Mekdi dan Nasi Lemak kebanggaan rakyat Malaysia !

by - Rabu, September 04, 2019

McDonald's Bukit Bintang adalah francais pertama di Malaysia iaitu pada tahun 1982. Yup.. masih segar di ingatan aku saat saat aku muda remaja dulu dan melepak bersama sama kawan sekolah di sini. Bukan ponteng tauu ! Hari cuti ! Haaa.. Saja jumpa dan abiskan masa di sini sambil cuci mata melihat Bukit Bintang ketika itu. Hurm.. 

Masa begitu pantas berlaku. Kawan kawan pun bertukar. Masing masing sibuk dengan kehidupan. Dan aku kembali di sini bersama rakan rakan baru dalam dunia media sosial. Kembali segarkan memori dan terasa begitu bangga melihat McDonald's Bukit Bintang masih tersergam dengan gagahnya malah dah berubah dan lebih menarik ! 

Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke 62 dan Hari Malaysia , McDonald's dengan bangganya meraikan tahun yang ke 37nya di Malaysia dan berjaya menjadi bualan mulut rakyat Malaysia dengan nama panggilannya ' Mekdi' ! Kalau omputeh sebut McD tapi kita , orang Malaysia sebut Mekdi ! 


Nasi Lemak McD yang mana kita tau bahawa nasi lemak adalah hidangan wajib rakyat Malaysia tak kira masa , di mana jua mereka berada ! Setuju ? Aku tauu... korang setuju walaupun bukan selalu makan tapi jika ada depan mata, confirm akan makan punya.. kan kan ? Hahaha..

Ok.. Nasi Lemak McD ni kalau korang makan , pasti akan tercari lagi ! Sambal yang sedap ditambah dengan telur goreng, timun , ikan bilis dan pilihan ayam goreng. Nak pedas lebih atau biasa biasa ? Tu ikut selera masing masing. Aku dah cuba yang ayam pedas extra tu beserta nasi lemak McD dan ternyata power rangers  woiii ! Ayam boleh tambah. Air ? Layan dengan Teh Ais Limau gituuuuuu ! Fuh... masa menaip ni pun aku dah terliur teringatkan Nasi Lemak McD ! Hahahaah.. Takpe, jangan risau.. Nasi Lemak McD ni akan sentiasa ada kat semua McDonald’s Malaysia.

Sambung sambung.. lepas makan Nasi Lemak McD tu , korang leh pekena McFlurry Cempedak untuk hilangkan rasa pedas tu.. jika amik ayam extra pedas tu la. hahaha.. Kalau tak pedas, pon boleh gak pekena McFlurry Cempedak ni. Jika nak tambah lagi , boleh order Pai Jagung dan Kon Cendol ! Hahaha.. banyak kan pilihan ? 

Harga ? Untuk set Nasi Lemak McD ialah RM5.99 yang mana disajikan untuk sarapan pagi bersama Milo Ais.  Jika korang pekena pada waktu lain , selain pagi.. harganya ialah RM 12.99 utuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau manakala RM15.99 unutk set 2 ketul ayam serta Teh Ais Limau. 

Oh yaa.. Jika korang setuju bahawa Nasi Lemak adalah 'Malaysia's National Dish' atau Hidangan Kebangsaan yang mana ianya patut dijadikan secara rasmi, meh kita sama sama turutkan tandatangan kita sebagai tanda Setuju dan Sokongan! Ayuhh.. Kita jadikan ianya sebagai rasmi. 1 juta tanda tangan diperlukan sebelum Hari Malaysia!! Sila ke Bit.ly/nasilemakmalaysia . 





Ok.. ni khas buat mereka yang tak tau mengenai McDonald's Malaysia. Aku nak kongsi sedikit info. Restoran McDonald's mempunyai 14 ribu orang pekerja di lebih 280 cawangan di Malaysia yang mana mereka adalah rakyat tempatan (hanyalah restoran yang dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd) ! 

Pemegang francais adalah 100 peratus warga Malaysia. McDonald's Malaysia sering membantu projek amal menerusi badan amal dalam pelbagai bentuk sumbangan  seperti bantuan makanan kepada mangsa banjir , sambutan Hari Guru dan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia,  Persatuan Kebajikan Ronald McDonald ( RMHC ) yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak kanak dan keluar mereka. Mereka juga turut menganjurkan satu program pada tahun 2017 yang dikenali sebagai 'Kembali Ke- Sekolah' yang mana seramai 23 ribu kanak kanak sekolah rendah miskin bandar mendapat manfaatnya.

Sekian. Terima kasih sudi membaca.. Hehehe. Jangan lupa bergambar di bawah MEKDI nanti ! Jadikan kenangan.. heee.. 


Untuk maklumat lanjut , sila ke www.mcdonalds.com.my





You May Also Like

2 comments

  1. sedap dan kenyang , lagi2 tambah ayam goreng spicy dia..menangis makan ...tapi cool sangat sebab guna mekdi....so malaysian

    BalasPadam