Hari ke 13 & 14 : 'Reset ' kehidupan kita !

by - April 01, 2020

Ok.. nak masuk  PKP  Fasa 2. Katanya 2 minggu ni la penentu segalanya. Apakah akan berakhir atau bersambung lagi untuk Fasa 3 ? Aku rasa... bersambung ! Hahahaa... Memang kita akan beraya di dalam rumah tahun ni dan ianya satu kebaikan untuk kita kali ni.. 

Kenapa ???

Kita imbas kembali 10 tahun lepas. Bagaimana kehidupan kita ketika menjelang Ramadan dan juga Syawal ! Fuh... Maaf cakap , kita hidup dalam penuh keangkuhan , keriakan , ketamakan dan juga kemunafikan ! Tak caya , kita berdiri dan pandang cermin. Aku tak nak bagitau apa kita dah buat sebab kita masing masing dah tau... dan inilah masanya untuk kita 'reset' kembali kehidupan kita. Ibarat lahir semula ke dunia. Dalam tempoh 'berkurung' inilah kita perbaiki segalanya. Jaga tingkah laku sesama insan dan juga peluang perbaiki hubungan dengan Allah. Kita.. kau dan aku ! 

Seandainya kita lepas ujian virus ini, ujian ekonomi merundum menanti kita. Akan ada yang mengeluh sebab bisnes abis lebur ! Hurmm... Aku simpati. Tapi macam aku kata , ni masanya untuk kita reset. Mulakan segalanya kembali dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kejujuran. 

Yang bisnes juta juta tu, aku tak leh nak kata apa la. Tu diorang kena cari idea lain untuk kembali naik tapi sejujurnya , bisnes online ketika ini sangat sesuai untuk dimanfaatkan terutamanya  industri PKS terutama yang melibatkan makanan dan juga kegunaan harian. Kena fikir tu. Maklumlah , nak keluar skang dah susah dan harga makanan pun dah melambung naik. Kena cari insiatif yang mana boleh sekali makan kenyang seharian tapi makanan perlulah berkhasiat. 

Sejujurnya , aku sendiri dah mula reset ! Kembali mula dari bawah untuk naik semula. Aku tak fokus untuk kaya tapi fokus untuk terus survive di samping membantu insan lain. InshaAllah. Yelah , kita tengok sekarang ni... virus yang tak nampak tu membuatkan semua harta kesayangan kita berdebu... kereta mewah.. motor besar.. rumah besar berbiji biji.. isteri ramai.. eh . tu lain.. Haaa.. Terperap dalam rumah je kita !

Kita cuba apa juga bisnes yang ada ketika ni. Hehehe.. Contohnya jual Harum Manis. Kalau nak beli, boleh whatsapp terus kat nombor tu. Aku dah order ari tu dan tadi petang dah dapat. Cuma kena tunggu beberapa hari baru boleh makan. Huhuh.. tak pe... Bosan dah dok bedal nasi dan biskut. Nak makan buah lak. Nak keluar ke pasaraya , aku takut ! Huhuhu.. Takut bawak balik virus ke rumah.




Cantik buah kan ? Apa lagi.. order cepat ! Mana la tau kot kot satu Malaysia kena lockdown 2 minggu.. haaa.. telan air liur je tengok gambar nanti ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Mak aih sedapnyeee... Save dulu nama owner dia kang nak order lah.

    BalasPadam
  2. Molek je...ngam sampai sedang elok nak menguning ye..terbaik.

    BalasPadam