Sekali paku melekat kat tayar aku da !! Nasib baik ada Supremo One Stop Centre !

by - Sabtu, September 07, 2019

Patutlah minyak cepat kurang ! Baru je isi sehari dua lepas !! Tak jauh mana pun aku bergerak. Hurmm... Masa gi servis ari tu , ok jer.. Nak tak nak aku kena gi check lagi. Dan aku ceritakan masalah aku pada kawan aku yang juga owner kedai cermin mata popular di Sungei Wang.. Mr. Jun. Dia syorkan aku pergi ke kedai kawan dia di Seksyen 15 , Shah Alam. 

Dan terus aku buat appointment. Takut ramai orang gitu. Baik booking dulu. Dan set dah.. jam 11 pagi kat pusat servis Supremo. Ni pertama kali aku ke sana dan.. risau gak kena 'sembelih' gitu ! Hahahah.. Tapi aku percaya kawan kawan punya cerita. Gi jer ! Asalkan kereta ok , dah ! 

Sesampai je sana , terus aku buat check up. Bukan aku.. kereta aku. Adeh.. dan terkejut woiii ! Paku rupanya dah tertanam di dalam tayar kereta aku tu ! Perghh.. nasib baik tak meletup ! Tau tak betapa bahayanya jika tayar kereta ni meletup ???? Dan betapa bahayanya jika hilang kawalan kereta selepas tayar tu meletup ? 

Teringat satu video yang viral di Facebook baru baru ni, terus aku jadi cuak ! Bukan apaa.. bukan aku je yang memandu kereta ni haa ! Wife aku pun memandu gak. Jika berlaku pada dia , sesungguhnya aku akan salahkan diri aku sendiri sebab tak pentingkan keselamatan kereta ! 




Aku diterangkan satu persatu bab tayar ni ! Katanya , tayar berjenama ni sama je lebih kurang. Terutama untuk  orang biasa guna. Kalau nak buat berlumba tu , lain la. Dan di Casumina ada tayar jenama mereka sendiri. Buatan China tapi tetapi berkualiti. Disebabkan ada yang mungkin was was akan kualiti tayar yang mereka punya, maka disyorkan letak safety bar pada kenderaan mereka yang mana bertujuan untuk memastikan pengendalian kereta terutama di selekoh, lebih kemas dan tidak 'buang' ! Yupp... tidak buang tu penting woii ! 

Aku tertarik dengan safety bar dan tayar tu. Rasanya dalam minggu depan aku akan pergi tukar tayar dan pasang safety bar tu. Murah jer.. lebih murah dari letak tayar berjenama 4 bijik tu.. Huhuh.. Kualiti ? InshaAllah , ok sebab aku bukan pelanggan pertama dia. Takda komplen dari pelangan dia yang lain pun.


Safety bar yang sangat penting bagi memastikan pengedalian kereta dalam keadaan baik dan terkawal



Siap ! Minggu depan baru tukar tayar baru ! 


Sementara kereta aku siap.. termasuk dengan cuci kereta ( free jika amik pakej yang sedang dalam promosi ) , aku gi lepak minum kat cafe yang ada di dalam Casumina ni. Free gak ! Huhu.. 


Siap ! Sekejap je rupanya. Kalau gi tempat yang biasa aku buat tu , mau 3 jam menunggu gak ! Huhuh.. Dan yang paling penting . murah jer ! Jimat di zaman ni.. penting weh !!!

Sebarang pertanyaan , boleh tanya di page mereka , Supremo One Stop Centre.










You May Also Like

3 comments

  1. wah servis dah bagus. cuma kena set betul2 date kalau nak servis kat sana

    BalasPadam
  2. Nak pergi jugak... mmg dah terlebih km dah ni utk servis

    BalasPadam
  3. wowww..hebatnya bengkel kereta sini. Siap bole lepak lagi cafe tu dalam bemgkel sama. Besar betul bengkel ni yeek. Macam gudang..

    Btw nampak mcm specialist tayar je, berbaloi la servis kat sini. Banyak pilihan tayar.Bagussss. Haihhh, tetiba teringat dulu bekerja sebagai kerani kedai tayar.Rindunya nak kira stok tayar dan sport rim.

    BalasPadam