Bila air hujan masuk dalam kereta... Aduh !

by - Isnin, Oktober 15, 2018

Satu hari di pagi Khamis selepas hujan lebat. Mata kuyu.. dapat sambung tidur pun best tapi aku tak gemar dah nak tidur lama lama. Rasa rugi sangat biarkan masa berlalu gitu saja. Baik buat sesuatu yang bermanfaat seperti.. bersenam atau gi gym ! Huhuhu..

Tiba-tiba hidung aku menangkap bau busuk yang teramat. Bukan bau bangkai tapi bau hapak ! Aku  tengok seat kereta belakang aku kotor semacam. Aku pegang. Lembab ! Arghhhh... Wife tengok tingkap. Tak tertutup dengan rapat. Mampu tepuk dahi jer aku.

Aku capai tisu dan sapu ke atas karpet. MasyaAllah.. kotornyaa ! Air dari bumbung balkoni masuk dalam kereta. Haihhhh... Stress tiba-tiba. Tingkap belakang tak rapat.. sapa punya kerja ? Anak anak la.. Nak marah , tak sampai hati. Salah sendiri la tak check sebelum turun kereta.

Aku biarkan kering dulu.. Dan inilah kesan dari air hujan tu ! Bukan air hujan menyebabkan tapi air dari bumbung balkoni ! Hurm... Aku cadang nak basuh sendiri jer. Tapi sebelum tu , aku check gak la di Facebook. Cari pencuci seat kereta di area rumah aku. Dan dapat la dua orang. Harga berlainan. Aku amik la yang respon terawal. 




Letak je tisu pastu tekan.. Nahhhh.. air dia ! Aku set appointment petang tu gak. Brother tu datang jam 2 petang seperti yang dijanjikan pada hari Ahad. Huhuh.. Aku rasa kalau aku basuh sendiri , belum tentu bersih. Baik upah orang jer. Huhuh.. Terkorban duit nak beli kettlebell  20kg.




Operasi membersih dan tu air kotoran dari kereta aku. Huhuh... Giler aihhh ! Pastu gambar bawah , siap dah. Memang ketara bersih laa...

Selepas basuh seat dan lantai

Dan akhir sekali kena jemur. Jangan biar gitu saja. Kereta boleh busuk woooo

Duit terbang tak pe... Asalkan jangan pasal aku punya kedekut, anak anak dapat sakit memandangkan merekalah yang duduk di belakang...

You May Also Like

6 comments

  1. saya pun pernah kna macam ni..nasib seat xbsah..tp ttp jmur jgk..:)

    BalasPadam
  2. wahh! menarik ni. share no phone brother tu boleh tak. mana tahu lepas ni saya nak guna servis ni

    BalasPadam
  3. Sangat seronok bila kereta bersih begini

    BalasPadam
  4. Husband pernah jugak pi hantar cuci kereta camni, memang puashati sebab kereta bersih sangat!

    BalasPadam
  5. bro, minta share no org yg cuci tu blh x? tq

    BalasPadam