan sekolah cepat sangat..takut anak cepat bosan..tapi bila tengok silibus darjah satu sekarang Ya Allah...susahnya...arahan2 yang dalam buku latihan pun dah susah..inikan pulak latihan.
    Maybe saya akan hantar tadika pada umur 5 tahun. Umur 4 tahun, saya cuba ajar sendiri dengan memperbanyakkan komunikasi dan interaksi dengannya supaya cepat bercakap dan dah kenal benda-benda asas...

    BalasPadam