Lelaki memang kena membeli ikut senarai , kan ?

by - Rabu, April 29, 2020


Kena keluar ari ni. Kali terakhir aku keluar , dua minggu lepas. Aku hanya keluar bila ada hal besar jer. Kalau saja saja nak merayau tu , memang tak la.. Kali ni aku keluar , nak cari asid untuk lubang tandas tersekat. Kira dah tahap nazak la ni. Hehehe.. Asid tu memang bagus ! Dah penah pakai kat rumah aku tu.. Sekali buh jer.. clear laluan lubang tu. 

Maka... aku pun gerak la tengahari. Kasi clear dulu jalan raya dan ternyata memang clear area Kok Lanas ni.. Heee... Alhamdulillah. Terasa lain macam keluar time gini. Ditambah lagi dengan cuaca yang mendung.. Sebak dan rasa nak menangis je.. Eh , macam Ustaz Ebit Liew lak aku... Hee.. 

Destinasi... pasaraya yang terdekat jer. Malas nak gi jauh jauh. Selain nak cari asid tu, aku nak cari seluar untuk pakai malam. Pakai kain pelikat asik 'belanja' orang rumah jer.. Heehehe.. Jemu lak dia tengok. Hahahaha.. Sebelum ni payah nak belanja dia... Hahaha.. 

Parking jauh dari pasaraya. Saja nak berjalan jauh. Hahahah... Terasa macam baru keluar dari penjara gitu.. 

Dan di dalam pasaraya tu... ada bahagian pakaian dan barangan hardware dibuka. Alhamdulillah.. Dapat la cari baju seluar sekejap. Tak kisah la apa jenama pun dah sesungguhnya barulah aku tau.. seluar cap ayam ni pun kualiti setanding dengan jenama terkenal ! Hahahaha.. Aku pun amik la sehelai dulu. Malas nak try. Tapi tiba tiba ternampak seluar jenama Cheetah ! Cantik design dia. Harga mahal sedikit jer.. dalam RM49-59 jer.. Erk , selama ni aku beli Adidas atau Puma harga RM100++ . Adoiyai... ruginya ! Terus aku rembat dua pasang. Alang alang dah jumpa , kan ? 

Pastu cari mainan Aariz ... buku latihan untuk Zahra. Seronok dapat jalan jalan. 



Siap beli... Abis dalam RM150++ jer. Mahal tang seluar dua helai tu. Sampai rumah , wife tanya..

" Takda beli makanan apa ke ? "

Aku jawab..

" Dah suruh beli asid je kan ? Tak suruh pun beli makanan.. " 

Rasanya memang lelaki ni lurus perangainya bila bab membeli barang ni kan ? Hahahaha..

You May Also Like

3 comments

  1. sblm PKP mun memang dah biasa guna senarai di hp beli keperluan bulanan 😂

    BalasPadam
  2. hahahhahah mesti tensen kak zila menunggu jajan nak ngunyah adoiiii hahahaha

    BalasPadam
  3. Ok lepas ni beli apa yang tiada disenaraikan juga..hehehehehe.

    BalasPadam