Tempah baju Melayu di ADREANA ROSE , SACC Mall.

by - Jumaat, Februari 02, 2018

Awal tempah baju ? Hahahaha... terpaksa bang ! Bukanlah aku beria nak sambut raya tapi aku dah bertahun tak tempah baju. Semua beli 'pasang siap' jer. Dengan badan aku gini , memang nak jumpa yang ikut size. Mesti akan besar atau panjang di pergelangan tangan.

Kali terakhir aku tempah baju , 9 tahun lepas. Masa tu nak menikah. Tu je la baju aku yang aku tempah. Pastu , aku beli yang dah siap. Ok tu memang ok cuma ada ketidakselesaan di tempat tempat tertentu.. Makanya , kali ni aku nak tempah baju awal awal.. Kalau lambat , jangan mimpi dah la.. kena beli siap punya gak la.

Kali ni aku ke SACC Mall , Shah Alam. Dulu aku buat kat Medan Mara. Puashati gak la. Sekarang ni aku tak tau kedai tu wujud lagi ke tak..Dah berkurun tak gi sana. Dan kenapa aku pilih ADREANA ROSE ni ??? Haa.. ada kawan syor pada aku. Dan sememangnya aku percaya la pada pendapat dia. 

Semalam , aku ke butik ADREANA ROSE untuk melihat sendiri mutu dan kain yang mereka jual. Senang je nak ke sini. Dan banyak tempat parking. Aku suka parking kat Shah Alam Convention Centre. Situ jarang nak penuh melainkan pada hari hari terpilih. Heee..

Cantik..kemas dan tersusun ! Abam likee laaa..


Banyak pilihan dan rekabentuk. Yang nak kawin pon leh datang tempah. Atau ke majlis majlis tertentu.. boleh jugak... 

Aku cuba dua tiga pasang. Size bermula dari L, M , XXL... Dan dengan bentuk badan aku sekarang ni , nampaknya XXL jer muat. Gambar kat bawah ni , size XXL. Tu pun ramai kawan komen kata sendat. Hehehee.. Tak pe..jangan risau.. abam tak amik yang ni tapi kain dan warna dia , abam sukaa weh !! 

Ada zip panjang kat tepi ! Senang nak pakai.. 

Kata dah... kena tempah jugak ! Maka kena amik ukuran. Hurm... risau satu jer. Jangan pasni aku 'terbesar' dah la.. 'Terkecil' tak pe... Kena jaga makan pasni la.. Walaupun masih lama lagi , tapi sekurangnya aku tak perlu risau part ni dah. Bukanlah aku beria sangat nak beraya tapi apa salahnya belanja badan sendiri dengan baju yang elok elok kan ? Heee..



Semua ok... pinggang 39cm ! Nak kasi 38 atau 36 cm ! Huhuhuh.. Banyak kerja lagi nehhhh.... Hehehe.. Siap ! Sekejap jer pun. Nasib tak ramai orang. 

Ok.. malas nak bebel panjang panjang.. ADREANA ROSE ada instagram. Maka , boleh la gi follow dan tunggu design design 2018 yang bakal diterbitkan nanti ! Haaa.. 

Instagram ADREANA ROSE

Aku tempah beberapa jenis baju.. antaranya kurta , baju melayu cekak musang dan teluk belanga. Heee.. siap awal . leh guna buat gi terawikh atau berbuka puasa di hotel nanti.. kan kan ? Heeee... 

You May Also Like

9 comments

  1. besnyaaaaaa banyak jenis baju leh tempah ctu.. aishh untung2.. hehe

    BalasPadam
  2. cikyan pon dah lama tak tempah baju..dulu keje tempah je..dah beberapa tahun ni beli dah siap je..senang...tapi tulaa...tak berapa menepati citarasa la...ada tersendat la...tersempit la...design tak lawa la...huuu..

    BalasPadam
  3. Kita pon nak tempah awal.. taun ni tukang jahit dah waning suh htr awal2 kalau tak tak.ambik daaa ..

    BalasPadam
  4. Hakikat...baju tempah lagi selesa untuk dipakai...

    BalasPadam
  5. Saya dan husband pun dah lama tak tempah baju untuk raya, memang beli yang dah siap je. Tapi menarik pulak tengok butik ni, bolehlah plan² nak tempah baju raya tahun ni.

    BalasPadam
  6. Memang time-time camni elok dah gi tempah baju, kalau lambat nanti tailor pun dah penuh tempahan.

    BalasPadam
  7. wahhh,best nya.Masih ambil lagi ker tempahan tu? boleh ina war-warkan kat kawan-kawan yang area sana nanti.

    BalasPadam
  8. Upah jahit kurta tu brape dia charge tuan?

    BalasPadam