Blog siapa pulak tu di BenAshaari.com ? #1

by - Isnin, September 30, 2019

Ahaa... setelah lama menyepi , kini aku ada masa kembali untuk aktif dengan mengetengahkan blog blog yang aku rasakan best di mata aku ! Kat mata korang , aku tak tau la yer. Heheee..Kenapa sekarang ? Sebab anak anak aku dah besar panjang dah ! Tak perlu nak didukung dan dipantau lagi dah.  Kalau masa baby tu , ye laa.. Melainkan tiba-tiba wife aku mengandung no 4 , ahaa.. aku akan kembali sunyi sepi. 

Nah... kita tengok blog sapa yang aku rasakan best ! Di page Kelab Blogger Ben Ashaari , ada aku post status..

Blog sapa yang menarik minat aku  ? Jeng jeng jeng... Ini adalah pembukaan kepada 'segmen' yang bertajuk BLOG SIAPA PULAK DI BENASHAARI.COM

Hurm.... ini bukan blog baru ni ! Dah wujud sejak dari tahun 2010 lagi ! Dan entri terkini dia melibatkan travel ! Yup , ramai blogger minat menulis mengenai kembara, makanan dan review sekarang ni. Satu perkembangan yang sangat bagus bagi aku. Yelah , ramai warganet menggunakan medium blog untuk mencari maklumat maklumat mengenai lokasi , hotel untuk percutian singkat terutamanya. 

Blogger ni memang kaki jalan.kalau dilihatkan di Facebooknya. Masih muda dan bergelar cik lagi ! Ehem.. Blognya pulak cute ! Aku suka header dia. Yer , aku memang suka tengok header blog sejak dulu lagi. Header menunjukkan isi kandungan blog tu.. bagi aku la ! Kalau cute header dia , mesti cara penulisan dia cute.. 

Gabungan gaya penulisan dan gambar yang berkualiti , membuatkan blog dia kelihatan menarik untuk dibaca.  Dan nampaknya entri mengenai penggunaan online bank menjadi entri yang top di blognya ! 

Blog sapa ???? Hehehe... Nah.... korang gi tengok sendiri la ! Meh kita meriahkan blognya hari ini.. Jom singgah blog si dia... klik SINI !

Korang berminat nak berada di BenAshaari.Com ? Sila komen dan tinggalkan link blog korang di bahagian komen ! 

You May Also Like

14 comments

  1. sila la review blog saya dulu dan sekarang www.sunahsukasakura.com...hahahhaha

    BalasPadam
  2. Wah.. terbaiklah..
    Saya nak juga..
    http://kasihkuamani.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Cayalah...!! Nak nak...
    Review blog kita lak
    www.ninamirza.com 😊

    BalasPadam
  4. https://mulan-sahbanu.blogspot.com/ ;)

    BalasPadam
  5. Wahh.. Tahniah Cik Miela... sy pun baru2 baca blog dia sebab suka dgn post pasal travel..
    sy tinggalkan link blog ya ^^ ...
    https://ciknurul23.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Wah, segmen review kembali..syoknya

    BalasPadam
  7. nk jugak menempel! kehkehkeh
    lemonribena.blogspot.com

    blogger since 2010 tp mula aktif balik pertghan tahun ni.. =)

    BalasPadam
  8. waaa tq sudi review blog saya. terkejut tetiba trafik blog naik

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum tuan blog.. Harap sihat dan ceria selalu.. Nampak ramai yang promot blog masing2.. Saya belum lagi, blog masih terbiar bertahun2.. Entah sampai bila...

    BalasPadam
  10. nk jugaklah....
    blog sy sendu2 je tp still aktif...
    www.linazlina.com

    BalasPadam